Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai.
Perasaan kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia.
Dengannya, manusia adalah manusia bukan robot yang bergerak tanpa perasaan, tetapi manusia memiliki pelbagai emosi jiwa.
Boleh dapat bergembira dan juga boleh berasa kecewa.
Emosi negatif seperti perasaan kecewa akibat gagal dalam hubungan cinta, bukannya tanpa hikmah.
Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya kepada sesama manusia.
Bila diurus dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk.
Tidak meledak-ledak lalu senyap seketika.
Ia akan sedia untuk kesempatan yang seterusnya; kecewa atau gembira.
Jadi mengapa tidak bersyukur apabila kita ternyata boleh kecewa?