Bila Kita Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap

Berkulit Gelap

Berkulit gelap itu juga indah | Black Bird by ~ Du Pipkin

Saya seorang gadis yang dikurniakan kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik.

Semua orang memanggil saya “Si Hitam” termasuk guru-guru saya.

Saya akui, kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik telah menjadi suatu bahan hinaan kepada saya. Itulah yang membuatkan saya berasa amat sedih..

 

Hinakah Bila Berkulit Gelap?

Kulit hitam bukanlah aib.

Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan telinga.

Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang-kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita.

Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita.

Inilah satu-satunya cara untuk melawan dan mencegahnya agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Jika kita tidak sama sekali menghiraukan ejekannya, maka dia akan merasakan tidak mampu lagi untuk memancing emosi kita.

Dan ini pastinya sudah menjadi kemenangan tersendiri bagi kita.

Selama orang yang kalah masih boleh tersenyum, maka pihak yang menang tidak akan merasakan nikmatnya kemenangan!

Setiap gadis hendaklah merasa bangga kerana telah diciptakan sebagai seorang manusia yang banyak mendapat nikmat dalam hidup ini, dan tidak perlu malu atas ciri-ciri fizikal yang dia miliki.

Yang perlu membuatkan kita merasa malu adalah akhlak yang tidak baik.

 

Berkulit Gelap Itu Tidak Sempurna?

No body’s perfect, tiada orang yang sempurna.

Tidak diragukan lagi, seandainya kita disuruh memilih antara gelapnya kulit dengan gelapnya hati, kita akan memilih yang pertama.

Tiada orang yang tidak cantik di dunia ini.

Semuanya cantik-cantik.

Pilihlah baju yang berwarna tenang dan cerah. Selalulah melemparkan senyuman kepada orang lain.

Berbahagialah dengan kecantikan fizikal dan roh yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.

Ingatlah, orang yang cacat sebenarnya adalah hanya terdapat pada diri mereka yang suka melukai perasaan orang lain.

Dan orang-orang seperti mereka tidak layak mendapat perhatian daripada kita.

Sebaliknya kita harus bersyukur kepada Allah kerana tidak dimasukkan ke dalam golongan orang seperti mereka.

Berkulit gelap dan tidak cantik. Hal yang tidak indah?

Kebanyakkan manusia selalu melupan hal terindah yang mereka miliki dan hanya memperhatikan kekurangan dalam diri mereka.

Tidak ada orang yang mampu mendapatkan semua yang diingininya.

Berbahagialah dengan apa yang dimiliki dan berjuanglah sekuat tenaga menambah kebahagiaan itu.

Jangan hiraukan mereka yang selalu melemahkan semangat dan memberi mereka ruang mengisi hidup kita.

Hidup ini terlalu singkat.

Carilah kebahagian, keindahan serta kecantikan hati dan tubuh. Yakinlah bahawa kita mampu mendapatka semua itu!

Adakah anda malu dan kesal dengan kulit anda yang gelap?

Apakah perasaan anda? Bagaimana anda merawat hati anda?

Harap dapat berkongsi dengan saya.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

62 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hidup
1 tahun yang lalu

aku seorang gadis berkulit hitam, dan aku duduk dibangku smp, aku selalu di bully oleh teman² ku karena aku berkulit hitam.di rumah juga aku selalu di ejek oleh keluarga aku,ya allah kenapa orang yang berkulit hitam selalu dihina????. apakah orang berkulit hitam itu aib??

aku
2 tahun yang lalu

Buat grup motivasi untuk kita yu dan biar saling kenal

Orang baik yang tersakiti
3 tahun yang lalu

Hidup orang berkulit gelap memang hina eh ? …orang selalu cakap biar orang menghina as long as kita ade keluarga yang memahami ..BULLSHIT …Emak aku abang abang aku kawan kawan aku cikgu cikgu aku sedara mara aku semua bahan kan aku sebab aku sorang je hitam antara diorang semua tapi aku tetap optimis seperti allah boleh tarim allah boleh tarik balik …aku yakin allah akan bagi balik klau aku usaha tapi dah 5 tahun berlalu since aku berusaha but nothing happen dan day by day hingga ke harini aku masih tetap kena hiba macam macam ..bila dalam foto keluarga aku sorang hitam bila dalam foto kelas aku sorang hitam …klau bunuh diri x haram aku rasa dah lama aku buat ….aku cuma nak ketenangan aku cuma nak putih sebab aku xnak kena hina aku cuma nak confident level aku sebab aku suka bercakap like presentation camtu tapi everytime aku present aku yakin tapi bila cg tangkap gambat and tunjuk gambar aku yg hitam nya …aku jadi down dan menyesal present…cg aku siap bahan aku india bagai….kawan sekolah siap bahan aku macam macam …aku kadang kadang suka buat ape aku suka buat like menyanyi tapi mesti akan ade orang akan ckp diam la hitam hmmm sumpah aky down …nape orang hitam di dunia ni hanya dapat kesakitan dan orang ade paras rupa selalu dapat ape dia nak….aku cuma nak berubah aku nak life yang lebih baik …..entah la rasa cam bunuh diri ialah penyelesaian terbaik hmmmm …thanks for dengar bye ?

Penulis jalannan
Reply to  Orang baik yang tersakiti
2 tahun yang lalu

Xpe awak teruskan smngt..saya faham semua tu..saya pun melalui jugak..bnyak bnda yg kita nk buat sebenarnya kan..but becoz of this kita rasa trbats..like awak ckp..awak suka present ..saya pun suka tpi bila org pndang kita mcm xde harga diri…Ya Allah rasa mcam nak rebah kat situ..be strong..inshaaAllah ada bhgia kita nnti

munawir
3 tahun yang lalu

Anda hebat kali

::::
3 tahun yang lalu

Saya selalu dihina oleh budk2 lelaki.. Dorg selalu ejek saya ni negro sbb saya ni berkulit gelap..selalu terlintas dlm fikiran..hina sngt ke org yg kulit gelap ni? Knp org berkulit gelap ni selalu dihina? Sbb x lawa? Semua tu sntiasa terlintas dlm fikiran..smpai saya rasa benci kt dorg sbb buat saya malu dgm rakan2 yg brkulit putih ?

Rosie
Reply to  ::::
2 tahun yang lalu

Sama seperti saya…saya juga rasa perkara yang sama sometimes rasa mcm nak bunuh diri jaaa….sbb diejek oleh orang …saya sampai kena reject dgn crush sbb x cantik and hitam …ADAKAH ORANG BERKULIT HITAM NI TAK BERHAK BAHAGIA….?kami cuma nak jadi MCM orang lain jaa….tapi tu pn x blhh… sedihh hidup ?

Pelukis jalannan
Reply to  Rosie
2 tahun yang lalu

Ya ..sama ..sy pun pernah direject oleh crush katanya sdh ada calon namun smpai sekrang sy yakin dia masih seorg..saya terfikir kalaulah saya bukan yg confess kpdnya ttpi org yg cntik dan comel..meski dia trma tnpa memberithu tipu daya mcm ni