Artikel ini dipetik daripada buku Kompilasi Jiwa Muslim, Dr. HM Tuah Iskandar
Mengapa saya diberikan isteri yang jauh perangai berbeza dengan saya? Saya seorang yang rajin sedangkan dia seorang yang pemalas. Kerjanya asik tidur sedangkan rumahtangga bersepah. Sepatutnya isterilah yang lebih rajin daripada suami dalam urusan rumah tangga tetapi ini tidak.
Jarang seorang wanita banyak mulut bertemu jodoh dengan lelaki yang banyak mulut juga.
Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza.
Adakah itu dikira serasi?
Ya, itulah keserasian.
Bayangkan jika kita seorang yang bising dan isteri kita pula seorang yang kuat melalak, bagaimana rumahtangga kita?
Selalunya rumah tangga seorang pemarah akan distabilkan oleh pasangannya yang cukup penyabar.
Malah, jarang juga kita jumpa suami isteri adalah pasangan penjenayah. Jika suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim, isterinya pula sangat berbudi dan baik hati.
Pentingnya Perangai Berbeza
Seorang pelawak selalunya tidak berpasangan dengan pelawak juga.
Lihatlah pelawak di negara kita, rata – rata pasangan mereka bukanlah pelawak. Bukanlah baik andainya pelawak berkahwin sesama pelawak supaya gegak – gempita rumah tangga dengan hilai ketawa.
Itulah pentingnya perangai berbeza.
Sekarang lihatlah pasangan kita, bagaimanakah dia?
Redhalah dengan isteri atau suami kita, kerana itu memang kebiasaan. Bahkan isteri Saidina Umar juga seorang yang kuat mengomel.
Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti – henti membebel. Tidak tahan dengan situasi itu, si suami pun pergi berjumpa Sayidina Umar sedang membebel tidak henti – henti.
Tidak terdengar pula suara Umar membalas.
Katanya dalam hati, jika isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku. Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba – tiba Sayidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?“
Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteriku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan sedemikian terhadapmu“
Sayidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak bersabar dengan ragamnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak – anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaan itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).“
Begitulah hidup, ibarat tangan kanan dengan tangan kiri.
Yang kanan biasanya lebih kuat daripada kiri. Tetapi andainya kedua – dua tangan boleh bekerjasama, banyak kerja dapat diselesaikan dengan sempurna.
Oleh jangan risau jika kita dikurniakan pasangan yang mempunyai perangai berbeza =)
Tinggalkan Komen Anda..
bukan kah lelaki yang baik untuk perempuan yg baik-baik??? tapi “Jika suami ‘syaitan’, isterinya ‘malaikat’. Suaminya sangat zalim, isterinya pula sangat berbudi dan baik hati.” mcm mn tu ye? :)
Ya, mmg kita akan di anugerahkan pasangan yang sepadan. Mungkin suaminya zalim pada mulanya, tetapi mungkin menjadi baik pada akhir usianya.. Mungkin baik pada awal usia kehidupan, akhir usia, ataupun baik sepanjang usia kehidupan.. semua itu perancangan dan ketetapan Allah.. kita hanya perlu yakin sahaja ya =)
zaman sekarang ni agak susah nak cari pasangan yang betul2 serasi.. perbezaan pun sebenarnya membuatkan suami isteri tu perlu belajar erti toleransi dan memahami. :-)
Benar. Sebab tu yang penting kita mencari pasangan yang “beragama”, sebab dalam Islam sendiri mengajar erti toleransi dalam sesebuah perkahwinan.. =)
very good!
terbaik lah artikel ni .. suami isteri patut baca .. supaya belajar untuk lebih menghargai pasangan masing2 ..
semoga memberi manfaat kepada semua, yang sudah berumahtangga dan yang akan mendirikan rumahtangga.. =)