Bertabahlah duhai diri! Ujian itu adalah tanda Allah peduli!

ujian itu adalah
Ujian itu adalah tanda Allah sedang pedulikan kita!

Wahai Jiwa Yang Tenang,

Apa khabar imanmu duhai diri? Moga-moga imanmu masih kukuh dan teguh walau acapkali dirempuh.

Bertahanlah. Bertabahlah.

Sememangnya dugaan demi dugaan yang kamu lalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanmu sayang.

.

Ujian itu adalah lumrah dalam kehidupan.

Walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kamu sedang bersendiri.

Jangan beranggapan bahawa tiada yang sudi menemani. Jangan gusar, jangan cepat mengalah duhai diri.

Pasti kamu sendiri menjadi sangsi. Mengapakah perjalanan hidupmu ini terlalu berliku dan berduri?

Baca Sepenuhnya

Fasobrun Jamil, Maka bersabarlah dengan sabar yang indah!

sabar
sabar dengan kesabaran yang indah | Hearts Fade Away by MyLifeThroughTheLens

Tahanlah marah itu dengan sabar.

Bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid , ‘Teori memang mudah , praktikal nya? , kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’

Sabar itu indah. Beautiful. No suffer afflicts us beyond our capability.

Hadap je segala ujian. Berjaya tu pun ujian, Kurang berjaya pun ujian.

Kerana hidup ini memang ujian.

Baca Sepenuhnya

Sila Jangan Kata Hipokrit kepada Mereka yang Masih Belum Bertudung!

hipokrit
Hipokrit | My Pride…. by BlackJack0919

Aku membetulkan rambutku yang ditiup angin. Cuaca panas begini pasti merosakkan rambutku! Aku melangkah masuk ke surau kolej.

Sekelip mata, aku terasa diperhati. Janggal? Aku sudah biasa.

Aku meletakkan beg galasku di sudut. Malang untukku, telekungku terdampar di birai katilku di bilik. Aku terlupa membawanya.

Seusai mengambil wuduk, aku mencari jika ada telekung yang tidak digunakan. Dan malang sekali lagi, tiada telekung untukku.

Seorang wanita yang sibuk membetulkan tudung bawalnya memandang sinis kepadaku. Aku melemparkan senyuman tawar untuknya.

Hipokrit Depan Allah?

“Kenapa tak solat je dengan rambut terdedah? kalau kat depan manusia tak malu buka aurat, takkan nak jadi hipokrit depan Allah? Sedarlah diri tu sikit” senyumanku di balas dengan kata-katanya yang sinis.

Aku hanya mendiamkan diri. Kesabaranku sedikit tercalar.

Baca Sepenuhnya

Musibah itu Sebenarnya Allah Turunkan Untuk Mendidik Hati Kita

musibah
Musibah yang mendidik hati | bokeh bubbles by JeanFan

Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah.

Kata-kata itu adalah daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Salah seorang ustaz yang kata-katanya acap kali menikam pedih hati saya. Suka mendengar bicara tazkirahnya yang sedikit sebanyak mengalir di hati dan jiwa saya.

Bagaikan dinginnya air sungai di pagi hari, menyirami hati yang kelam dan usang. Membawa saya bermujahadah dan muhasabah diri.

Baca Sepenuhnya

Sediakan Hati yang Tabah Seteguh Kaabah

cinta sejati
Cinta sejati

“Mengapa muram?” ku betulkan kerusi disebelah rakanku yang khayalnya menembusi dinding bilik kuliah

“Kenapa semua tak macam yang aku mahu ?” balas rakanku, Ariani, yang berkulit putih gebu. Nampak kemurungan diwajahnya.

“Apa yang kau mahu? Kesempurnaan dalam hidup?”

“Aku ingin kebahagian seperti dalam anganku, tapi dalam sekelip mata bertukar jadi mimpi ngeri” matanya semakin kuyu. Dia termenung jauh.

“Tapi angan itu kan hanya khayalan yang tiada kepastian, jadi mengapa berharap? Ya memang ramai yang melihat sesuatu keindahan dengan angan-angan namun ingatlah..keindahan bukan bermakna akan bahagia.

Namun, bahagia itu ada keindahannya. Jangan jadikan angan-angan itu satu impian yang sentiasa indah, kerana kepalsuan dibalik angan-angan itu ada.

Ikatlah Allah dalam hati, kerana Allah lah Pemilik Keindahan dan Kebahagian” aku cuba menanam ketenangan dihatinya.

“Dulu aku ingat hidup ni sentiasa indah macam cerita novel. Aku lahir disambut dengan penuh kasih sayang. Tapi sekarang semuanya berubah.

Mak dan ayah aku sekelip mata becerai sebab masing-masing dah ada pilihan hidup yang lain.

Baca Sepenuhnya