
Bismillahi Wal-Hamdulillah.
Assalamu’alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan ni’mat IMAN dan ISLAM pada ana serta ni’mat memperjuangkan ISLAM. Allahuakbar!
Pertama sekali, mari kita perbaiki syahadah kita;
“Ana naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”
Subhanallah. Al-Hamdulillah. Allahuakbar.
Tadbir dan taqdir.
Kejujuran dan ketelusan dalam memaknai taqdir Allah Ta’ala.
Siapa yang lebih mengetahui keperluan setiap daripada kita?
Dia. Sang Pencipta. Allah Ta’ala. Sang Rabb. Yang Maha Mengetahui selok-belok ‘perjalanan’ kita.
Andai ingin taqdir yang terbaik, kena ada cara yang terbaik untuk mentadbir segala aspek dalam kehidupan ini. Pengurusan yang terancang. Pelaksanaan yang ‘sempurna’.
Ibarat pepatah arab yang acapkali diperkatakan :
Man Jadda Wajada! Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti dapat!
Masa. Salah satu komponen penting dalam kehidupan kita. Terlalu penting.
Suka ana katakan;
“Al-waqtu juz’un minal i’laj wat takwim.”
Maksudnya : Waktu itu sebahagian dari rawatan dan pembentukkan.
Ibarat sebuah litar elektrik yang tidak lengkap tanpa komponen yang diperlukan dalam sesebuah litar. Maka, tidak akan ada fungsi litar tersebut.
Tidak ada manfaat pada sekeliling. Sia-sia, kan?