“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.
Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.
Pada suatu hari nanti, apabila kita lihat kembali ke masa silam, pasti kita menyesal bila membiarkan perkara-perkara ini berlaku..
“Kalau lah dulu..”
Perkataan ini selalu menjadi butir-butir sebutan tatkala merasa menyesal bila kita tidak membuat keputusan yang tepat pada waktu yang lalu.
Sebenarnya ada beberapa perkara silap yang kebanyakan orang uat dalam kehidupan, termasuklah anda.
Tetapi anda mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini.
Kesannya?
— Mungkin anda akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang.
Anda akan merasa betapa hidup anda telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup anda.
Hidup adalah sekali, dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Apakah perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?
memilih pinjaman berunsurkan riba? Jangan, ianya membebankan..
Betapa mudahnya kehidupan kita masa kini.
Kurang mampu untuk membeli rumah atau kereta, institusi perbankan dan kewangan sedia memberikan pinjaman.
Sedar tak sedar, 15 tahun selepas pinjaman dibuat, kita masih setia membuat bayaran ansuran bulan demi bulan sedangkan bila dikira semula, jumlah hutang asal sepatutnya sudahpun terlangsai.
Mungkin saat itu, timbul rasa menyesal kerana terpaksa membuat bayaran tambahan yang merupakan bunga atau faedah atau premium atau apa-apa sahaja frasa yang digunakan institusi perbankan dan kewangan kini kerana telah terikat dengan kontrak pinjaman.
Mungkin saat itu, baru anda rasa terbeban dan tertindas dengan jumlah yang kadangkala tinggi mencecah langit.