Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)

Bagaimana cara solat sunat tolak bala?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat tolak bala

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Bacaan doa juga turut disediakan.

Apa yang menarik:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Jumlah rakaat & Waktu Dikerjakan

Rakaat solat sunat tolak bala ini tidak terbatas.

Didirikan dua rakaat dengan satu salam dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

 

Niat Solat Sunat Tolak Bala

Lafaz niatnya adalah:

niat solat tolak bala

 Usolli sunnata lidaf’il bala’i rakataini lillahi taala 

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat Allah taala”

 

Cara Mengerjakan Solat Ini

Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.

Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.

surah al-kafirun

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas.

surah al-ikhlas

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

 

Doa Tolak Bala

Selepas memberi salam, bacalah doa ini:

doa tolak bala

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan yang menolak bala, Wahai Tuhan yang menolak bala, Ya Rahman, tolakkan dari kami semua bencana dunia dan bencana akhirat, serta kejahatan dunia dan akhirat. Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh dari manusia dan jin, serta dari syaitan dan iblis. Dan apa-apa yang diturunkan dari langit dan yang terkeluar bumi. Dengan rahmatMu ya Arhamarrohimin, Semoga Allah memberi selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah, Tuhan pengatur alam semesta”

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
wandy
wandy
3 tahun yang lalu

bolehkan solat ini dilakukan secara berjemaah ?

PATAH ABIDIN BIN MD SAID
PATAH ABIDIN BIN MD SAID
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas pengkongsian