NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)

Cara Solat Tahajjud

Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) bermaksud solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas bangun daripada tidur. Perkataan ‘Tahajjud’ menurut penggunaan bahasa bermaksud berjaga malam atau meninggalkan tidur. Oleh itu, Solat Tahajjud juga dikenali sebagai Solat Malam dan Qiamullail.

YouTube video

Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam. Solat Tahajjud ini seharusnya menjadi amalan lazim setiap muslim dalam usaha mendapat keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Ini kerana melalui Solat Tahajjud ini seseorang hamba dapat bermunajat dan mengadu secara langsung kepada Allah SWT didalam suasana yang cukup hening dan sunyi di kala manusia lain sedang lena tidur.

Suasana ini menghadirkan rasa kekerdilan, keinsafan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah yang hakikatnya tidak boleh lari daripada kebergantungan kepada Allah semata-mata.

Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’ ayat 79)

Solat Sunat Tahajud sangat digalakkan dilakukan bersama-sama dengan Solat Taubat

Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.[1]

Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Rasulullah SAW begitu istiqamah melakukan Solat Sunat Tahajjud atau solat malam sehingga kaki baginda bengkak-bengkak kerana lamanya berdiri dalam solat.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:

Rasulullah SAW pernah melaksanakan solat sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak (kerana lamanya berdiri). Seseorang pernah bertanya kepada Baginda: Mengapakah kamu melakukan hal sedemikian sedangkan sudah tertulis bahawa Allah telah mengampuni segala dosa kamu yang telah lalu dan akan datang. Baginda pun bersabda: Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang banyak bersyukur kepadaNya” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Infografik Solat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud adalah solat yang dilakukan setelah bangun daripada tidur.

Solat ini dianjurkan dilakukan pada akhir malam, sebelum terbitnya fajar Subuh. Waktu Tahajjud terbaik adalah 1/3 malam terakhir, sekitar pukul 3 atau 4 pagi, dan berlanjutan hingga waktu Subuh.

  • Waktu bermula – selepas bangun dari tidur malam
  • Waktu terbaik – satu pertiga malam yang terakhir
  • Waktu berakhir – apabila masuknya waktu subuh

Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Anda juga boleh melafazkan niat Tahajjud dalam Bahasa Melayu seperti ini:

Sahaja aku Solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Niat Solat Tahajjud

Bilangan rakaat Solat Sunat Tahajjud tidak ditentukan secara spesifik, minimumnya dua rakaat. Tahajjud boleh dilakukan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas rakaat, atau mengikut kemampuan anda.

Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan bilangan rakaat Solat Tahajjud boleh dilakukan sebanyak

  • 2 rakaat sehingga 12 rakaat
  • Sebanyak mana yang kita mampu tetapi sekurang-kurangnya 2 rakaat

Nabi SAW menyeru untuk bersolat malam sekalipun hanya dua rakaat. Tatacara perlaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain. Nabi SAW bersabda dalam sebuat hadis:

Solatlah daripada sebahagian malam sekalipun empat rakaat, solatlah sekalipun dua rakaat. Tidak ada daripada ahli keluarga yang dikenali yang mana mereka sentiasa bersolat malam kecuali akan diserukan kepada mereka oleh seorang penyeru: Wahai ahli keluarga ini! Bangunlah bersolat malam.” (Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam)

Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun sedikit.

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

Ringkasan Cara Melakukan Solat Tahajjud

  • Solat Tahajjud dimulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat dalam hati “Sahaja Aku Solat Tahajjud Dua Rakaat Kerana Allah Taala
  • Kemudian bacalah surah al-Fatihah. Setelah itu, bacalah surah-surah lazim seperti Surah al-Kafirun.
  • Seterusnya lakukan rukuk, sujud dua kali dan bangun semula untuk rakaat kedua dengan menjaga tuma’ninah.
  • Rakaat kedua dimulakan dengan takbir intiqalat. Kemudian bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim yang seterusnya seperti Surah al-Ikhlas.
  • Kemudian lakukan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir untuk rakaat kedua. Akhiri Solat Tahajjud dengan memberi salam.
  • Selesai solat, sempurnakan solat dengan bacaan wirid dan doa tahajjud.

Tatacara lengkap mengerjakan Solat Sunat Tahajjud secara langkah demi langkah adalah seperti di bawah ini:

Rakaat Pertama

1

Solat Tahajjud Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahajjud dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala



Nota

Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!



Maksudnya

Allah Maha Besar!


2

Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3

Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


5

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


6

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


7

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Setelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


8

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


9

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.

Rakaat Kedua

10

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!


11

Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


12

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.


13

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

cara rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


14

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


15

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


16

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


17

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


18

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.



Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


19

Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.

Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah



Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Sekiranya ingin menambah lagi solat sunat Tahajjud, maka boleh meneruskan lagi dengan dua rakaat — dua rakaat selepas memberi salam dengan mengulangi semula niat solat sunat Tahajjud.





Jika anda ingin mengerjakan solat sunat yang lain (seperti Solat Witir) selepas Solat Tahajjud ini, anda boleh tinggalkan bacaan wirid ini dan teruskan sahaja membaca Doa Solat Tahajjud seperti mana di bawah.

Tiada bacaan wirid atau zikir khas untuk solat Tahajjud dari mana-mana kitab.

Namun, tidak menjadi masalah jika kita ingin melakukan zikir dan wirid selepas solat Tahajjud. Hukumnya adalah harus.

Antara wirid dan zikir yang boleh dibacakan adalah bacaan-bacaan wirid al-Qusyasyiyyah ringkas, yang lazim dibacakan selepas solat fardu.

Bacaannya adalah seperti berikut:

1

Membaca Istighfar

Istighfar

AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya


2

Membaca Pengakuan Tauhid

Pengakuan tauhid

Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr

Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.


3

Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka

Memohon Dijauhkan Azab Neraka

AllahumMa AjirNa MinanNar

Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka

Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian


4

Seterusnya, Memohon Keselamatan

doa Memohon Keselamatan

AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.

Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.


5

Seterusnya, Membaca Ta’awuz

Bacaan Ta'awuz

Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam


6

Seterusnya Membaca Al-Fatihah

Bacaan al fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


7

Seterusnya Membaca Ayat Kursi

ayat kursi

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


8

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Surah al ikhlas

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


9

Seterusnya Membaca al-Falaq

Surah al Falaq

qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.


10

Seterusnya Membaca an-Nas

Surah an Nas

qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


11
AllahumMa Aa-'inNaa 'ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi 'IbaaDaaTik

AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu


12

Membaca Tasbih “SubHaaNallah”

iLaaHii Yaa Rabbi -- SubHaaNallah

iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah

Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah


13

Membaca SubhaaNallah 33 Kali

SubHaaNallah (33 Kali)

SubHaaNallah (33 Kali)

Maha Suci Allah


14

Membaca Tahmid

Membaca tahmid

SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah

Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah


15

Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali

Alhamdulillah (33 Kali)

Segala pujian hanya bagi Allah


16

Membaca Takbir

Alhamdulillahi Rabbil-'AaLaMin 'Alaa Kulli HaaLin Wa Ni'Matin -- Allahu Akbar

Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar


17

Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali

Allahu Akbar

Allahu Akbar (33 Kali)

Allah Maha Besar


18

Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.

Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir

Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim

Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung


20
AllahumMa Laa MaaNi'A LiMaa A'Thoit, Wa Laa Mu'ThiYa LiMaa MaNa'Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa'U DzaalJaddi MinKal Jadd

AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.


21
WaQooLa RobbukuMud-'UuNii AsTajib Lakum

WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum

Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu


22

Kemudian bacalah doa selepas Solat Tahajjud

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.

Doa Selepas Solat Tahajjud
Doa Selepas Solat Tahajjud



Maksudnya

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Perbezaan antara Qiamullail dan Solat Tahajjud terletak pada bentuk dan waktu pelaksanaannya. Qiamullail adalah istilah yang lebih umum yang merujuk kepada sebarang bentuk ibadah yang dilakukan pada waktu malam, iaitu selepas Solat Fardu Isyak dan sebelum Solat Fardu Subuh.

Ia termasuk solat sunat, bacaan al-Quran, zikir, dan doa. Qiamullail boleh dilakukan sama ada seseorang tidur dahulu atau tidak, dan ia tidak terhad kepada solat sahaja.

Sebaliknya, Tahajjud pula adalah sebahagian daripada Qiamullail tetapi mempunyai syarat khusus, iaitu dilakukan selepas seseorang itu tidur terlebih dahulu, walaupun tidur seketika.[2]

YouTube video

Tahajjud secara khusus merujuk kepada solat sunat malam yang dilakukan setelah bangun dari tidur. Oleh itu, walaupun semua Solat Tahajjud adalah Qiamullail, tidak semua Qiamullail adalah tahajjud​

Ulama berbeza pendapat tentang Solat Tahajjud. Menurut Imam al-Qurtubi, tahajjud bererti bangun dari tidur. Walau tidur bukan syarat, paling afdal adalah tidur dahulu, kemudian bangun, dan mengerjakan solat Tahajud. Ini lebih mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ dan menunjukkan kesungguhan melawan rasa malas dan mengantuk.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hajjaj bin Umar, sahabat Rasulullah SAW bahawa beliau berkata:

Adakah salah seorang daripada kamu menyangka apabila dia berjaga sepanjang malam, dia dikira bertahajud. Tahajjud itu adalah mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur. Begitulah cara Rasulullah SAW mendirikan solat malam” (Riwayat Ismail bin Ishaq)

Ya, semestinya boleh. Jika seseorang bangun untuk sahur, disarankan untuk mengerjakan Solat Sunat Tahajjud terlebih dahulu, sebelum memulakan makan sahur.

Jadi, selagi belum masuk waktu Subuh, masih ada peluang untuk mengerjakan Solat Sunat Tahajjud.

Ya, anda boleh tidur selepas menunaikan Solat Tahajjud. Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, selepas solat Isyak dan sebelum masuk waktu Subuh.

Tiada sebarang larangan untuk tidur selepas menunaikan Solat Tahajjud.

Tidur selepas Solat Tahajjud

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Solat Subuh adalah solat yang wajib dan harus ditunaikan. Oleh itu, jika anda memilih untuk tidur selepas solat tahajud, pastikan anda dapat bangun pada waktunya untuk menunaikan solat Subuh.

Untuk melaksanakan Solat Tahajjud dengan konsisten, persiapan fizikal dan mental sangat penting.

Tubuh perlu cukup rehat supaya dapat bangun malam dalam keadaan segar. Pemikiran yang positif dan tekad yang kuat membantu menanamkan disiplin untuk bangun dari tidur, walaupun rasa malas dan mengantuk mungkin membelenggu diri.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu memudahkan anda bangun malam:

  • Tidur Awal. Tidur awal membantu memastikan tubuh mendapat cukup rehat sebelum bangun untuk tahajjud. Nabi Muhammad SAW juga menganjurkan umatnya untuk tidur lebih awal selepas Solat Isyak​.
  • Memasang Niat Untuk Bangun Malam. Berniat sebelum tidur untuk bangun malam dapat membantu memotivasikan diri. Niat yang ikhlas memudahkan seseorang untuk bangkit dari tidur demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Menghayati Kelebihan Solat Malam. Memahami fadilat dan ganjaran besar yang Allah sediakan bagi mereka yang bangun malam untuk beribadah dapat menjadi motivasi yang kuat. Solat Tahajjud membawa kepada pengampunan dosa, peningkatan darjat, dan penerimaan doa​.

Tips Mengatasi Rasa Mengantuk Dan Malas

Mengatasi rasa malas dan mengantuk memerlukan usaha dan disiplin. Beberapa langkah yang boleh diambil termasuk

  • Membuat Jadual Tidur yang Teratur. Mengatur waktu tidur dan bangun secara konsisten membantu tubuh menyesuaikan diri dengan rutin bangun malam.
  • Mengelakkan Makan Berat Sebelum Tidur. Makan berat sebelum tidur boleh membuatkan tubuh merasa terlalu kenyang dan lesu, menyukarkan bangun malam.
  • Berdoa kepada Allah untuk Kekuatan. Memohon bantuan daripada Allah SWT untuk diberikan kekuatan dan kemudahan untuk bangun malam adalah penting, kerana segala daya dan upaya datang dariNya
YouTube video

Banyak kelebihan melakukan Solat Sunat Tahajjud.

Antara kelebihan Solat Sunat Tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia. Yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas.

Antara dalil kelebihan solat sunat Tahajjud adalah:

1

Pencegah Dosa dan Menghalang Penyakit

Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A)

Malah, dengan Solat Tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan.

Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti ktia akan meningkat!

2

Solat Yang Paling Utama Selepas Solat Fardu

Abu Hurairah RA meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadan adalah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam (tahajjud)”

– Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis ini, solat Tahajjud disebut sebagai solat sunat yang afdal dilakukan selepas solat fardu lima waktu. Ini sekaligus menunjukkan kelebihan yang terdapat dalam solat tersebut.

3

Dimasukkan Dalam Syurga Tanpa Sebarang Hisab

Rasulullah SAW bersabda:

Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: ‘Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?’ Lalu sekumpulan kecil yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia

— Riwayat al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid
4

Diberikan Kebaikan Oleh Allah SWT Pada Setiap Malam

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya pada malam hari ada satu waktu, tidak ada seorang Muslim yang meminta kebaikan dari urusan dunia dan akhirat melainkan Allah mengabulkan permintaannya. Hal tersebut berlaku setiap malam”

– Hadis riwayat Muslim

Waktu yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah waktu selepas pertengahan malam yang mana kebaikan yang dipohon adalah melalui Solat Sunat Tahajud ataupun Qiyamullail.

5

Diberi Rahmat Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Solat Malam

Abu Hurairah RA juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari, kemudian melakukan solat dan membangunkan isterinya (untuk solat bersama). Ketika isterinya enggan bangun dari tidurnya, maka dia merenjiskan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada malam hari, lalu melakukan solat dan membangunkan suaminya. Ketika suaminya enggan bangun dari tidurnya, maka dia pun merenjiskan air ke wajahnya”

– Hadis riwayat Abu Daud

Hadis ini mengkhabarkan bahawa Allah SWT mengurniakan rahmat kepada pasangan suami isteri yang bangun pada waktu malam untuk melaksanakan solat Tahajjud yang mana suami atau isteri tersebut membangunkan pasangannya untuk solat bersama dengan kasih sayang.

6

Benteng Dan Perisai Yang Kuat Untuk Menangkis Syaitan

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat Tahajjud merupakan benteng dan perisai yang kuat dalam menangkis dan meleraikan kawalan syaitan.

Baginda bersabda:

Ketika kamu tidur, syaitan akan membuat tiga ikatan di leher kamu. Di setiap ikatan syaitan akan mengatakan: Malam masih panjang, tidurlah! Jika dia bangun lalu berzikir kepada Allah, lerailah satu ikatan. Kemudian jika dia berwuduk, lerailah lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika dia mengerjakan solat, lerailah ikatan terakhir. Pada pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika dia tidak melakukan seperti ini, jiwanya menjadi kotor dan malas”

– Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah

Realitinya, hadis ini merupakan sumber motivasi dan galakan bagi seorang muslim untuk menjalani hari-harinya dengan penuh semangat di samping mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di waktu orang lain sedang lena tidur.

Rahsianya adalah bangun malam, mensucikan diri dengan berwuduk lalu mengerjakan solat malam.

Itulah sebaik-baik perisai untuk melindungi diri daripada bisikan syaitan.

Kelebihan Solat Tahajjud
  • Membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam lain.
  • Untuk sentiasa mempunyai rasa takut dalam hati kita terhadap Tuhan dan menyedari bahawa hidup kita sangat singkat.
  • Untuk memahami manfaat tahajud.
  • Untuk mencintai Allah, dan mempunyai iman yang kuat apabila kita bangun solat malam untuk ‘memanggil’ Allah.
Kelebihan dan Ganjaran Solat Tahajjud
  1. Dijauhkan Daripada Penyakit. Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda; “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.
  2. Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah. Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.
  3. Dikasihi Oleh Semua Manusia. Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.
  4. Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan). Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  5. Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati). Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud

Soal Jawab Solat Tahajjud

Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tahajjud

Apa itu Solat Sunat Tahajjud?

Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas tidur, sebagai amalan sunnah yang sangat dianjurkan dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, memohon keampunan, serta meraih keredhaan dan keberkatan daripada-Nya.

Bilakah waktu terbaik untuk melakukan Solat Tahajjud?

Waktu Solat Tahajjud bermula selepas solat Isyak hingga sebelum masuknya waktu Subuh, dengan waktu paling afdal adalah pada sepertiga malam terakhir, kira-kira antara jam 2 pagi hingga sebelum azan Subuh.

Adakah perlu tidur sebelum Solat Tahajjud?

Ya, Solat Tahajjud lebih afdal dilakukan selepas bangun dari tidur malam, walaupun hanya sekejap. Jika dilakukan sebelum tidur, ulama berpendapat ia dikenali sebagai Qiyamullail dan bukan dikira sebagai Solat Tahajjud.

Bagaimana cara niat Solat Sunat Tahajjud?

Niat Solat Tahajjud dilafazkan dalam hati dengan menyatakan tujuan untuk melakukan solat sunat Tahajjud kerana Allah SWT, contohnya: “Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Berapa rakaat yang disunatkan untuk Solat Tahajjud?

Sekurang-kurangnya dilakukan dua rakaat dan tiada had maksimum; Rasulullah SAW sering melakukannya antara 8 hingga 12 rakaat, jadi jumlah rakaat boleh disesuaikan mengikut kemampuan dan keikhlasan individu.

Apakah surah yang disarankan dibaca dalam Solat Tahajjud?

Tiada surah khusus yang diwajibkan, tetapi disunatkan membaca surah-surah yang mengandungi penghayatan mendalam seperti Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua, atau mana-mana surah yang dihafal dan difahami.

Bagaimana tatacara pelaksanaan Solat Tahajjud?

Solat Tahajjud dilaksanakan seperti solat sunat biasa: dimulai dengan niat dalam hati, takbiratul ihram, membaca doa iftitah (sunat), Surah Al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua, diikuti rakaat kedua dengan urutan yang sama, dan diakhiri dengan tahiyat akhir dan salam.

Perlukah menutup Solat Tahajjud dengan Solat Witir?

Ya, disunatkan menutup amalan solat malam dengan Solat Witir sebagai penutup, yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, untuk menyempurnakan ibadah malam tersebut.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara berjemaah?

Solat Tahajjud biasanya dilakukan secara bersendirian, namun ia boleh dilakukan secara berjemaah dalam situasi tertentu seperti di masjid pada malam-malam Ramadan atau dalam majlis ilmu.

Apakah kelebihan melakukan Solat Tahajjud?

Antara kelebihan Solat Tahajjud adalah memperoleh keredhaan dan kasih sayang Allah SWT, doa lebih mudah dikabulkan, penghapusan dosa-dosa kecil, peningkatan keimanan dan ketakwaan, serta mendapatkan ketenangan jiwa dan kesihatan dalaman.

Apakah perbezaan antara Solat Tahajjud dan Qiyamullail?

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan selepas bangun tidur pada malam hari, manakala Qiyamullail merujuk kepada segala bentuk ibadah malam termasuk solat, zikir, dan membaca Al-Quran, sama ada sebelum atau selepas tidur.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan sebelum tidur?

Jika khuatir tidak dapat bangun malam, anda boleh melakukan solat sunat sebelum tidur dengan niat Qiyamullail, namun ia tidak dikira sebagai Solat Tahajjud kerana tidak memenuhi syarat tidur terlebih dahulu.

Adakah Solat Tahajjud boleh dilakukan semasa bangun sahur?

Ya, Solat Tahajjud boleh dilakukan semasa bangun untuk sahur kerana waktu sahur biasanya jatuh pada sepertiga malam terakhir, iaitu waktu paling afdal untuk melaksanakan Solat Tahajjud. Anda boleh menunaikan Solat Tahajjud sebelum bersahur dan memastikan solat tersebut selesai sebelum masuknya waktu Subuh.

Penutup: Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya

Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Nota Rujukan

  1. Fiqh Populer: Terjemah Fathul Mu’in
  2. Bughyah al-Mustarsyidin, ms. 136
  3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  6. Ensiklopedia Solat: Solat Tahajjud — TV3 Official [Pautan]
  7. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  8. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  9. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
  10. Nihayah az-Zain, ms. 113
  11. Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hawasyi asy-Syarwani wa al-‘Ubbadi 3/276

Nota Kaki

  1. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud, sebagaimana diperintahkan dalam Surah Al-Isra’ (ayat 79), dan baginda menunaikannya secara konsisten sepanjang hayat, walaupun dalam keadaan sibuk atau musafir. Para sahabat turut mengikuti Rasulullah SAW dalam menunaikan solat malam. Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ibn Majah menunjukkan bahawa solat malam adalah amalan orang soleh, dan sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar dan Umar juga menjadikannya amalan harian . Rasulullah ﷺ menunjukkan kesungguhan dalam solat malam sehingga kaki baginda bengkak, seperti yang diriwayatkan dalam hadis sahih oleh Bukhari dan Muslim . ↩︎
  2. Solat Tahajjud adalah sebahagian daripada Qiamullail, yang merujuk kepada segala bentuk ibadah malam seperti solat, zikir, dan membaca Al-Quran. Namun, Tahajjud mempunyai syarat khas iaitu dilakukan selepas tidur, walaupun hanya seketika, sebagaimana disebut dalam tafsir dan hadis riwayat Ibn Hibban dan al-Tabarani yang menjelaskan perbezaan ini . ↩︎
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2.7K Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamidah Ghafur
Hamidah Ghafur
10 hari yang lalu

Assalamualaikum wbt

terima kasih atas perkongsian ini. Semuga Allah merahmati usaha ustaz berkongsi pengalaman dan ilmu. Persembahan maklumat amat teratur dan mudah diikuti. Alhamdulillah.

Lady D
Lady D
11 hari yang lalu

As Salam Ustaz. Soalan saya:
Saya terjaga dari tidur kira2 10 minit sebelum azan subuh. Dalam masa yg singkat itu, yang mana lbh afdal dikerjakan?  Solat tahajjud atau witir? Mohon pencerahan.

Lady D
Lady D
Reply to  Muhamad Naim
10 hari yang lalu

As Salam Ustaz. Alhamdullilah. Terima kasih diatas pencerahan yg diberikan. Sgt bermanfaat.

Elly
Elly
18 hari yang lalu

boleh tak buat solat tahajjud tu berjemaah?

Nursuraya binti Yaakub
Nursuraya binti Yaakub
20 hari yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Moga Allah permudahkan segala urusan

Hjh khatijah
Hjh khatijah
1 bulan yang lalu

Moga Allah berkati atas usaha ikhlas membimbing detail amal ibadat utk m/ muslimt.mudhn kita husnul khotimah

Mimie Amy
Mimie Amy
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz nk tnya sy baca syarat2 solat tahajud slpas jam 12 tp kalau sy kluar trlelap dlm kreta atau tdo2 ayam slpas waktu isyak bole ke sy bgun dn buat solat tahajud tp sblm jam 12tghmlm.. adakan solat sy sah?

Nur
Nur
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Pertama sekali t kasih atas perkongsian blog ustaz.
Saya nak bertanya, bolehlah kita membaca surah yg sama ketika solat tahajud dan taubat ? Atau adakah lebih afdhal jika kita guna surah yg berbeza. T kasih ustaz.

Muhammad idris bin reduan
Muhammad idris bin reduan
1 bulan yang lalu

Assalammualaikum ustaz, saya nak tanya sikit boleh ke kita berdoa sambil melihat bacaan doa yang ada didalam henfon sebab saya da lama tinggalkan solat jadi saya tak ingat bacaan2 dalam doa……boleh ke ustaz???
Saya harap ustaz dapat memberikan penerangan yang lengkap untuk orang macam saya yang da lama tinggalkan solat nie. Terima kasih ustaz assalammualaikum

Muhammad idris bin reduan
Muhammad idris bin reduan
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz diatas pencerahan yang ustaz terangkan,dengan pencerahan ini dapat membantu saya sedikit demi sedikit untuk saya mendekat kan diri saya dengan allah S. W. T.

Elly
Elly
2 bulan yang lalu

Kalau banyak buat dosa, tapi kita bangun solat tahajjud dan berdoa memohon hajat, doa dimakbulkan jugak ke?

Elly
Elly
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

terima kasih ustaz 🥺

Ilah
Ilah
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih ustaz share semua ni. Setiap hari bangun lps solat tahajjud & taubat akan terus bukak link ustaz ni utk baca doa & zikir.