Adakah Jangan Solat Kalau Masih Buat Dosa?

YouTube video

Betulkah jangan solat kalau masih buat dosa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Bagaimanakah rupa solat yang dapat mencegah kemungkaran kerana ada orang kata kalau orang yang solat tapi masih buat dosa maka tidak guna dia teruskan solat.

Mohon penjelasan.


JAWAPAN:

Firman Allah Taala ertinya:

Sungguhnya solat itu mencegah ia dari perbuatan keji dan mungkar.”

(Al-Ankabut : 45)

Solat yang dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar ialah solat yang didirikan dalam keadaan ikhlas dan sempurna rukun dan syarat serta khusyuk hatinya.

Maka solat yang seperti ini akan menjadikan pelakunya takut kepada Allah.

Dan haram sama sekali meninggalkan solat sama ada solatnya sudah sempurna atau belum dan samada solatnya itu telah mencegah dirinya dari melakukan dosa atau tidak.

Yang wajib ditinggalkan dalam keadaan ini ialah perbuatan dosanya itu.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr yang bermaksud:

Sesungguhnya solat itu apabila dilakukan dengan sempurna dan ada sertanya khusyuk dan penuhlah hatinya dengan cahaya maka akan membuahkan rasa takut kepada empunya solat itu akan Allah.

Maka dia tidak lagi akan melakukan segala dosa dan jikalau dia ada melakukan dosa maka dia akan segera kepada bertaubat dan Allah Taala sama sekali tidak akan menyia-nyiakan pahalanya.

Dan selama-lamanya orang yang solat tapi masih melakukan dosa tidak boleh meninggalkan solat kerana solat itu tidak memberikan kesan pada menguatkan jalannya.

Maka mengerjakan solat itu wajib dan meninggalkan maksiat itu juga wajib.

Dan wajib atas setiap orang bersungguh-sungguh pada menunaikan kedua perkara yang wajib ini yakni mengerjakan solat dan meninggalkan maksiat.

Dan mudah-mudahan orang yang menjaga solatnya akan membawa kepada khusyuk di dalam solat dan kemudian meninggalkan segala maksiat.”

(Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments