NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)

cara Qada solat

Ini adalah panduan cara qada solat (menggantikan solat fardu) yang lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.

Apa Maksud Qada Solat

Qada solat (قضاء) bermaksud menggantikan atau melaksanakan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas. Dalam Islam, solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

Apabila seseorang Muslim terlepas solat fardu disebabkan sebab tertentu seperti tertidur, lupa, atau keadaan darurat, maka wajib baginya untuk menggantikan solat tersebut pada masa lain.

Ini dilakukan sebagai cara untuk memenuhi kewajipan solat yang telah ditinggalkan. Qada solat menunjukkan pentingnya menjaga kewajipan solat dalam Islam dan tanggungjawab individu untuk memastikan semua solat fardu dilaksanakan.

Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.

Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.

Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.

Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.

YouTube video

Hukum qada solat dalam Islam adalah wajib. Ia adalah kewajipan bagi mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan, sama ada disengajakan atau tidak. Menurut pandangan ulama, setiap solat fardu yang ditinggalkan mesti diganti secepat mungkin.

Ini berdasarkan pemahaman umum dalam Islam bahawa solat adalah tiang agama dan tidak boleh ditinggalkan. Oleh itu, apabila seseorang gagal menunaikan solat pada waktunya, dia wajib menggantikannya melalui qada untuk memastikan kewajipannya terhadap solat terpenuhi.

Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut.

Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak

(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar. Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.

Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.

Niat qada solat adalah berniat di dalam hati untuk mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan. Niat ini dilakukan sebelum takbiratul ihram pada permulaan solat.

Contohnya, jika seseorang hendak mengqada solat Zohor, niatnya adalah: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada kerana Allah Taala”.

Niat ini penting untuk menentukan solat tersebut sebagai ganti bagi solat fardu yang tidak sempat atau tidak dapat dilaksanakan pada waktunya.

Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:

niat qada solat subuh

 Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Zuhur

niat qada solat zohor

 Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin  Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Asar

niat qada solat asar

 Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Niat Qada Solat Maghrib

niat qada solat maghrib

 Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

niat qada solat isyak

 Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Qada Solat merupakan cara mengerjakan semula solat yang terlepas. Langkah pertama adalah berniat di dalam hati untuk solat qada bagi waktu solat yang terlepas. Kemudian, ikuti langkah solat seperti biasa, termasuk takbiratul ihram, membaca Al-Fatihah, rukuk, sujud, dan salam. Qada Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikutnya.

  1. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Musafir: Apabila ingin diqada selepas musafir, solat mesti diqada secara sempurna (tidak boleh qasar atau jamak). Jika diqada ketika masih musafir, boleh diqada secara sempurna atau qasar.
  2. Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Menetap (Bermukim): Solat yang ditinggalkan ketika menetap wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar, walaupun diqada ketika musafir.
  3. Bacaan dalam Solat Qada: Bacaan boleh dibaca dengan nyaring pada waktu malam (selepas terbenam matahari hingga terbit matahari), sekalipun bukan jenis solat yang biasa dibaca nyaring. Bacaan solat dibaca perlahan pada waktu siang.
  4. Mengerjakan Qada Solat secara Berjemaah: Dibenarkan apabila ada dua orang atau lebih yang mahu mengganti solat mereka.
  5. Mengerjakan Qada Solat Secara Tertib (Mengikut Urutan): Disunatkan mengerjakan qada solat mengikut urutan, seperti solat Zuhur dahulu, kemudian Asar. Namun, jika waktu solat yang sedang berlangsung (seperti Asar) hampir habis, wajib mengerjakan solat tersebut dahulu sebelum qada solat yang ditinggalkan (seperti Zuhur).

Bacaan Dalam Solat Qada

Bacaan dalam qada solat sama seperti bacaan dalam solat fardu biasa. Ini termasuk:

  1. Takbiratul Ihram: Membuka solat dengan takbir.
  2. Bacaan Al-Fatihah: Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
  3. Surah Lazim: Membaca surah atau ayat-ayat Quran selepas Al-Fatihah.
  4. Rukuk dan Sujud: Melakukan rukuk dan sujud dengan bacaan-bacaan tertentu.
  5. Tahiyyat Akhir: Membaca tahiyyat pada rakaat terakhir.
  6. Salam: Mengakhiri solat dengan ucapan salam.

Tiada bacaan khusus atau berbeza untuk solat qada berbanding solat fardu biasa; perbezaannya hanya pada niat untuk menggantikan solat yang tertinggal.

Penjelasan Mengenai Cara Qada Solat

YouTube video

Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.

1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak).


2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir. Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar.

(terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama)


3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir.


4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari.

Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).

Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.


5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka.


6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.

Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.

Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.

Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama

Jika seseorang lupa bilangan solat fardu yang telah tertinggal, mereka disarankan untuk membuat anggaran terbaik berdasarkan ingatan. Setelah itu, lakukan qada’ mengikut jumlah tersebut. Jika tidak ingat, lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan telah dipenuhi. Penting untuk menetapkan niat qada’ dalam hati sebelum memulai setiap solat.

Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.

Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya. Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti.

Contohnya:

Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai. Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan.

Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti.

Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya.

Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?

warna darah haid

Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas tidak perlu melakukan qada’ untuk solat yang terlepas. Ini kerana dalam Islam, wanita yang mengalami haid atau nifas dikecualikan daripada kewajiban solat. Setelah selesai tempoh haid atau nifas, mereka boleh meneruskan solat seperti biasa tanpa perlu menggantikan solat yang terlepas selama tempoh tersebut.

Penerangan

Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.

Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:

  • Wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu Asar perlu qada solat Zohor.
  • Dan wanita yang kering darahnya dalam waktu Isyak perlu qada solat Maghrib.

Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.

Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu.

Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar?

Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar. Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia qada solatnya selama dia murtad. Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.

Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.

Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..

… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.

Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.

Di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi:

Perlu Buat Solat Qada Dahulu Atau Solat Tunai Dahulu?

Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib. Jika waktu solat masa itu hampir tamat, maka utamakan solat tunai waktu itu terlebih dahulu.

Hukum Tertinggal Solat Kerana Terlupa atau Sakit

Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya. Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas.

Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya.

Adakah Bacaan Perlu Kuat Bila Qada Solat Isyak Pada Waktu Siang?

Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang. Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada. Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar.

Bolehkah Qada Solat Yang Ditinggalkan Secara Berturutan?

Boleh. Sunat mengerjakan solat qada secara tertib.

Bagaimana Cara Qada Solat 6 Waktu Solat

Harus mengqada solat-solat yang tertinggal sama ada mengikut tertib atau tanpa tertib.

Bolehkah Solat Sunat Jika Masih Belum Selesai Qada Solat?

Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat.

Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib.

Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk. Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid.

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak & Qasar?

Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat.

Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat.

Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya.

Bolehkah Solat Qasar Yang Ditinggalkan Semasa Musafir Secara Jamak Qasar Ketika Bermukim?

Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat. Solat itu perlu diqada secara rakaat penuh (tamam)

Bolehkah Qada Solat Secara Jamak Qasar Ketika Saya Dalam Pemusafiran Yang Lain?

Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini. Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain. Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut.

Hukum Qada Solat Yang Tertinggal Semasa Bermukim Ketika Musafir

Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir.

Adakah Perlu Baca Kuat Jika Qada Solat Asar Pada Waktu Malam?

Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam.

Adakah Orang Yang Pernah Gila Perlu Qada Solat?

Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu. Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun.

Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan.

Adakah Orang Pengsan Perlu Qada Solat?

Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

Ini kerana  pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila.

Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat.

Kewajipan Mengganti Solat Yang Tertinggal

Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.

1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.

Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.

(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)


2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.

Sabda Nabi:

Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)


3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya

— Al-Ma’un 107:4-5

Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti.

Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

1,302 thoughts on “NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu Lengkap)”

    • Salam,

      Ganti solat mengikut bilangan solat yang ditinggalkan.

      Rakaat atau tatacaranya adalah sama seperti solat yang ditinggalkan tersebut.

      Reply
  1. Asalamualaikum.. Apakan tiada masalah ,contoh, jika kita hanya menqodho solat subuh berkali kali di siang hingga ke malam pada hari itu dan belom lg mengqodho solat frdhu yg lain?

    Andainya Kita tidak meninggalkan solat.. tertapi kita menqodho juga kerana was was dngan solat yg kita tunaikan terdahulu .. Apakah salaH?

    Trima kasih..

    Reply
    • Wassalam,

      1. Boleh, tiada masalah. Hukumnya harus (dibolehkan).

      2. Was-was seharusnya dihindari. Jika tuan berasa was-was, memang perlu menqada kembali solat tersebut.

      Reply
  2. Assalammualaikum . Maaf . Cuma nk tanya , macam mana ye kalau nk qodo solat subuh pada waktu malam (maghrib-insyak) perlu atau tidak membaca doa qunut sambil angkat tangan( tadah tgn) mcm kita solat subuh pd waktu subuh itu??

    Reply
  3. Assalaamualaikum ustaz..
    Seumur hidup sy jrg skali solat.adakah sy perlu qada solat ikot tertib ataw sebaliknye?klu sy solat tidak ikot tertib adakah solat sy sah ustaz?sy ragu2..

    Reply
    • Disunatkan untuk mengikut tertib.
      Sunat disini bermaksud tidak mengapa kalau tidak dibuat, tapi jika dibuat dapat pahala

      Reply
  4. assalam ustaz.bolehkah kita buat solat qada subuh atau yg lainnye dlm 7 kli subuh ,7kali zuhur,7kali yg seterusnye dlm 1hr..lepastu surah dlm rakaat pertama n kedua boleh baca atau tak ye .sbb nk percepatkn qada solat.trma ksih ustaz

    Reply
    • Wassalam,

      1. Boleh, kalau larat buat, boleh buat.

      2. Kalau mengikut rukun solat, memang tiada surah perlu dibaca kecuali al-fatihah. Solat akan tetap sah kalau tidak baca surah itu.

      Tetapi tidak wajar untuk meninggalkan baca surah tersebut semata-mata untuk solat secara tergesa-gesa kerana itu termasuk dalam perbuatan lalai dalam solat.

      Solatlah dengan tenang, tertib dan tamakninah supaya solat kita diterima Allah.

      Reply
  5. Salam ustaz, sy solat tersalah kiblat dlm lima tahun, ktika itu sy mnumpang tinggal di rumah ipar. Sy di beritau kiblat di sebelah kanan. Krn tuan rumah beritahu begitu katanya. Tp setelah 9 tahun tak tinggal sana sy dpt tahu kabar kiblat solat slame 5 tahun sy duduk dgnnya salah iaitu sebenarnya di sebelah kiri. Slps dia check di app kiblat. Padahal kmi tersalah kiblat sebaik dh pn bertanya bkn tak bertanya kmudian tersalah kiblat.

    Dlm situasi kiblat salah sebaik dh pun bertanya..wajibkah jugak sy dn dia mengqadakan solat2 tersebut sbb bukan salah kmi??

    Reply
  6. Asalamualaikum ustazd …kalau nak qoda solat subuh adakah perlu baca doa qunut sprti biasa…mohon pnjelasn ustadz

    Reply
  7. Assalamua’laikum Ustaz,

    Apakah hukum jika kita nak qada solat tetapi tidak membaca surah2 lazim selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama & kedua?

    Terima kasih utk jwpnya ustaz

    Reply
  8. Assalamualaikum , bole kh saya solat qada untuk asar , maghrib , isyak dan subuh selepas saya solat zohor ? Dan saya teruskan saja solat qada 5 waktu itu sehingga masuk waktu asar .. bole kh saya berbuat demikian ?

    Reply
  9. Assalamu’Laikum Ustaz , jikalau saya tak sengaja untuk meninggalkan Solat waktu Maghrib , adakah saya boleh Solat Qada selepas Waltu Isya ? Tetapi Solat Qada Maghrib caranya adakah Sama? Terima kasih Ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      Ya boleh. Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

      Dan cara qada solat adalah sama seperti solat maghrib biasa (cuma niat dia ada lain sedikit)

      Reply
  10. Assalamualaikum ustaz. . Ustaz dulu saya pernah tinggalkn solat selama 1 tahun lebih, akibat kemalangn di jalan raya dn saya terlantar di hospital. . Jadi saya tingglakn solat, selepas saya semboh dari sakit, dn saya melakukan solat 5waktu semula seperti biasa dan saya menganti balik solat yg saya tingglkn sebelom ini ( 5waktu ), soalan saya adakah saya berdosa besar ustaz dn adakah cukup solat qada yg saya ganti kn itu. . Saya rasa was was ustaz, sama ada cukup atau pon tidak solat yg saya gantikn itu. . .BOLEH USTAZ TOLONG SAYA. . .

    Reply
    • Wassalam,

      Ya, meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdosa dan wajib di qada.

      Qada mesti dilakukan sehingga dirasakan telah cukup dengan jumlah yang ditinggalkan.

      Selain itu, sentiasalah memohon ampun dan bertaubat, InsyaaAllah, dengan sifat Allah Yang Maha Pengampun, pasti dosa kita diampunkan.

      Reply
  11. Soalan No. 9,
    Dalam permusafiran yang lalu, saya pernah meninggalkan solat zohor. Adakah saya boleh qada solat tersebut dengan mengqasarnya ketika saya dalam pemusafiran yang lain?

    Jawapan
    Anda tidak boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu. Ini kerana anda kini berada dalam pemusafiran yang lain.

    Anda wajib mengqada solat zohor itu secara penuh empat rakaat.

    Tetapi antara cara mengqadakan solat adalah seperti berikut:
    1.Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak).
    2.Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendak diqada ketika masih dalam tempoh musafir atau ketika musafir pada waktu lain, dibolehkan melakukannya secara sempurna atau diqasar. (APA MAKSUD BOLEH DILAKUKAN SECARA SEMPURNA ATAU QASAR KETIKA DALAM TEMPOH MUSAFIR ATAU MUSAFIR PADA WAKTU LAIN?)

    Reply
    • Wassalam,

      Ya ada kekeliruan di situ.
      Saya telah semak dan memperbetulkan kembali.

      Qada solat untuk solat ditinggalkan sewaktu musafir, boleh dilakukan secara qasar dalam tempoh musafir yang sama. Jika di qasar selepas tamat musafir, kena di qada secara sempurna.

      Reply
  12. Assalamulaikum sy nk tanya sbb tak fhm lg klu kita tgl solat isyak atau subuh blh ke kta qada pda waktu zohor?

    Reply
  13. Salam Ustaz, saya banyak masa dekat rumah, tak buat apa..dulu sy pernah solat tersalah kiblat selama lebih kurang 5 tahun. boleh kah sy qada’ solat2 tu selepas dhuha 7.30 pg sehingga ke pukul 10.00 dan 11.00 pagi..?

    Reply
  14. Assalamualaikum ustaz..bolehkh solat qadha dilakukan 2@3 kali berturut turut.solat qadha yg sama..sedangkn solat qadha yg lain tidak dilakukn pada hari yg sama..

    Reply
  15. Assalamuaalaikum…bagaimana jika saya telah habis period/ tiada darah Di Hari ke 7 tetapi sye blum Mandi wajib serta menunaikan solat dri waktu subuh hingga isyak?
    kerana sye khuatir kalau sye Mandi wajib pada waktu subuh Dan solat… kemudian akn kluar sakit baki darah lagi…adakah solat saya itu sah atau saye perlu ganti solat?

    Reply
  16. Assalamualaikum ustaz. Berapakah rakaat harus kita buat untuk qada solat? Dan haruskah kita solat fardhu dahulu baru qada solat yang ditinggal?

    Reply
    • Wassalam,

      Bilangan rakaat adalah sama seperti bilangan rakaat solat yang ingin di qada.

      Ya sebaiknya lakukan solat tunai dahulu sebelum menunaikan solat qada.

      Reply
  17. Assalamualaikum ustaz..benarkah amalan2 sunat yg lain tidak dibernarkan selagi mana kita tak habis tunaikan qadha atas solat wajib..contohnya seperti membaca Al-Quran, berzikir dan solat jenazah kerana keperluan utk melakukan perkara wajib lebih diutamakan..mohon pencerahan..adakah jatuh hukum haram??

    Reply
    • Wassalam,

      Tidak benar. Amalan sunat boleh dilakukan disamping melakukan qada solat.
      Cuma lebih baik mengutamakan qada solat.

      Hukumnya tidak haram.

      Reply
  18. Assalamualaikum ustz , klau kita nk qada solat subub selepas solat isyak , perlukah kita membaca surah2 dgn kuat?

    Reply
  19. Assalamualaikum ustaz, terima kasih dengan penerangan yang jelas ini. Namun saya ada beberapa soalan yang diharapkan boleh menghilangkan kemusykilan saya.

    jika dihitung, saya telah terlalu banyak kali lalai dan ingin segera qada solat2 yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan. jadi di hari cuti atau apabila berkelapangan, saya ingin isikan sepenuhnya waktu dengan qada solat.

    1. adakah rakaat solat qada sama seperti solat fardhu? (qada subuh juga 2 rakaat dan baca doa khunut seperti biasa?)
    2. berapa banyak solat qada saya boleh lakukan dalam satu2 masa?
    3. bolehkan saya solat subuh tunai pada jam 6.30 pagi contohnya, kemudian lakukan aktiviti pagi. setelah selesai, pada jam 9pagi contohnya, saya ambil wuduk dan mula solat qada berulangkali (subuh-isyak dan diulangi subuh-isyak dan seterusnya tanpa henti) sehinggallah tengahari sebelum masuk waktu zohor. setelah selesai solat zohor tunai, saya sambung qada lagi berulangkali. boleh ke ustaz?

    maaf pertanyaan saya terlalu panjang. saya terlalu banyak dosa dan meninggalkan solat jadi jika boleh, saya ingin melakukannya sekerap dan sesegera mungkin semasa saya masih sihat..

    terima kasih ustaz

    Reply
    • Wassalam,

      1. Ya sama seperti solat biasa dari segi tatacaranya.

      2. Tiada batasan. Selagi saudara masih larat untuk melakukan banyak solat dalam satu masa.

      3. Boleh. Qada solat tiada batasan waktu untuk melakukannya.

      Alhamdulillah, jika saudara ingin menyegerakan qada solat itu adalah satu perkara yang amat baik.

      Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menerima segala amalan

      Reply

Leave a Comment