Hukum Tidur Bermimpi Sehingga Keluar Air Mani Ketika Berpuasa

Keluar Air Mani Ketika Berpuasa

Apakah hukum tidur dan bermimpi sehingga keluar air mani ketika berpuasa?

Adakah ia membatalkan puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Adakah batal puasa jika bermimpi di siang hari bulan Ramadan dan bila bangun melihat air maninya keluar?

Adakah wajib qadha puasanya itu?


Jawapan:

Keluar mani dalam kedaan tidur tidak membatalkan puasa kerana perkara itu adalah diluar dari kekuasaannya.

Yang membatalkan puasa ialah sengaja mengeluarkan mani seperti sengaja memikirkan perkara syahwat lalu keluar mani atau sengaja bermesra dengan isteri lalu keluar mani atau yang seumpamanya.

Ada pun orang tidur itu tidak ada kesengajaan dari dirinya.

Berkata Syeikh Dr Ali Jumaah Mufti Mesir:

ومن رحمة الله تعالى بخلقه أن رفع عنهم إثم الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه، وبيَّن سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن القلم يُرفع عن النائم في حديثه الشريف: «رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِىِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ» رواه أبو داود.من هذا نبيِّن أن النائم مرفوعٌ عنه القلم؛ فلا يؤاخذ بما يحصل له أثناء نومه، والصائم الذي احتلم أثناء صومه في نهار رمضان لا إثم عليه ولا قضاء عليه وصومه صحيح. والله سبحانه وتعالى أعلم. دار الإفتاء المصرية

Ertinya:

Dan setengah dari rahmat Allah Taala kepada makhluk-Nya ialah mengangkat dari mereka dosa sebab tersalah dan kelupaan dan yang dipaksakan atasnya.

Rasulullah saw telah menerangkan bahawa dosa tidak ditulis dari orang yang sedang tidur pada hadithnya yang bermaksud: “Tidak akan ditulis dosa dari tiga golongan yaitu dari orang yang tidur sampailah ia terjaga dan dari kanak-kanak sampailah ia baligh dan dari orang gila sampailah ia siuman. Hadith riwayat Abu Daud.

Dari inilah kami nyatakan orang yang tidur itu diangkat darinya hukum.

Maka tidak diambil kira dengan apa yang berlaku baginya pada ketika sedang tidur itu.

Dan orang yang puasa yang bermimpi dipertengahan puasanya pada siang hari Ramadhan tidak ada dosa atasnya dan tiada atasnya qadha dan puasanya itu sah.”

(Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
NatMar
NatMar
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz kalau dalam mimpi keluar air mani lepastu bila bangun dari tidur keluar air mani mcm mana pulak kena mandi wajib ke?