
Nabi dibaling najis oleh musuh, tidak sedikit pun baginda (s.a.w) terasa hati.
Disalinnya baju berkali-kali dengan penuh kesabaran. Berulang-alik Nabi berjalan di tengah-tengah mereka. Nabi tak marah langsung.
Di zaman yang serba berteknologi tinggi sekarang ini ramai yang menjadikan laman sosial sebagai medan dakwah. Semakin hari semakin banyak fitnah dan tuduhan tanpa memahami mesej isi kandungan yang sebenar terlebih dahulu.
Tak sedikit yang terlalu sensitif dengan apa yang dikongsi oleh si pendakwah sehingga menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. Barangkali sudah tidak boleh berfikiran terbuka lagi dengan mesej Islam dalam kehidupan seharian.
Masing-masing mahu berdebat melawan pendapat siapa lebih benar.






