IZHAR MUTLAQ / WAJIB (Panduan Tajwid Asas Lengkap)

izhar mutlaq

Apakah maksud izhar mutlaq atau wajib?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap hukum berkaitan izhar mutlaq / wajib ini berserta contoh-contohnya.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Izhar Mutlaq Dari Segi Teori

Apakah maksud izhar mutlaq / wajib?

Secara ringkas, ia bermaksud:

Izhar: Menyatakan / Menjelaskan

Wajib: Mutlak / Mesti

Izhar wajib berlaku apabila Nun mati (sukun) bertemu salah satu huruf ي atau و dalam satu kalimah.

Ia dinamakan izhar mutlaq ( إِظْهَارٌ مُطْلَقٌ ) kerana ia tidak dikaitkan dengan halqi (halkum) atau syafah (bibir mulut).

Cara bacaannya adalah DIJELASKAN (izhar) bunyi nun sukun — iaitu tidak di-dengungkan.

Penjelasan Izhar Mutlaq

Sebagaimana yang difahami sebelum ini, syarat idgham (sama ada idgham berserta dengung atau tanpa dengung) secara umumnya mestilah pertemuan nun yang bertanda mati ( ن ) dan tanwin ( ــًـــٍـــٌـ ) dengan huruf idgham dalam dua perkataan seperti:

Sekiranya nun yang bertanda mati dan tanwin bertemu dengan huruf idgham ( ي و ن م ) dalam satu perkataan, maka wajib dibaca dengan bacaan izhar dan tanpa dengung — maka ia dinamakan “izhar mutlaq”.

Contohnya:

Dalam al-Quran hanya terdapat 4 perkataan dari kategori izhar mutlaq, iaitu kesemuanya nun yang bertanda mati bertemu dengan Ya ( ي ) dan nun yang bertanda mati bertemu dengan Wau ( و ) seperti berikut:

Huruf

Nun Mati 

و

ي

Contoh Izhar Mutlaq Dalam Al-Quran

Antara contoh-contoh Izhar Mutlaq dalam al-Quran adalah seperti berikut:

1. Surah As-Saff ayat 4


2. Surah Al-Anaam ayat 99


3. Surah Ar-Raad Ayat 4


4. Surah Al-Baqarah Ayat 85

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments