
Bagaimana niat dan cara melakukan Tawaf Haji & Umrah?
Panduan ini akan membantu ada melakukan ibadah Tawaf Haji atau Umrah dengan lengkap dan secara langkah demi langkah.
Apa yang menarik:
Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa-doa yang ma’thur untuk dibacakan pada setiap pusingan tawaf.
Malah bacaan-bacaan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang sukar membaca teks arab.
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..
Pengenalan Ibadah Tawaf

Setelah ihram, rukun umrah yang seterusnya (rukun kedua) adalah tawaf.
Apakah maksud tawaf?
Tawaf adalah perbuatan mengelilingi Kaabah dalam arah lawan jam sebanyak tujuh kali, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad dengan menjadikan Kaabah di sebelah kiri kita. Amalan ini hanya boleh dilakukan di Baitullah, di Masjidil Haram.
Ibadah tawaf ini sifatnya seperti ibadah solat, perlaksanaannya harus suci dari hadas dan najis.
Rasulullah ﷺ bersabda:
Tawaf di (sekeliling) Baitullah adalah seperti solat
(HR Tirmizi)
Jenis-Jenis Tawaf
Tawaf terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut adalah jenis-jenis tawaf dan tujuannya ia dilakukan:
- Tawaf Qudum ialah tawaf sunat yang dilakukan pertama kali ketika memasuki Mekah, disebut juga sebagai tawaf selamat datang.
- Tawaf Umrah ialah tawaf yang dilakukan dalam rangkaian pelaksanaan umrah.
- Tawaf Ifadah ialah tawaf wajib dan merupakan salah satu dari rukun haji.
- Tawaf Wada’ ialah tawaf yang dilakukan ketika hendak meninggalkan Kota Mekah (tawaf selamat tinggal). Tawaf ini merupakan salah satu wajib haji.
- Tawaf Sunat ialah tawaf yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Syarat-Syarat Melakukan Tawaf

Terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh kita semua semasa melakukan ibadah tawaf:
- Menutup aurat
- Suci dari hadas besar dan hadas kecil
- Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
- Mengelilingi Kaabah dengan menjadikan Baitullah di sebelah kiri. Tawaf akan terbatal satu pusingan jika bahu terpesong atau menyentuh dinding Kaabah atau Hijir Ismail. Jika perkara ini berlaku, maka hendaklah diulang pusingan berkenaan.
- Dimulakan dari Hajarul Aswad dan diakhiri di Hajarul Aswad juga setelah cukup 7 pusingan dengan yakin.
- Dilakukan di dalam Masjidil Haram.
- Dilakukan semata-mata untuk tawaf dan bukan untuk perkara lain contohnya untuk mencari kawan.
Cara Melakukan Tawaf
Ringkasan Cara Melakukan Tawaf
- Sebelum memasuki Masjidil Haram, hendaklah berwuduk terlebih dahulu lalu pergi menuju ke sudut Hajar Aswad.
- Tawaf dimulakan dari Hajar Aswad dengan mencium atau mengusapnya. Jika tidak mampu, maka cukup memberi isyarat dengan tangan, lalu berjalan mengelilingi kaabah tujuh kali. Pusingan ke 1, 2 dan 3 berjalan cepat, sedangkan pusingan ke 4, 5, 6 dan ke 7 berjalan biasa.
- Setelah tiba di Rukun Yamani, hendaklah memberi isyarat dengan tangan. Tetapi jika mampu, maka hendaklah mengusapnya.
- Setelah habis 7 pusingan, maka tawaf diakhiri dengan Solat Sunat Tawaf 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim.
Bacaan Semasa Tawaf
Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak pernah mengkhususkan bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah ﷺ adakah doa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad di setiap pusingan.
Sebahagian doa-doa yang dipaparkan digunakan adalah dipilih daripada doa yang ma’thur dan ringkas bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah yang melakukan tawaf buat pertama kali.
Tawaf Pusingan 1
1. Ketika hendak memulakan tawaf berdirilah menghadap Kaabah, iaitu diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad. 2. Kemudian, berjalanlah dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita). 3. Apabila sampai di Rukun Hajarul Aswad (penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad), maka sunat untuk berniat tawaf:Niat Tawaf

AllaHumma Inni UriiDu TawaaFa BaiTikal-HaRaaMi Sab’aTa AsyWaaTin TawaaFal-‘UmraTi Lillahi Taala
Ya Allah, sesungguhnya aku hendak mengerjakan tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala.
Nota:
Niat hendaklah dilafazkan dan ditanamkan dalam hati sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.
Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan:

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT
Nota:
Istilam adalah perbuatan melambaikan tangan ke arah Kaabah dan diulangi pada setiap pusingan tawaf apabila kita sampai di penjuru Hajarul Aswad.
Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan pertama adalah seperti berikut:
Doa Taubat

Allahumma Inni ZhoLamTu Nafsi ZulMan KaTsiRan, Wa Laa YaghFiruz-DzuNuuBa ilLaa AnTa, FaghFirLi MaghFiroTan Min InDiKa, WarHamNi inNaka AnTal GhoFuuRur-RoHim
Ya Allah, aku telah banyak berbuat dosa terhadap diri sendiri, sedangkan yang mengampuni segala dosa itu tidak lain hanyalah Engkau, maka berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Doa Taubat Nabi Yunus

Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaaNaKa inNii KunTu Minal ZhoLimin
Tidak ada tuhan melainkan hanyalah Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk orang yang zalim
Penghulu Istighfar

AllaahumMa Anta Rabbii Laa ilaaha illaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang mencipta diriku, aku sebagai hambaMu, aku tetap setia kepadaMu sebagaimana sumpah yang telah aku ikrarkan sesuai dengan kemampuanku, aku mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukan yang aku buat, aku mengakui atas kurnian nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
Doa Istighfar

AllahumMag-FirLi Maa QadDamTu, Wa Maa Akh-KhorTu, Wa Maa AsRarTu Wa Maa A’LanTu, Wa Maa AnTa A’LaMu BiHi MinNi. AnTal-MuQaddim Wa Antal-MuAkh-Khir, Laa IlaaHa ilLaa Anta
Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan kemudian, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Engkau sahajalah yang lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tiada tuhan melainkan Engkau.
Doa Memohon Dilindungi Daripada Segala Yang Buruk

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Mina MunKaRaaTil-Akhlaq Wal A’MaaLi Wal AhWaa-ie Wal AdWaa-ie
7. Seterusnya, setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan:Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada akhlak yang tidak baik, daripada segala perbuatan yang tidak baik, daripada segala nafsu yang tidak baik dan daripada segala penyakit yang berbahaya (Riwayat al-Tirmizi)

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
8.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
9. Ini dikira satu pusingan (selesai pusingan pertamaa) dan anda masih berbaki enam (6) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-2

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan kedua adalah seperti berikut:
Doa Kesejahteraan Rumah Tangga

RabbaNa HabLana Min AzWaaJiNa Wa DzurRiyyaTina QurraTa A’yun Waj’Alna LilMuttaQiiNa ImaaMaa
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk hati dan jadikan diri kami sebagai pimpin golongan yang bertakwa.
Doa Supaya Nama Harum

Robbi Habli HukMan Wa AlHiqNi BisSooLihin Waj’Al-Li LiSaaNa SidQin Fil AaKhiRin Waj-‘Alnii Min WaroTsaTi JannaTin-Na’im
Ya Tuhanku, berilah aku ilmu dan bawalah aku dapat berkumpul bersama orang-orang yang soleh, jadikan aku mempunyai nama (yang baik) oleh golongan generasi selepas kami, dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang dapat mewarisi syurga.
Doa Murah Rezeki

AllahumMag-FirLii DzanBi, Wa Was-SigLi Fii DaaRii Wa BaaRikLii Fii RizKii
Ya Allah, ampunilah dosa, luaskanlah kelapangan dalam rumah tanggaku dan berkatilah untukku pada rezekiku.
Doa Agar Ibu Bapa Diberi Keampunan

RabbaNag-FirLii Wa LiWaa LiDayYa Wa Lil MukMiNina YauMa YaQuuMul Hisabb
Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan semua kaum Muslimin pada hari kiamat.
Doa Agar Dikurniakan Keindahan Akhlak

AllahumMa KaMaa HasSanTa KholQii Fa Hassin KhuluQii
12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkan pula akhlakku.

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
14. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-3

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ketiga adalah seperti berikut:
Doa Bersyukur

Ya Rabbi Lakal Hamdu Kama YanBaGhii LiJaLaaLi WajHika Wa ‘AziiMi SulThooNik
Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana semestinya, demi keagungan wajah-Mu (keredhaan-Mu) dan kebesaran kekuasaan-Mu.
Doa Menolak Bala

AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min JahDil Bala’ Wa DaroKis-SyaQa’, WaSuu-il Dho’, Wa SyaMaaTaTil A’-Daa’
Ya Allah, sesungguhnya aku belindung denganMu daripada bala yang berat, daripada kesusahan yang bersangatan pada urusan dunia dan kesempitan ke atasnya, daripada takdir yang membimbangkan dan daripada kegembiraan musuh terhadap musibah yang menimpa.
Doa Agar Dilunasi Hutang

Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu daripada ditimpa dukacita dan kesusahan. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap lemah dan malas. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap pengecut dan bakhil. Aku memohon perlindunganMu daripada lilitan hutang dan penindasan orang.
Doa Memohon Perlindungan Daripada Segala Ujian Hidup

Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada ujian dan seksaan api neraka, daripada ujian dan seksaan kubur, daripada ujian kemewahan dan kekayaan, daripada ujian kemelaratan hidup dan aku mohon perlindungan daripada kejahatan fitnah al-Masih dajjal.
Doa Agar Dihapuskan Dukacita & Diberi Kegembiraan

AllahumMa InNi AbDuka, WabNu AmaTik, NaaSiYati BiyaDika MaaDhin FiyYa HukMuka, ‘AdLun FiyYa QoDhoo-Uka, As-Aluka BiKulLis-Min HuWaLaka, SamMaiTa Bihi NafSaka, Au AnZal-Tahu Fii KitaaBika, Au ‘AllamTu A-HaDan Min KholFika, Awis-Ta’-TsarTa Bihi Fii ‘ilmil-Ghoibi ‘inDaka, An Taj-‘Alal Qur-AaNa Robii’A QolBi Wa NuuRo SodRi, WaJaLaa’ HuzNii WaDzaHaaBa HamMi.
17. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:Ya Allah, inilah aku hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, ubun-ubunku ada di tanganMu, undang-undang peraturanMu berlaku ke atasKu, undang-undang keputusanMu wajar ke atas diriku. Aku mohon kepadaMu dengan segala nama sebutanMu, yang Engkau sendiri menamakan diriMu demikian atau yang Engkau wahyukan dalam kitab suciMu atau yang Engkau khabarkan kepada salah seorang makhlukMu atau Engkau khususkan untuk dirimu sendiri di luar pengetahuan manusia, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung itu penenang hatiku, cahaya mataku, penghibur kesedihanku dan pelenyap dukaku.

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
18.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
19. Maka selesailah pusingan ketiga dan anda masih berbaki empat (4) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-4

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-4 adalah seperti berikut:
Doa Atas Nikmat Islam

alḥamdu lillāhillażī hadānā lihāżā, wa mā kunnā linahtadiya lau lā an hadānallāh
Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kami di jalan ini (Islam), jika tidak ada pimpinan daripada Allah, nescaya kami akan kehilangan pimpinan
Doa Agar Ditetapkan Dalam Iman & Islam

rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah, innaka antal-wahhāb
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami, kurniakan kepada kami rahmat daripada sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha mengurniakan
Doa Agar Diberi Keselamatan Dan Kesejahteraan

Allahumma Inni As-Alukal AfWa Wal-‘AaFiyah Fid-DunYaa Wal AaKhirah
Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat (Riwayat Ibn Majah)
Doa Agar Dipelihara Kesihatan

AllahumMa Inni A-‘UuDzuuBika Min ZaWaaLi Ni’MatiKa WataHawWali ‘AaFiyaTika
Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada hilangnya nikmat kurniaanMu, daripada dihilangkan atau berubah keadaan kesihatan pemberiaanMu, daripada datangnya balasan seksa yang mendadak dan daripada segala kemurkaan.
Doa Agar Mencakupi Segala Macam Doa

AllahumMa InNa Nas-Aluka Min Khori Maa Saa-Alaka ManHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa Na-‘UuDzuBika Min SyarRiMas Ta-‘AaDza MinHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa inTal MusTa’AaNu Alaykal BaLaaGhu Wa Laa HawLa WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahi
22. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang dipohon oleh NabiMu Muhammad ﷺ, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada keburukan apa yang pinta perlindungan oleh NabiMu Muhammad ﷺ, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan segala sesuatu, tiada daya mahupun upaya melainkan dengan pertolongan Allah (Riwayat al-Tirmizi)

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
23.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
24. Maka selesailah pusingan keempat dan anda masih berbaki tiga (3) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-5

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-5 adalah seperti berikut:
Doa Agar Tidak Tidak Menjadi Orang Yang Zalim Dan Jahat

rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim
Doa Memohon Keputusan Terbaik Dalam Sesuatu Urusan

rabbanaftaḥ bainanā wa baina qauminā bil-ḥaqqi wa anta khairul-fātiḥīn
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.
Doa Memohon Agar Dipermudahkan Segala Urusan

rabbanā ātinā mil ladunka raḥmataw wa hayyi’ lanā min amrinā rasyadā
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
Doa Agar Dikurniakan Kekuatan

rabbanā afrig ‘alainā ṣabraw wa ṡabbit aqdāmanā wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir
Doa Agar Dijauhi Zina

Allahummag-Fir DzanBi Wa Thoh-Hir Qolbi, Wa Hassin FarJii
12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku. (Riwayat Ahmad)

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
27. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-6

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-6 adalah seperti berikut:
Doa Ketika Dalam Kesusahan

Laa iLaaHa ilLallahul ‘AziiMul Halim, Laa iLaaHa ilLallahu Robbul ‘ArSyil ‘Azimm, Laa IlaHa ilLallahu Robbus-SamaWaaTi Wa Robbul Ardh, Wa Robbul Arsyil Karim
Tiada than selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada than selain Allah, Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Agung, tiada than selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan Tuhan pemelihara bumi dan Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia.”
(Riwayat Ahmad)
Doa Memohon Kemudahan

AllahumMa Laa SahLa ilLaa Maa Ja’AlTahu SahLaa, Wa Anta Taj-‘Alul HazNa Izaa Syi’Ta SahLaa
Ya Allah, tiadalah kemudahan melainkan jika Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki. (Riwayat Ibnu Hibban)
Doa Memohon Berada Dalam Kebenaran

AllahumMa Inni As-Aluka Fi’Lal KhoiRooTi Wa TarKal-MunKaRat, Wa HubBal MasaaKin, Wa in TaghFiRaLii Wa TarHaMaNii, Wa iDzaa ArodTa FitNatan Fii QauMin FataWaf-Fani GhoiRo MafTun
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar sentiasa dapat mengerjakan kebalkan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Ampunilah aku dan kasihanilah aku. Sekiranya Engkau hendak menurunkan bencana, maka matikanlah aku dalam keredaan-Mu lebih dahulu hingga aku tidak tertimpa musibah tersebut.” (Riwayat Ahmad)
Doa Memohon Perlindungan Daripada Perbuatan Buruk Orang Yang Hampir Dengan Kita

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Min JaaRil Suk’ Wa Min ZawJin TuSyay-YiBuNii Qoblal MaSyibb, Wa Mun Waladin YaKuuNu ‘AlayYa Riba, Wa Min MaaLin YakuuNu AlayYa ‘AdzaaBan Wa Min KhoLiiLin Maa Kirin ‘iiNuHuu TaRaaNi WaQolBuhu Tar’AaNi in RoAy HasanaTan DaFaaNaha, Wa iiZaa RoAy Sayyi-Atan Adzaa-‘AHaa
Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menjadikan aku tua sebelum aku tua, anak yang menjadikan aku susah, harta yang menjadikan aku terseksa dan kawan yang khianat yang matanya memerhatikanku, apabila dia melihat kelebihanku disembunyikannya, apabila dia melihat kekuranganku disebarkan.” (Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Dua)
Doa Mendapat Rezeki Yang Berganda

Allahummaj-‘Alni Min A’Dzomi ‘AbaDika NaSiiBan Fii Kulli KhoiRin TaqSiMuHul GhoDaaTa Wa NuuRaa TahDi Wa RahMatan TanSyuRuHaa Wa RizQan TabSuThuHu Wa DhurRan TakSyiFuHu WaBaLaa’ TarFa’U-Hu Wa FitNatan TasRiFuHa
“Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian yang hebat pada cahaya yang Engkau kurniakan sebagai hidayat, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau lapangkan, bahaya yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, (elakkan) fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan.” (Riwayat al-Tabarani)
30. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:
Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
31.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
32. Maka selesailah pusingan keenam dan anda masih berbaki satu (1) pusingan lagi.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Tawaf Pusingan Ke-7

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-7 adalah seperti berikut:
Doa Kesejahteraan Ibu Bapa

rabbirḥamhumā kamā rabbayānī ṣagīrā
“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Doa Memohon Kecukupan Keperluan

ḥasbiyallāhu lā ilāha illā huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Doa Menghindari Fitnah

AllahumMa Inni A’UuZu Bika Min ‘AzaaBi JahanNam, Wa Man ‘AzaaBil Qobri, Wa Min FitNatil MahYa Wal Mamat, Wa Min SyarRi FitnaTil-MasiiHid-Dajjal
“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada azab api neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, kematian dan fitnah al-Masih al-Dajal.” (Riwayat Muslim)
Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh Atau Solehah

rabbi hab lī mil ladunka żurriyyatan ṭayyibah, innaka samī‘ud-du‘ā’
“Wahai Tuhanku, kurniakan aku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar lagi memperkenankan.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 38)
Doa Memohon Kecintaan Allah

AllahumMa Inni As-Aluka HubBaka, Wa HubBa Man YuHibBuka, Wal ‘Amalal-lazi YuBalLi-RghuNi HubBaka, AllahumMaj-‘Al HubBaka AhabBa ilayya Min Nafsi Wa Ahli, Wa Minal Maa il-BaaRidi.
35. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:Ya Allah aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu serta memohon curahan amal yang dapat menghantar diriku mencintai-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.
(Riwayat al-Tirmidzi)

Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd
Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin
37. Maka selesailah pusingan ketujuh dan ibadah tawaf tersebut.Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.
Seterusnya, anda boleh lakukan beberapa ibadah lain sebelum melakukan ibadah Sai’e. Ibadah-Ibadah tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
Ibadah Selepas Tawaf
Solat Sunat Tawaf
Antara ibadah yang pertama yang boleh dilakukan selepas selesai Tawaf adalah melakukan Solat Sunat Tawaf.
Antara tempat terbaik untuk mendirikan Solat Sunat Tawaf adalah di belakang Maqam Ibrahim A.S. Akan tetapi, jika tidak dapat, maka boleh dilakukan di dalam lingkungan Hijir Ismail di bawah pancuran emas.

Jika tidak dapat juga, maka solatlah berhampiran Kaabah atau dimana-mana tempat dalam Masjidil Haram.
Niat Solat Sunat Tawaf adalah seperti berikut:

Usolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala
Tatacara lengkap Solat Sunat Tawaf boleh dirujuk pada panduan khas ini: Niat & Cara Solat Solat Sunat Tawaf Beserta Doa
Berdoa Di Multazam

Setelah selesai Solat Sunat Tawaf dan berdoa, maka disunatkan juga berdoa di Multazam.
Multazam ialah satu ruang di antara pintu Kaabah dengan Hajarul Aswad dan ia merupakan salah satu tempat mustajab doa.
Minum Air Zam-Zam
Disunatkan juga untuk meminum air zam-zam. Air zam-zam mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan.

Sabda Nabi ﷺ:
Sesungguhnya ia berkat, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh kepada penyakit
(Riwayat Abu Daud)
Ketika hendak minum air zam-zam, disunatkan minum dalam keadaan berdiri, menghadap kiblat dan berdoa.
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ketika minum air berkat ini ialah:

AllahumMa Inni As-Aluka ‘ilman NaaFi’Aa, Wa RizQan Waa Si’Aa, Wa SyiFa’an Min Kulli Daa’in
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit
(Riwayat al-Daruqutni)
Ketika berdoa hendaklah diiringi dengan niat tertentu seperti mohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat, diberi pasangan hidup, diberi keluasan rezeki dan apa-apa sahaja hajat yang baik.
Melakukan Sai’e

Setelah selesai mengerjakan tiga ibadah sunah di atas, maka bolehlah melakukan rukun yang seterusnya iaitu Sai’e.
📚 Panduan niat, cara & bacaan ketika Saie boleh dirujuk pada pautan ini: PANDUAN LENGKAP NIAT & BACAAN KETIKA SAI’E
Perkara Sunat Dalam Tawaf

Berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa tawaf:
- Berniat
- Berdoa pada tiap-tiap pusingan
- 7 kali berturut-turut
- Memakai pakaian yang berwarna putih
- Berlari (lari kecil) pada tiga pusingan pertama.
- Istilam (melambaikan tangan ke kaabah dan mengucup tangan tersebut).
- Idtiba’ iaitu meletakkan bahagian tengah kain selendang di bawah ketiak kanan, hujungnya pula di atas bahu sebelah kiri di mana bahu kanan terdedah bagi kaum lelaki.
- Istilam hajar aswad dan mengucupnya dan istilam rukun yamani dan tidak mengucupnya.
- Solat Sunat Tawaf.
Perkara Makruh Dalam Tawaf
Ada beberapa perkara yang menjadi makruh semasa melakukan tawaf, iaitu:
- Makan/minum semasa tawaf.
- Bercakap-cakap yang kurang sopan semasa tawaf.
- Membaca doa dengan nyaring.
- Bercakap menggunakan telefon bimbit
- Melakukan ramal (berlari anak) dalam semua pusingan.
- Menahan kentut, buang air kecil dan air besar.
Kesalahan-Kesalahan Ketika Melakukan Tawaf

Apakah kesalahan-kesalahan yang sering berlaku semasa mengerjakan Tawaf?
Berikut adalah kesalahan yang lazim dilakukan oleh para jemaah:
- Terkejar-kejar ikut mutawwif kerana takut tersesat atau ketinggalan.
- Bercakap-cakap semasa tawaf.
- Cari kawan, isteri atau suami sehingga berubah niat.
- Istilam tanpa membetulkan posisi bahu.
- Membawa beg yang di dalamnya terdapat selipar atau kasut bernajis.
- Tidak menghabiskan pusingan hingga sampai di tempat mula tawaf (Hajar Aswad).
- Tawaf di dalam Hijir Ismail, kerana dengan demikian bererti dia tidak mengelilingi seluruh kaabah, тетарі hanya sebahagiannya sahaja, kerana hijir tersebut termasuk sebahagian daripada kaabah. Oleh itu, pusingan tawaf yang dilakukan di dalam Hijir Ismail menjadi tidak sah.
- Mengusap kaabah dengan tujuan tertentu dan mencium seluruh sudut kaabah. Adapun yang boleh dicium hanya hajar aswad.
- Melakukan ramal (berlari-lari anak) pada seluruh pusingan tawaf yang tujuh, padahal ramal itu hanya dilakukan pada tiga pusingan pertama, dan itu pun hanya dilakukan khusus pada tawaf qudum sahaja.
- Bersesakan dalam mencium hajar aswad, bahkan kadang-kadang sampai saling memukul dan memaki. perbuatan ini tidak boleh dilakukan kerana dapat menyakiti sesama muslim. Meninggalkanmencium hajar aswad tidaklah merosakkan tawaf, bahkan tawafnya tetap sah sekalipun tidak mencium sama sekali. Dan bagi seseorang yang tawaf, cukup memberikan isyarat sambil bertakbir ketika berada sejajar dengan hajar aswad tersebut, sekalipun dari jauh.
- Mengusap hajar aswad dengan maksud untuk mendapatkan berkah daripadanya. Ini merupakan perbuatan bidaah kerana tidak ada landasannya di dalam syariat islam. Adapun yang menjadi tuntunan rasulullah saw ialah mengusap dan menciumnya dengan niat beribadah kepada allah swt.
- Bersesakan untuk melakukan solat di Maqam Ibrahim.ini menyalahi sunnah, di samping dapat mengganggu dan menyakiti orang-orang yang sedang tawaf, padahal solat dua rakaat tawaf itu cukup dilakukan di tempat lain di dalam Masjidil Haram.
Soalan Lazim Berkaitan Tawaf

Berikut adalah beberapa soal jawab bagi soalan lazim yang berkaitan dengan ibadah tawaf:
Jika tidak menghafal atau tidak ingat, para jemaah boleh membaca ayat tersebut berpandukan catatan pada kertas, buku mahupun medium seperti web. Jika jemaah tersebut mempunyai masalah tidak pandai membaca, maka bacalah ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa yang lain yang diingati.
Jika semua tidak boleh, maka memadai melakukan tawaf tanpa apa-apa doa dan bacaan. Hukum membaca doa semasa tawaf adalah sunat sahaja.
Tawaf bermula dari penjuru Hajarul Aswad dan tempat tawaf berakhir juga di Hajarul Aswad, iaitu tempat kita memulakan tawaf tadi.
Semasa melakukan tawaf, berjalanlah menghadap ke hadapan dalam arah lawan pusingan jam dan menjadikan Kaabah di sebelah kiri kita sepanjang masa kita bertawaf.
Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga lutut. Dan hendaklah jemaah lelaki menutup bahagian atas badannya sebagai menjaga adab.
Aurat perempuan semasa tawaf adalah sama seperti had aurat ketika tidak tawaf. Sebagai peringatan, jemaah perempuan hendaklah berhati-hati dengan:
– Bahagian bawah dagu
– Pergelangan tangan
– Anak rambut di muka
– Stokin
– Berhati-hati dengan anak rambut pada bahagian telinga jika memakai cermin mata.
Ketika dalam masyaqqah seperti kesesakkan di tempat tawaf dan sebagainya, boleh beralih dari pendapat syafi’e yang masyhur kepada pendapat syafi’e yang marjuh, iaitu tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat.
Pendapat ini paling tepat dengan maqasid syariah.
Rujukan: Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-23
Hukumnya sah, jika ia mengikut syarat-syarat dalam tawaf walaupun tingkat atas itu lebih tinggi dari Kaabah.
Sah. Mengikut syarat tawaf hendaklah menjadikan Baitullah itu di sebelah kiri setiap saat ia mengerjakan tawaf dan hendaklah ke hadapan.
Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka pusingan tawaf tersebut tidak sah. Wajid diulangi pusingan tersebut.
Tawaf orang itu sah tetapi makruh.
Tidak sah tawaf bagi mereka yang tersentuh Hijir Ismail atau kelambu Kaabah kerana ia melanggar syarat sah mengerjakan Tawaf.
Sesiapa yang tersentuh hendaklah mengulangi pusingan yang terbatal itu sahaja.
Tidak wajib untuk muwalat mengerjakan Tawaf dan Sai’e secara berturutan. Boleh melakukan perkara-perkara lain dahulu seperti berehat di hotel dengan syarat menjaga larangan-larangan di dalam Ihram walaupun beberapa hari selepas itu baru dilakukan Sai’e.
Tetapi yang paling baik dan afdal adalah setelah selesai melakukan Tawaf, kita terus mengerjakan Sai’e secara berturut-turut.
Jika ragu-ragu itu hanya kepada lafaz sahaja, ia tidak menjejaskan tawaf. Tetapi jika dia ragu-ragu kepada niat ianya akan menjejaskan tawaf. Hukum ini tertakluk kepada tawaf yang wajib berniat sahaja.
Tawaf yang wajib berniat adalah Tawaf Nazar, Tawaf Sunat dan Tawaf Wada’.
Kalau disengajakan maka batal tawaf. Jika tidak disengajakan dan ditutup kembali, maka dimaafkan.
Jika seseorang itu tidak melakukan tawaf tetapi dia melakukan sai’e dan bergunting, maka umrahnya tidak sah.
Dia dikenakan Dam Takhyir dan Dam Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya. Dia dikehendaki menyempurnakan tawaf umrah diikuti dengan sai’e dan bergunting.
Tawaf yang dilakukan itu hanya sah untuk dirinya sahaja. Untuk tawaf anak kecil itu hendaklah dilakukan selepas selesai tawaf walinya.
Rujukan: Kitab al-Bahru al-Wafi, hlm. 450
Sah tawaf bagi kedua-duanya (orang yang menaiki kerusi roda dan orang yang menolak kerusi tersebut). Orang yang menolak kerusi roda tidak perlu mengulangi semula tawaf untuk dirinya.
Tawaf tersebut tidak sah kerana tidak cukup pusingan atau tidak sempurna tawafnya. Ini bermakna dia hanya membuat enam pusingan sahaja dan dia dikenakan dam kerana bergunting sebelum sempurna tawafnya.
Oleh itu dia perlu sempurnakan tawaf dengan satu pusingan lagi kemudian lakukan sai’e dan bergunting.
Tawaf dan Sai’e tidak boleh diupah kepada orang lain untuk melakukannya. Yang dibolehkan adalah mengupah orang lain untuk menolaknya dengan kerusi roda. Dalam ibadah haji, yang boleh dikerjakan oleh orang lain adalah melontar sahaja bagi mereka yang uzur syarie.
Tawaf itu sah dengan syarat perbualan tersebut hanyalah perbualan ringan.
Sekiranya perbualan itu menyebabkan dia terpesong niat dari perbuatan tawaf, atau menyebabkan dia leka atau lupa apa yang sedang dilakukan, maka tidak sah umrah tersebut.
Memandangkan kes ini sudah lama berlaku, umrah tersebut dikira sah dengan bertaklid kepada pandangan Mazhab Hanafi yang mengatakan sudi dari hadas bukan syarat sah tawaf.
Walau bagaimanapun, dia dikenakan Dam seekor kambing.
Penutup
Setelah menyelesaikan tujuh pusingan Tawaf dan ibadah-ibadah yang menyertainya, anda telah memulakan perjalanan rohani yang membawa anda lebih dekat kepada Allah.
Ingatlah, ibadah haji atau umrah anda tidak berakhir di sini.
Terdapat ibadah lain, seperti Sai’e, yang anda perlu lakukan selepas Tawaf. Ibadah tambahan ini dihuraikan dalam bahagian-bahagian yang seterusnya.
Semoga panduan ini berfungsi sebagai sumber rujukan yang berharga untuk anda dalam melaksanakan tugas-tugas agama semasa ibadah Umrah atau Haji anda.
Semoga Allah menerima ibadah anda dan memberikan berkat dan rahmatNya kepada anda.
Tinggalkan Komen Anda..