PANDUAN SAIE: Niat, Cara & Bacaan Doa Ketika Saie

Bagaimanakah niat saie, cara dan bacaan doa ketika melakukan saie?

Ini adalah panduan lengkap mengenai ibadah saie untuk Haji dan Umrah, meliputi semua perkara berkaitan saie dari awal sehingga akhir saie ― termasuk bacaan doa untuk setiap pusingan saie.

Apa yang penting:

Setiap bacaan dalam panduan ini dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Maksud Saie

Saie ialah perbuatan berjalan berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya. Ia merupakan salah satu rukun dalam ibadah Umrah atau Haji. Seseorang tidak boleh membuka ihramnya selagi belum menyelesaikan Sai’e.

Niat Saie

Niat Saie untuk ibadah Umrah dan Haji diucapkan di dalam hati atau dengan suara perlahan sebelum memulakan perbuatan Saie.

Niat Saie Umrah

Niat saie bagi ibadah Umrah adalah seperti berikut:

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin, Sa‘Ya Al-‘Umrati Lillāhi Ta‘Ālā.

Dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Sai’e umrah kerana Allah Taala.

Niat Saie Haji

Niat saie bagi ibadah Umrah adalah seperti berikut:

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin Sa‘Ya Al-Ḥajji Lillāhi Ta‘Ālā.

Dalam Bahasa Melayu:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Saie Haji kerana Allah Taala.

Tatacara & Bacaan Doa Ketika Saie

Secara ringkas, tatacara pelaksanaan Saie adalah seperti berikut:

  • Setelah selesai minum air zamzam dan berehat untuk sementara waktu, anda akan pergi menuju Bukit Safa dan Marwah bagi melaksanakan Saie.
  • Berniat Saie dan berdoa.
  • Memulakan perjalanan dan berdoa.
  • Berdoa di antara lampu-lampu hijau.
  • Berdoa selepas melewati lampu-lampu hijau.
  • Berdoa ketika mulai mendaki Bukit Marwah.
  • Mengangkat tangan dan melambai ke arah Kaabah dan berdoa.
  • Memulakan perjalanan kedua (menuju ke Safa) dan berdoa.
  • Berdoa di antara lampu-lampu hijau.
  • Berdoa selepas melewati lampu-lampu hijau.
  • Berdoa ketika mulai mendaki Bukit Safa.
  • Demikian seterusnya sehingga 7 kali perjalanan dan berakhir di Marwah

Perjalanan 1

Safa ➜ Marwah

1. Sebelum Memulakan Perjalanan

Di atas Bukit Safa sebelum memulakan perjalanan, mengadapkan ke arah Kaabah.

Kemudian melambaikan tangan dan membaca:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

Bacaan doa ini disunatkan dibaca setiap kali hendak memulakan perjalanan sebaik sahaja berada di atas Bukit Safa ataupun Marwah.

2. Ketika Memulakan Perjalanan Saie

Seterusnya ketika masih dalam keadaan menghadap kiblat lagi, sebelum memulakan perjalanan maka bacalah doa ini.

Ini adalah doa yang disukai oleh Rasulullah ﷺ:

Laa iLaHa ilLallah WahDahu Laa SyaRiiKa-LaHu, LaHul-MulKu Wa LaHul HamDu WaHuWa ‘Alaa Kulli Sya’in Qodir ― Laa iLaHa ilLaallaHu WahDaHu AnJaZa Wa’DaHu WaNaSoRo ‘AbDahu Wa HaZaMal-AhZaaBa WahDahu

Tiada tuhan selain Allah yang esa, tiada sekutu bagiNya, milikNya kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah yang esa, Dia melaksanakan janjiNya, dia menolong hambaNya dan Dia mengalahkan bala pakatan tentera musuh dengan sendiriNya.

3. Kemudian Bertakbir Sekali Lagi

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

4. Kemudian, Mulakan Perjalanan Ke Bukit Marwah

Semasa dalam perjalanan ini, bacalah doa-doa atau zikir pilihan yang disukai anda.

Antara cadangan doa yang boleh dibacakan dalam perjalanan tersebut adalah seperti berikut:

Doa Memohon Keselamatan & Ditutupkan Aib

AllahumMa Inni As Alukal ‘Afiyah Fid Dunya Wal AaKhirah. AllahumMa Inni As Alukal AfWa Wal ‘Afiyata Fii DiiNi Wa DunyaYa Wa Ahli Wa MaaLi. AllahumMas-Tur ‘AuRooTi, Wa AaMin Raw-‘AaTi. AllahumMah FazNi Min BaiNi YaDaiYa, Wa Min KholFi, Wa ‘An YaMiiNi, Wa ‘An ShiMaaLi, Wa Min FauQii. Wa Aa’UuDzu Bi ‘AdzoMaTika An Ugh-TaaLa Min TahTi.

“Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu afiat di dunia dan akhirat. Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan afiat terhadap agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhanku, tutuplah aiku dan berilah ketenangan dalam hatiku. Wahai Tuhanku, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku dan dari atasku, dan aku berlindung kepada Engkau dengan kebesaran Engkau dan orang yang bermaksud hendak membinasakan aku dengan tiba-tiba.” (Riwayat Abu Daud)

5. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Kawasan lampu hijau saie
Kawasan lampu hijau

Perjalanan 2

Marwah ➜ Safa

6. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Atas Bukit Marwah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

7. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Kedua

Doa Dijauhi Daripada Kepapaan

AllahumMa Robbas-Samaa Waa Tis-Sab-Eii Wa Robbal AroDinn, Wa RobbaNa Wa Robba Kulli Syai’in, FaaLiqol Habbi WanNawa, MunZilat-TawRoti Wal InjiiLi Wal Qur’an. Aa’UuDzuBika Min Syarri Kulli Dzii Syarri Anta AaHidun BiNaaSiyah. Antal Awwalu FalaySa QobLaka Syai’in. Wa Antal AaKhiru FalaySa Ba’Daka Syai’un. Wa Antaz-DzoHiru FalaySa FawQoKa Syai-Un. Wa Antal BaThin, FalaySa DuuNaka Syai-Un. IqDhi Anniid-Dayna Wa AghNiNi Minal FatRi.

“Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai tuiuh petala langit, tujuh petala bumi dan Arasy yang besar. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan segala sesuatu, wahai Tuhan yang membelah biji dan anak kurma, yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Quran, aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan segala yang mempunyai kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah yang permulaan, tidak ada sesuatu sebelum Engkau, Engkaulah yang akhir, tidak ada sesuatu sesudah Engkau. Engkaulah yang nyata, tidak ada sesuatu di atas Engkau, Engkaulah yang tersembunyi, tidak ada sesuatu di bawah Engkau, lunaskanlah segala hutangku dan kayakanlah aku daripada kepapaan.” (Riwayat Ahmad)

8. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Perjalanan 3

Safa ➜ Marwah

9. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

10. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Ketiga

Doa Menolak Bencana

AllahumMa RahMatika ArJuu, Falaa TakilNi, Ilaa Nafsi ThorFaTa ‘AyNin Wa AsLihLii Sya’Ni KullaHu, Laa iLaaHa ilLaa Anta

“Wahai Tuhanku, aku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, oleh itu janganlah Engkau menyerahkan kepada diriku sendiri walaupun sebentar, perbaikilah untukku segala urusanku, tada than bagiku selain daripada Engkau.” (Riwayat Abu Daud)

11. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Perjalanan 4

Marwah ➜ Safa

12. Melambaikan Tangan Ke Arah Kaabah Di Bukit Marwah Sambil Mengucapkan:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

13. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Keempat

Doa Menghindari Kesukaran Hidup

Bismillahi ‘Alaa NafSii Wa MaaLii Wa DiiNii. Allahumma RodDiNii BiQoDhoo-iKa Wa BarikLii Fii QoDaRik, Hatta Laa UhibBa Ta’JiiLa Maa AaKhorTa Wa Laa Ta’Khiro Maa ‘AjalTa.

“Dengan nama Allah untuk diriku, harta dan agamaku. Wahai Tuhanku, berilah kepadaku perasaan merelai ketetapan-Mu dan berkatilah segala apa yang diberikan kepadaku supaya aku tidak mencintai mencepatkan yang Engkau lambatkan dan tidak mencintai melambatkan apa-apa yang Engkau cepatkan.” (Riwayat al-Tabarani)

14. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Perjalanan 5

Safa ➜ Marwah

15. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

16. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Kelima

Doa Memohon Kejayaan

Allahumma Inni As-Aluka SihHaTan Fii iiMaaNan, Fii HusNi KhuLuQin Wa NaJaaHan YatBa’Uhu FalaaHun, Wa RahMatan Minka  Wa ‘AaFiyatan Wa MaghFiratan Minka Wa RodWaaNan.

Ertinya: “YaAllah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji serta kejayaan yang disertai dengan keuntungan. Aku juga memohon kepada-Mu curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredaan dari sisi-Mu.” (Riwayat al-Hakim)

17. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Perjalanan 6

Marwah ➜ Safa

18. Melambaikan Tangan Ke Arah Kaabah Di Bukit Marwah Sambil Mengucapkan:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

19. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Keenam

Zikir Yang Mendapat Jaminan Syurga

SubHaaNallahi Wa BihamdiHi, Wa Laa Quwwata ilLaa Billahi Maa Syaa Allahu Kana, Wa MaaLam Ya Sya’Lam Yakun. A’LaMu AnnallaHa ‘Alaa Kulli Syai’in Qodir, Wa AnnallahHa Qod AhaTho BikulLi Syai-in ilMann.

“Maha Suci Allah dan Maha Terpuji-Nya, tada kekuatan kecuali dengan Allah, segala sesuatu yang dikehendaki Allah terjadilah, segala sesuatu yang tidak dikehendaki-Nya tiadalah terjadi. Aku meyakini bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.” (Riwayat Ibn al-Sunni)

20. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Perjalanan 7

Safa ➜ Marwah

21. Melambaikan Tangan Ke Kaabah Di Safa Dan Membaca:

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

22. Kemudian Baca Doa-Doa Saie Pusingan Ketujuh

Doa Terhindar Daripada Bencana

AllahumMa Inni A’UuDubika Minal Hadam, Wa A’UuDubika Minat-TaRodDi. Wa A’UuDubika Minal GhomMi, Wal GhoRoQi, Wal HaRoQi, Wal Harami. Wa A’UuDubika An YaTaKhobBaThaNisy-SyaiThonu InDal-Mawt. Wa A’UuDubika An AmuuTa Fii SabiiLika MudBiiRan. Wa A’UuDubika An AmuuTa LaDiiGhan.

“Tuhanku, bahawasanya aku berlindung diri kepada Engkau daripada keruntuhan rumah, tersungkur ke jurang, terbakar, karam, tua nyanyuk, dikalahi syaitan ketika mati, mati membelakangi jalan-Mu dan mati disengat binatang berbisa.” (Riwayat Ahmad)

23. Setiap Kali Sampai Di Kawasan Lampu Hijau, Maka Bacalah Doa Ini:

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Ya Allah!  Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

Doa Setelah Tamat Perjalanan Saie

Di atas Bukit Marwah ⛰

Rabbana Taqabbal Minna Wa’afina Wa’fu Anna Wa’ala Ta’atika Washukrika A’inna Wa’ala Ghairika La Takilna Wa’ala Al-Imaani Wal-Islami Al-Kamili Jam’an Tawaffana Wa’anta Raadhi Anna. Allahumma Irhamni Bitarkil Ma’asi Abadan Ma Abqaitani Wa’irhamni An Atakallafa Ma La Ya’nini Warzuqni Husnan Nazari Fima Yurdiika Anni Ya Arhama Ar-Rahimiin.”

Maksudnya:

Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepada-Mu, janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain dari-Mu. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan-Mu wahai Tuhan yang bersifat Amat Belas Kasihan.

Syarat-Syarat Sah Saie

Berikut adalah beberapa syarat sah saie yang mesti dipatuhi:

  • Dilakukan setelah menunaikan tawaf rukun atau tawaf qudum.
  • Bermula dari Safa dan diakhiri di Marwah.
  • Dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna. Dari Safa ke Marwah dikira satu kali dan balik dari marwah ke safa dikira satu kali (sila lihat gambar rajah di bawah).
  • Hendaklah sampai ke penghujung tempat sat di kaki Bukit Safa dan di Kaki Bukit Marwah.
  • Berjalan dalam batasan yang ditetapkan untuk Saie  (mas’a).
  • Saie dilakukan semata-mata beribadah bukan untuk tujuan yang lain.

Perkara Sunat Semasa Saie

Berikut adalah beberapa yang sunat dilakukan semasa mengerjakan Saie:

  1. Keluar ke tempat Sa’ie melalui Bab As-Safa (pintu Safa) – terletak berdekatan dengan lampu hijau dalam bangunan masiid yang berbumbung, yang bersetentangan dengan Hajar Aswad, yang merupakan garis permulaan Tawaf.
  2. Menaiki Bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:
  3. Mengadap Qiblat dan mengangkat keduatangan serta bertakbir di Safa dan Marwah.
  4. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampaidi tempat bertanda lampu neon hijau atau tiang hijau.
  5. Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di Bukit Marwah. (Sekarang ini kawasan adalah batu-batu di Bukit Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika sahaja)
  6. Muwalat (berturut-turut)
  7. Suci dari hadas kecil dan besar
  8. Berjalan kaki.
  9. Berdoa atau berzikir atau membaca Al-Quran semasa melakukan Sa’ie.

Beberapa Kesalahan Ketika Melaksanakan Saie

Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering berlaku semasa melakukan Sai’e:

  1. Sebahagian orang ada yang meyakini bahawa saie tidaklah sempurna sehingga dia naik ke puncak Bukit Safa atau Marwah. Padahal sampai di kaki bukitnya sahaja sudah memadai.
  2. Ada yang melakukan sai’e sebanyak 14 kali pusingan. Padahal jalan dari Safa ke Marwah disebut satu pusingan dan jalan dari Marwah ke Safa adalah pusingan kedua. Dan Saie akan berakhir di Marwah. Naik ke Bukit Safa dan Marwah sambil bertakbir seperti ketika solat. Padahal yang disunnahkan adalah berdoa dengan memuji Allah dan bertakbir sambil menghadap kiblat.
  3. Tetap meneruskan sai’e ketika solat jemaah sedang didirikan. Padahal sepatutnya yang dilakukan ialah melaksanakan solat jemaah terlebih dahulu.
  4. Berjalan cepat di antara Safa dan Marwah pada seluruh pusingan, hal ini tidak perlu kerana menurut sunnah Rasulullah ﷺ hanya di antara kedua tanda lampu hijau sahaja.

Soal Jawab Masalah Lazim Berkaitan Dengan Saie

Saie

Berikut adalah beberapa soal jawab bagi soalan lazim yang berkaitan dengan ibadah Saie:

Adakah dikira sah Jemaah Haji yang uzur melakukan Saie dengan menaiki kerusi roda, tetapi mereka disorong hanya sampai setakat penghabisan pagar perjalanan kereta sorong sahaja?

Ya, dikira sah kerana ia Saie di kawasan yang termaklum (Batnul Wadi). Selain dari itu Kerajaan Saudi telah menghadkan pangkal Bukit Safa dan Marwah ialah pada penghabisan pagar laluan kerusi roda itu.

Adakah sah saie suami isteri yang sama-sama mengerjakan Saie dalam keadaan suami menyorong dan isteri duduk di atas kereta yang disorong kerana isteri uzur tidak dapat berjalan?

Hukumnya sah, dengan syarat suaminya mengqasadkan untuk Saie dan bukan semata-mata menyorong.

Adakah sah seseorang Saie. Setelah ia Saie tiga kali pusingan, dia pun balik ke rumah sama ada uzur atau pun tidak, kemudian esonya barulah ia melakukan empat pusingan lagi?

Ya, sah kerana muwalat dalam Sa’ie adalah sunat sahaja tetapi hendaklah memulakan Sa’ie dari tempat dia berhenti dahulu.

Jemaah Haji wanita setelah selesai Tawaf Umrahnya ia pun mengerjakan Saie. Baru dua kali perjalanan Saienya ia terjatuh dan terus dibawa balik ke rumahnya dan menukar pakaian yang dipakainya semasa Ihram Umrahnya dengan pakaian biasa. Bagaimanakah hukum Saie dan Tahallul Umrahnya?

Setelah badannya merasa segar, ia hendaklah menyambung semula Saienya yang belum sempurna kemudian Tahallul maka berhasillah Umrahnya. Mengenai pakaian biasa yang dipakainya itu tidak menjejaskan Ihramnya kerana perempuan tidak ada pakaian khusus untuk Ihram kecuali mukanya tidak boleh ditutup dan tangannya tidak memakai sarung tangan.

Adakah kawasan Saie di tingkat atas itu masih bertapak di Batnul Wadi’ (tempat yang termaklum) dan adakah sah Saie di kawasan itu?

Ya, kawasan Saie di tingkat atas itu masih bertapak di Batnul Wadi’ (tempat yang termaklum). Mengikut pendapat yang muktamad sah Saie di kawasan itu dan walau di kawasan di tingkat langit yang ketujuh atau di bawah tanah yang ketujuh sekalipun.

Adakah tempat Saie di antara Safa dan Marwah termasuk dalam kawasan Masjidil Haram?

lanya tidak dikatakan masjid, walaupun keadaannya sekarang bersambung dengan masjid, ia adalah sebagai lambang agama Allah seperti firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang maksudnya; Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada siar (lambang agama Allah). Dengan ini ia tidak termasuk masjid oleh itu boleh orang haid mask ke dalamnya bahkan boleh mereka melakukan Saie.

Apakah hukum Saie seseorang yang Saie kerana disangkakannya telah mengerjakan Tawaf dan dia bercukur dengan tidak Tawaf?

Hukum Saienya tidak dikira sah dan ia dikenakan Dam kerana bercukur sebelum sampai masanya, dan ia hendaklah melakukan Tawaf dahulu kemudian mengulangi Saie dan bercukur. Damnya adalah Takhyir dan Taqdir.

Apakah hukum melakukan Saie dahulu dari Tawaf semasa Umrah kerana tidak tahu di mana tempat Tawaf?

Jemaah Haji yang melakukan Saie dahulu dari Tawaf adalah tidak sah. la hendaklah melakukan Tawaf dahulu kemudian mengulangi Saie dan bercukur/ bergunting.

Seorang Jemaah Haji mengerjakan Umrah, kemudian dia melakukan Tawaf dan Saie. Tetapi sebelum sempurna Saie, dia berhenti kerana solat, selepas itu dia terlupa untuk menyambung Saie, lalu terus balik ke Malaysia. Bagaimana hukum Umrahnya?

Hukumnya adalah ia masih lagi di dalam Ihram Umrah. Dia dituntut menyambung kerja-kerja Saie dan bertahallul atau membuat Tahallul Ihsar untuk melepaskan segala larangan Ihram dan wajib ia menyempurnakan semula Saie dan Tahallul apabila berkuasa.

Kes Jemaah Haji yang melaksanakan Umrah (sebelum Haji) kemudian melakukan Saie tetapi tidak cukup 7 pusingan. Apabila tiba Hari Tarwiyah beliau mandi sunat Ihram dan niat Ihram Haji serta menyempurnakan semua rukun Haji. Jemaah tersebut hanya menyedari beliau tidak Saie atau tidak sempurna Saie tersebut setelah sempurna melaksanakan rukun Haji. Bagaimana kedudukan Haji jemaah tersebut?

Dalam perkara ini, jika mengikut pandangan Mazhab Syafi’e maka Jemaah tersebut tidak mendapat Haji pada tahun ini. Ini kerana rukun Umrah belum disempurnakan lagi (Saie yang sempurna adalah rukun Umrah dalam Mazhab Syafie).

Walau bagaimana sah Umrah dan mendapat Haji jika ditaqlidkan kepada Mazhab Hanafi dan jemaah tersebut dikenakan Dam (seekor kambing). Ini kerana dalam Mazhab Hanafi Sa’ie adalah wajib.

Rujukan lanjut Kitab Fiqh Islami wa Adillatuh Juz 3, hlm. 145-169

Penutup

Kesimpulannya, Saie bukan sekadar ibadah dalam ibadah Haji dan Umrah, tetapi ia merupakan penghayatan yang mendalam, melambangkan kepatuhan dan ketabahan kita kepada Allah SWT.

Marilah kita praktikkan ilmu yang telah dipelajari dengan penuh keikhlasan, sambil memohon kepada Allah agar setiap langkah dan doa kita dalam Saie ini diterima-Nya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan, pemahaman, dan ketabahan untuk menjalankan ibadah ini dengan sempurna, serta memelihara kita dalam keadaan iman dan Islam yang kukuh.

Mudah-mudahan, setiap amalan kita membawa kita lebih dekat kepada keredhaan-Nya, Ya Arhama Ar-Rahimiin.

Nota & Rujukan

  1. Nota Kursus Asas Haji 1440H, edisi cetakan kemaskini November 2018, Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji
  2. Nota Kursus Ibadah Haji & Umrah serta Ziarah Madinah, Hj. Abdul Rahman Saleh & Hj Kamaluddin Ibrahim, al-Hidayah Publication
  3. Panduan Ziarah Madinah Umrah & Haji, Ustaz Dato’ Haji Md Daud Bin Che Ngah, Pustaka Haji Abdul Majid
  4. Panduan Haji, Umrah dan Ziarah, Ustaz Ibrahim Zakaria.
  5. Panduan Ibadah Umrah & Ziarah, Ustaz Muhamad Dhiauddin, Pustaka Azhar
  6. Panduan Lengkap Haji, Umrah & Ziarah Edisi Kemaskini, Haji Abu Mazaya Al-Hafiz, Al-Hidayah House of Publisher
  7. Panduan Meraih Umrah Yang Mabrurah, Dato’ Dr Hj Zahazan B. Mohamed, Telaga Biru
  8. Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Edisi kemaskini 2020, Disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM) Bil 2/1440H
  9. Bimbingan Umrah & Ziarah, Ust Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashim, Pustaka al-Ehsan
  10. Soal Jawab Fiqh Ibadah Jilid 3, Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Husin, Ikon Syabab Resources.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aliodin
Aliodin
9 bulan yang lalu

Mohon izin untuk manfaatkan ilmu dan share (non-profit) bagi kebaikan umat ye. Terima kasih.

Semoga Allah memberkati saudara.

Nam
Nam
10 bulan yang lalu

Alhamdullilah..Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara