PANDUAN TAWAF: Niat, Cara & Bacaan Semasa Tawaf

niat cara tawaf umrah

Bagaimana niat dan cara melakukan Tawaf Haji & Umrah?

Panduan ini akan membantu ada melakukan ibadah Tawaf Haji atau Umrah dengan lengkap dan secara langkah demi langkah.

Apa yang menarik:

Saya juga turut menyertakan bacaan zikir dan doa-doa yang ma’thur untuk dibacakan pada setiap pusingan tawaf.

Malah bacaan-bacaan ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi bagi membantu anda yang sukar membaca teks arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Maksud Tawaf

Maksud tawaf

Tawaf adalah perbuatan mengelilingi Kaabah dalam arah lawan jam sebanyak tujuh kali, bermula dan berakhir di Hajarul Aswad dengan menjadikan Kaabah di sebelah kiri kita. Amalan ini hanya boleh dilakukan di Baitullah, di Masjidil Haram.

Ibadah tawaf ini sifatnya seperti ibadah solat, perlaksanaannya harus suci dari hadas dan najis.

Rasulullah ﷺ bersabda:

Tawaf di (sekeliling) Baitullah adalah seperti solat

(HR Tirmizi)
YouTube video

Jenis-Jenis Tawaf

Tawaf terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut adalah jenis-jenis tawaf dan tujuannya ia dilakukan:

  • Tawaf Qudum ialah tawaf sunat yang dilakukan pertama kali ketika memasuki Mekah, disebut juga sebagai tawaf selamat datang.
  • Tawaf Umrah ialah tawaf yang dilakukan dalam rangkaian pelaksanaan umrah.
  • Tawaf Ifadah ialah tawaf wajib dan merupakan salah satu dari rukun haji.
  • Tawaf Wada’ ialah tawaf yang dilakukan ketika hendak meninggalkan Kota Mekah (tawaf selamat tinggal). Tawaf ini merupakan salah satu wajib haji.
  • Tawaf Sunat ialah tawaf yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Niat Tawaf Rukun

AllaHumma  Inni UriiDu TawaaFa BaiTikal-HaRaaMi Sab’aTa AsyWaaTin TawaaFal-‘UmraTi Lillahi Taala

Ya Allah, sesungguhnya aku hendak mengerjakan tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala.

Niat Tawaf Qudum

Niat tawaf qudum

Allahumma Innī Urīdu Ṭawāfa Baitika Al-Ḥarāmi Sab‘Ata Ashwāṭin Ṭawāfa Al-Qudūmi Fayassirhu Li Wa Taqabbalhu Minnī Lillāhi Ta‘Ālā.

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini tujuh pusingan kerana tawaf selamat datang, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Niat Tawaf Sunat

Nawaitu Tawafan Sunnatan Lillahi Ta’ala Sab’ah Asywaatan Hawla Al-Baitil Haram.

Aku berniat melakukan tawaf sunat kerana Allah Ta’ala, tujuh pusingan mengelilingi Baitullah.

Niat Tawaf Ifadah

Niat tawaf ifadah

Nawaitu At-Tawafu Lillahi Ta’ala Hajjat Al-Ifadah Sab’ata Asywat Lillahi Ta’ala.

Sahaja aku melakukan tawaf Ifadah Tujuh Pusingan kerana Allah Ta’ala.

Niat Tawaf Wada’

Niat tawaf wada

Allahumma, Inni Uriidu Tawafa Baitika Al-Harami Sab’ata Asywat Tawafa Al-Wada’i Fayassirhu Li Watqabbalhu Minni Lillahi Ta’ala.

Sahaja aku tawaf di Baitullah ini, tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala.

Syarat-Syarat Melakukan Tawaf

Terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh kita semua semasa melakukan ibadah tawaf:

  1. Menutup aurat
  2. Suci dari hadas besar dan hadas kecil
  3. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
  4. Mengelilingi Kaabah dengan menjadikan Baitullah di sebelah kiri. Tawaf akan terbatal satu pusingan jika bahu terpesong atau menyentuh dinding Kaabah atau Hijir Ismail. Jika perkara ini berlaku, maka hendaklah diulang pusingan berkenaan.
  5. Dimulakan dari Hajarul Aswad dan diakhiri di Hajarul Aswad juga setelah cukup 7 pusingan dengan yakin.
  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram.
  7. Dilakukan semata-mata untuk tawaf dan bukan untuk perkara lain contohnya untuk mencari kawan.

Cara Melakukan Tawaf

Ringkasan Cara Melakukan Tawaf

  • Sebelum memasuki Masjidil Haram, hendaklah berwuduk terlebih dahulu lalu pergi menuju ke sudut Hajar Aswad.
  • Tawaf dimulakan dari Hajar Aswad dengan mencium atau mengusapnya. Jika tidak mampu, maka cukup memberi isyarat dengan tangan, lalu berjalan mengelilingi kaabah tujuh kali. Pusingan ke 1, 2 dan 3 berjalan cepat, sedangkan pusingan ke 4, 5, 6 dan ke 7 berjalan biasa.
  • Setelah tiba di Rukun Yamani, hendaklah memberi isyarat dengan tangan. Tetapi jika mampu, maka hendaklah mengusapnya.
  • Setelah habis 7 pusingan, maka tawaf diakhiri dengan Solat Sunat Tawaf 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim.

Bacaan Semasa Tawaf

Rasulullah ﷺ dan para sahabat tidak pernah mengkhususkan bacaan-bacaan tertentu ketika melakukan tawaf pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah ﷺ adakah doa antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad di setiap pusingan.

Sebahagian doa-doa yang dipaparkan digunakan adalah dipilih daripada doa yang ma’thur dan ringkas bagi memudahkan para jemaah haji dan umrah yang melakukan tawaf buat pertama kali.

Doa Ketika Memasuki Masjidil Haram

Ketika memasuki Masjidil Haram untuk pertama kali, adalah disunatkan untuk melalui Babussalam. Apabila melangkah kaki ke Babussalam, hendaklah membaca doa seperti berikut:

Doa memasuki masjidil haram

 Allāhumma Anta As-Salām Wa Minka As-Salām Fahayyinā Rabbana Bi As-Salām Wa Adkhilnā Al-Jannata Dāra As-Salām. Tabārakta Rabbana Wa Ta’ālayta Yā Dzāl-Jalāli Wal-Ikrām. Allāhumma Iftaḥ Lī Abwāba Raḥmatika Wa Maghfiratik Wa Adkhilnī Fīhā, Bismillāhi Wal-Hamdu Lillāh Wa Aṣ-Ṣalāmu ‘Alā Rasūlillāh ﷺ. 

Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, Dari-Mu sahajalah segala kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat dan sejahtera. Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah! Kurniakanlah daku dengan rahmat dan keampunan-Mu, masukkanlah daku ke dalamnya dengan nama Allah SWT, segala puji-pujian tertentu bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan kami Sayyidina Muhammad SAW.

Doa di atas bermaksud untuk memohon keselamatan di dunia akhirat dan agar dianugerahkan syurga dengan penuh sejahtera dan aman sentosa. Setelah itu, anda akan menuruni tangga dataran Kaabah melalui pintu Bani Syaibah.

Doa Ketika Melihat Kaabah

Setelah berada di dalam masjid, anda akan melihat keagungan rumah Allah SWT iaitu Kaabah. Maka bacalah doa ini:

doa ketika melihat kaabah

 Allāhu Akbar, Allāhu Akbar, Allāhu Akbar. Lā Ilāha Illallāh Wahdahu Lā Sharīka Lahu, Lahu Al-Mulku Wa Lahu Al-Hamd Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. A’ūdzhu Birabbi Al-Bayti Min Al-Kufri Wa Al-Faqri Wa Min ‘Adhābi Al-Qabri Wa Ḍīqi Al-Ṣadri. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam. Allāhumma Zid Baytaka Hāza Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābatan Wa Rif’atan Wa Birra Wa Zid Yā Rabbi Man Sharrafahu Wa Karramahu Wa ‘Aẓẓamahu Mimman Ḥajjahu Wa’tamarahu Tashrīfan Wa Takrīman Wa Ta’ẓīman Wa Mahābata Wa Rif’ata Wa Birra. 

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar. Tiada Tuhan Yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, Tuhan Yang memerintah segala sesuatu, bagi-Nya segala pujian dan ialah Tuhan Yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Aku memohon perlindungan daripada Tuhan rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan kesejahteraan-Nya mencucuri ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW keluarganya dan sekalian sahabatnya. Ya Allah tambahkan-lah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, kekuasaan, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurnia-Mu kepada sesiapa yang memuliakannya dan membesarkannya dari kalangan orang orang yang menunakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebaikan.

Selesai membaca doa ini, maka bersedialah untuk mengerjakan tawaf. Anda boleh ikuti bacaan untuk setiap pusingan tawaf yang disediakan pada ruangan di bawah ini.

Tawaf Pusingan 1

1. Ketika hendak memulakan tawaf berdirilah menghadap  Kaabah, iaitu diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad.

2. Kemudian, berjalanlah dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).

3. Apabila sampai di Rukun Hajarul Aswad (penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad), maka sunat untuk berniat tawaf:

Niat Tawaf

 AllaHumma  Inni UriiDu TawaaFa BaiTikal-HaRaaMi Sab’aTa AsyWaaTin TawaaFal-‘UmraTi Lillahi Taala 

Ya Allah, sesungguhnya aku hendak mengerjakan tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala.

Nota:

Niat hendaklah dilafazkan dan ditanamkan dalam hati sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.

4. Setelah berniat, mulakan tawaf. Jika ada berkesempatan, ambillah kesempatan mengucup Hajarul Aswad. Jika orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.

Istilam bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

Nota:

Istilam adalah perbuatan melambaikan tangan ke arah Kaabah dan diulangi pada setiap pusingan tawaf apabila kita sampai di penjuru Hajarul Aswad.

5. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

6. Semasa sedang melakukan tawaf, disunatkan membaca doa.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan pertama adalah seperti berikut:

Doa Taubat

 Allahumma Inni ZhoLamTu Nafsi ZulMan KaTsiRan, Wa Laa YaghFiruz-DzuNuuBa ilLaa AnTa, FaghFirLi MaghFiroTan Min InDiKa, WarHamNi inNaka AnTal GhoFuuRur-RoHim 

Ya Allah, aku telah banyak berbuat dosa terhadap diri sendiri, sedangkan yang mengampuni segala dosa itu tidak lain hanyalah Engkau, maka berilah aku keampunan dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Doa Taubat Nabi Yunus

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaaNaKa inNii KunTu Minal ZhoLimin 

Tidak ada tuhan melainkan hanyalah Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk orang yang zalim

Penghulu Istighfar

 AllaahumMa Anta Rabbii Laa ilaaha illaa AnnTa Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

 Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang mencipta diriku, aku sebagai hambaMu, aku tetap setia kepadaMu sebagaimana sumpah yang telah aku ikrarkan sesuai dengan kemampuanku, aku mohon perlindungan kepadaMu daripada keburukan yang aku buat, aku mengakui atas kurnian nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Doa Istighfar

 AllahumMag-FirLi Maa QadDamTu, Wa Maa Akh-KhorTu, Wa Maa AsRarTu Wa Maa A’LanTu, Wa Maa AnTa A’LaMu BiHi MinNi. AnTal-MuQaddim Wa Antal-MuAkh-Khir, Laa IlaaHa ilLaa Anta 

Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan kemudian, yang aku lakukan secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Engkau sahajalah yang lebih mengetahui daripadaku, Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tiada tuhan melainkan Engkau.

Doa Memohon Dilindungi Daripada Segala Yang Buruk

 AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Mina MunKaRaaTil-Akhlaq Wal A’MaaLi Wal AhWaa-ie Wal AdWaa-ie 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada akhlak yang tidak baik, daripada segala perbuatan yang tidak baik, daripada segala nafsu yang tidak baik dan daripada segala penyakit yang berbahaya (Riwayat al-Tirmizi)

7. Seterusnya, setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

8.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

9. Ini dikira satu pusingan (selesai pusingan pertamaa) dan anda masih berbaki enam (6) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-2

10. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

11. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan kedua adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Rumah Tangga

 RabbaNa HabLana Min AzWaaJiNa Wa DzurRiyyaTina QurraTa A’yun Waj’Alna LilMuttaQiiNa ImaaMaa 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk hati dan jadikan diri kami sebagai pimpin golongan yang bertakwa.

Doa Supaya Nama Harum

 Robbi Habli HukMan Wa AlHiqNi BisSooLihin Waj’Al-Li LiSaaNa SidQin Fil AaKhiRin Waj-‘Alnii Min WaroTsaTi JannaTin-Na’im 

Ya Tuhanku, berilah aku ilmu dan bawalah aku dapat berkumpul bersama orang-orang yang soleh, jadikan aku mempunyai nama (yang baik) oleh golongan generasi selepas kami, dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang yang dapat mewarisi syurga.

Doa Murah Rezeki

 AllahumMag-FirLii DzanBi, Wa Was-SigLi Fii DaaRii Wa BaaRikLii Fii RizKii 

Ya Allah, ampunilah dosa, luaskanlah kelapangan dalam rumah tanggaku dan berkatilah untukku pada rezekiku.

Doa Agar Ibu Bapa Diberi Keampunan

 RabbaNag-FirLii Wa LiWaa LiDayYa Wa Lil MukMiNina YauMa YaQuuMul Hisabb 

Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua-dua ibu bapaku dan semua kaum Muslimin pada hari kiamat.

Doa Agar Dikurniakan Keindahan Akhlak

 AllahumMa KaMaa HasSanTa KholQii Fa Hassin KhuluQii 

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka perelokkan pula akhlakku.

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

14. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-3

15. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

16. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ketiga adalah seperti berikut:

Doa Bersyukur

 Ya Rabbi Lakal Hamdu Kama YanBaGhii LiJaLaaLi WajHika Wa ‘AziiMi SulThooNik 

Ya Tuhanku! Bagi-Mu segala puji sebagaimana semestinya, demi keagungan wajah-Mu (keredhaan-Mu) dan kebesaran kekuasaan-Mu.

Doa Menolak Bala

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min JahDil Bala’ Wa DaroKis-SyaQa’, WaSuu-il Dho’, Wa SyaMaaTaTil A’-Daa’ 

Ya Allah, sesungguhnya aku belindung denganMu daripada bala yang berat, daripada kesusahan yang bersangatan pada urusan dunia dan kesempitan ke atasnya, daripada takdir yang membimbangkan dan daripada kegembiraan musuh terhadap musibah yang menimpa.

Doa Agar Dilunasi Hutang

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Minal Hazan. Wa A-‘UuDzuBika Minal Ajzi Wal Kasal. Wa A-‘UuDzuBika Minal JunNi Wal Bukh, Wa A-‘UuDzuBika Min GhoLaBatid DayNi Wa QahRir-Rijal 

Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu daripada ditimpa dukacita dan kesusahan. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap lemah dan malas. Aku memohon perlindunganMu daripada sikap pengecut dan bakhil. Aku memohon perlindunganMu daripada lilitan hutang dan penindasan orang.

Doa Memohon Perlindungan Daripada Segala Ujian Hidup

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuBika Min FitNatin-Narr Wa ‘AdzaaBin-Narr Wa FitNatil-Qobri Wa ‘AdzaaBil-Qobri Wa Min SyaRi FitNatil GhiNaa Wa Min SyarRi FitNatil Faqri, Wa A-‘UuDzuBika Min SyarRi FitNatil MasiiHid-Dajjal 

Ya Allah aku memohon perlindunganMu daripada ujian dan seksaan api neraka, daripada ujian dan seksaan kubur, daripada ujian kemewahan dan kekayaan, daripada ujian kemelaratan hidup dan aku mohon perlindungan daripada kejahatan fitnah al-Masih dajjal.

Doa Agar Dihapuskan Dukacita & Diberi Kegembiraan

 AllahumMa InNi AbDuka, WabNu AmaTik, NaaSiYati BiyaDika MaaDhin FiyYa HukMuka, ‘AdLun FiyYa QoDhoo-Uka, As-Aluka BiKulLis-Min HuWaLaka, SamMaiTa Bihi NafSaka, Au AnZal-Tahu Fii KitaaBika, Au ‘AllamTu A-HaDan Min KholFika, Awis-Ta’-TsarTa Bihi Fii ‘ilmil-Ghoibi ‘inDaka, An Taj-‘Alal Qur-AaNa Robii’A QolBi Wa NuuRo SodRi, WaJaLaa’ HuzNii WaDzaHaaBa HamMi. 

Ya Allah, inilah aku hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, ubun-ubunku ada di tanganMu, undang-undang peraturanMu berlaku ke atasKu, undang-undang keputusanMu wajar ke atas diriku. Aku mohon kepadaMu dengan segala nama sebutanMu, yang Engkau sendiri menamakan diriMu demikian atau yang Engkau wahyukan dalam kitab suciMu atau yang Engkau khabarkan kepada salah seorang makhlukMu atau Engkau khususkan untuk dirimu sendiri di luar pengetahuan manusia, agar Engkau menjadikan al-Quran yang agung itu penenang hatiku, cahaya mataku, penghibur kesedihanku dan pelenyap dukaku.

17. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

18.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

19. Maka selesailah pusingan ketiga dan anda masih berbaki empat (4) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-4

20. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

21. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-4 adalah seperti berikut:

Doa Atas Nikmat Islam

 alḥamdu lillāhillażī hadānā lihāżā, wa mā kunnā linahtadiya lau lā an hadānallāh 

Segala puji bagi Allah yang telah memimpin kami di jalan ini (Islam), jika tidak ada pimpinan daripada Allah, nescaya kami akan kehilangan pimpinan

Doa Agar Ditetapkan Dalam Iman & Islam

 rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah, innaka antal-wahhāb 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami, kurniakan kepada kami rahmat daripada sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha mengurniakan

Doa Agar Diberi Keselamatan Dan Kesejahteraan

 Allahumma Inni As-Alukal AfWa Wal-‘AaFiyah Fid-DunYaa Wal AaKhirah 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keampunan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat (Riwayat Ibn Majah)

Doa Agar Dipelihara Kesihatan

 AllahumMa Inni A-‘UuDzuuBika Min ZaWaaLi Ni’MatiKa WataHawWali ‘AaFiyaTika 

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada hilangnya nikmat kurniaanMu, daripada dihilangkan atau berubah keadaan kesihatan pemberiaanMu, daripada datangnya balasan seksa yang mendadak dan daripada segala kemurkaan.

Doa Agar Mencakupi Segala Macam Doa

 AllahumMa InNa Nas-Aluka Min Khori Maa Saa-Alaka ManHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa Na-‘UuDzuBika Min SyarRiMas Ta-‘AaDza MinHu Nabiyyuka Muhammad SAW Wa inTal MusTa’AaNu Alaykal BaLaaGhu Wa Laa HawLa WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahi 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan apa yang dipohon oleh NabiMu Muhammad ﷺ, aku memohon perlindungan daripadaMu daripada keburukan apa yang pinta perlindungan oleh NabiMu Muhammad ﷺ, Engkaulah tempat meminta pertolongan dan Engkaulah yang menyampaikan segala sesuatu, tiada daya mahupun upaya melainkan dengan pertolongan Allah (Riwayat al-Tirmizi)

22. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

23.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

24. Maka selesailah pusingan keempat dan anda masih berbaki tiga (3) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-5

25. Lakukan istilam pada Hajarul Aswad.

26. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-5 adalah seperti berikut:

Doa Agar Tidak Tidak Menjadi Orang Yang Zalim Dan Jahat

 rabbanā lā taj‘alnā ma‘al-qaumiẓ-ẓālimīn 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim

Doa Memohon Keputusan Terbaik Dalam Sesuatu Urusan

 rabbanaftaḥ bainanā wa baina qauminā bil-ḥaqqi wa anta khairul-fātiḥīn 

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.

Doa Memohon Agar Dipermudahkan Segala Urusan

 rabbanā ātinā mil ladunka raḥmataw wa hayyi’ lanā min amrinā rasyadā 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Agar Dikurniakan Kekuatan

 rabbanā afrig ‘alainā ṣabraw wa ṡabbit aqdāmanā wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn 

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir

Doa Agar Dijauhi Zina

 Allahummag-Fir DzanBi Wa Thoh-Hir Qolbi, Wa Hassin FarJii 

Ya Allah, ampunilah dosaku, sucikanlah hatiku dan peliharalah kemaluanku. (Riwayat Ahmad)

12. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

13.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

27. Maka selesailah pusingan kedua dan anda masih berbaki lima (5) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-6

28. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

29. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-6 adalah seperti berikut:

Doa Ketika Dalam Kesusahan

Laa iLaaHa ilLallahul ‘AziiMul Halim, Laa iLaaHa ilLallahu Robbul ‘ArSyil ‘Azimm, Laa IlaHa ilLallahu Robbus-SamaWaaTi Wa Robbul Ardh, Wa Robbul Arsyil Karim

Tiada than selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun, tiada than selain Allah, Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Agung, tiada than selain Allah, Tuhan pemelihara langit dan Tuhan pemelihara bumi dan Tuhan pemilik Arasy Yang Maha Mulia.”

(Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Kemudahan

AllahumMa Laa SahLa ilLaa Maa Ja’AlTahu SahLaa, Wa Anta Taj-‘Alul HazNa Izaa Syi’Ta SahLaa

Ya Allah, tiadalah kemudahan melainkan jika Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki. (Riwayat Ibnu Hibban)

Doa Memohon Berada Dalam Kebenaran

AllahumMa Inni As-Aluka Fi’Lal KhoiRooTi Wa TarKal-MunKaRat, Wa HubBal MasaaKin, Wa in TaghFiRaLii Wa TarHaMaNii, Wa iDzaa ArodTa FitNatan Fii QauMin FataWaf-Fani GhoiRo MafTun

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar sentiasa dapat mengerjakan kebalkan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin. Ampunilah aku dan kasihanilah aku. Sekiranya Engkau hendak menurunkan bencana, maka matikanlah aku dalam keredaan-Mu lebih dahulu hingga aku tidak tertimpa musibah tersebut.” (Riwayat Ahmad)

Doa Memohon Perlindungan Daripada Perbuatan Buruk Orang Yang Hampir Dengan Kita

AllahumMa Inni Aa-‘UuDzuBika Min JaaRil Suk’ Wa Min ZawJin TuSyay-YiBuNii Qoblal MaSyibb, Wa Mun Waladin YaKuuNu ‘AlayYa Riba, Wa Min MaaLin YakuuNu AlayYa ‘AdzaaBan Wa Min KhoLiiLin Maa Kirin ‘iiNuHuu TaRaaNi WaQolBuhu Tar’AaNi in RoAy HasanaTan DaFaaNaha, Wa iiZaa RoAy Sayyi-Atan Adzaa-‘AHaa

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada jiran yang jahat, pasangan yang menjadikan aku tua sebelum aku tua, anak yang menjadikan aku susah, harta yang menjadikan aku terseksa dan kawan yang khianat yang matanya memerhatikanku, apabila dia melihat kelebihanku disembunyikannya, apabila dia melihat kekuranganku disebarkan.” (Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Dua)

Doa Mendapat Rezeki Yang Berganda

Allahummaj-‘Alni Min A’Dzomi ‘AbaDika NaSiiBan Fii Kulli KhoiRin TaqSiMuHul GhoDaaTa Wa NuuRaa TahDi Wa RahMatan TanSyuRuHaa Wa RizQan TabSuThuHu Wa DhurRan TakSyiFuHu WaBaLaa’ TarFa’U-Hu Wa FitNatan TasRiFuHa

“Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian yang hebat pada cahaya yang Engkau kurniakan sebagai hidayat, rahmat yang Engkau sebarkan, rezeki yang Engkau lapangkan, bahaya yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, (elakkan) fitnah yang Engkau jauhkan dan keburukan yang Engkau hindarkan.” (Riwayat al-Tabarani)

30. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

31.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

32. Maka selesailah pusingan keenam dan anda masih berbaki satu (1) pusingan lagi.

Tawaf Pusingan Ke-7

33. Lakukan  istilam pada Hajarul Aswad.

34. Selesai istilam, teruskan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah untuk pusingan kedua.

Antara doa-doa yang ma’thur yang boleh dibacakan semasa tawaf pusingan ke-7 adalah seperti berikut:

Doa Kesejahteraan Ibu Bapa

 rabbirḥamhumā kamā rabbayānī ṣagīrā 

“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa Memohon Kecukupan Keperluan

 ḥasbiyallāhu lā ilāha illā huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm 

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Doa Menghindari Fitnah

 AllahumMa Inni A’UuZu Bika Min ‘AzaaBi JahanNam, Wa Man ‘AzaaBil Qobri, Wa Min FitNatil MahYa Wal Mamat, Wa Min SyarRi FitnaTil-MasiiHid-Dajjal 

“Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada azab api neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, kematian dan fitnah al-Masih al-Dajal.” (Riwayat Muslim)

Doa Memohon Dikurniakan Anak Yang Soleh Atau Solehah

 rabbi hab lī mil ladunka żurriyyatan ṭayyibah, innaka samī‘ud-du‘ā’ 

“Wahai Tuhanku, kurniakan aku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar lagi memperkenankan.”

(Surah Ali ‘Imran 3: 38)

Doa Memohon Kecintaan Allah

 AllahumMa Inni As-Aluka HubBaka, Wa HubBa Man YuHibBuka, Wal ‘Amalal-lazi YuBalLi-RghuNi HubBaka, AllahumMaj-‘Al HubBaka AhabBa ilayya Min Nafsi Wa Ahli, Wa Minal Maa il-BaaRidi. 

Ya Allah aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu serta memohon curahan amal yang dapat menghantar diriku mencintai-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri, keluargaku dan air yang sejuk.

(Riwayat al-Tirmidzi)
35. Apabila anda telah sampai di penjuru Rukun Yamani, maka lakukan istilam dengan mengucapkan:

 Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd 

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT

36.Selepas itu, apabila setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad, disunatkan untuk membaca doa khas di bawah ini:

doa rukun yamani

 Allahumma RabbaNa AaTina Fid-DunYa HasanaTan Wa Fil-AaKhiraTi HasanaTan WaQina ‘AaZaaBan-Naar, Wa AdKhilNal-JanNata Ma’al AbRaar, Ya ‘AziiZu Ya GhafFaaRu Ya Rabbal-‘AaLamiin 

Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

37. Maka selesailah pusingan ketujuh dan ibadah tawaf tersebut.

Seterusnya, anda boleh lakukan beberapa ibadah lain sebelum melakukan ibadah Sai’e. Ibadah-Ibadah tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

Ibadah Selepas Tawaf

Solat Sunat Tawaf

Antara ibadah yang pertama yang boleh dilakukan selepas selesai Tawaf adalah melakukan Solat Sunat Tawaf.

Antara tempat terbaik untuk mendirikan Solat Sunat Tawaf adalah di belakang Maqam Ibrahim A.S. Akan tetapi, jika tidak dapat, maka boleh dilakukan di dalam lingkungan Hijir Ismail di bawah pancuran emas.

Solat sunat tawaf

Jika tidak dapat juga, maka solatlah berhampiran Kaabah atau dimana-mana tempat dalam Masjidil Haram.

Niat Solat Sunat Tawaf adalah seperti berikut:

niat solat sunat tawaf

 Usolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala 

Tatacara lengkap Solat Sunat Tawaf boleh dirujuk pada panduan khas ini: Niat & Cara Solat Solat Sunat Tawaf Beserta Doa

Berdoa Selepas Tawaf

multazam

Setelah selesai Solat Sunat Tawaf dan berdoa, maka disunatkan juga berdoa di Multazam.

Multazam ialah satu ruang di antara pintu Kaabah dengan Hajarul Aswad dan ia merupakan salah satu tempat mustajab doa.

Doa Di Multazam

Antara doa yang paling muktabar di tempat ini adalah seperti berikut:

doa di multazam

 Allāhumma Yā Rabbal-Baytil-‘Atīq, A‘Tiq Riqābanā Warīqāba Ābā’inā Wa’ummahātinā Wa’ikhwāninā Wa’awlādinā Minal-Nār, Yā Dhal-Birri Wal-Jūd Wal-Karami Wal-Fadli Wal-‘Aṭā’i Wal-Iḥsān, Allāhumma Aḥsin ‘Āqibatanā Fīl-Umūri Kullihā Wājirnā Min Khizyid-Dunyā Wa‘Adhābal-Ākhirah, Allāhumma Innī ‘Abduka Wabnu ‘Abdik Waqīfun Taḥtabābik Multazimun Bi’a‘Tābik Mutadhallilun Bayna Yadayk Arjū Raḥmataka Wa’akhshā ‘Adhābak, Yā Qadīmal-Iḥsān, Allāhumma Innī As’aluka An Tarfa’a Dhikrī Wataḍa’a Wizrī Wuṣliḥ Amrī Wuṭahhira Qalbī Wutanawwira Lī Fī Qabrī Wtaghfirlī Dhanbī Was’aluka Ddarajātil-‘Ulā Minal-Jannah. Āmīn. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang memelihara Kaabah ini, merdekakanlah diri kami, bapa dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami dari seksa neraka. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah yang mempunyai keutamaan, kelebihan, anugerah dan kebaikan. Ya Allah baikkanlah kesudahan segenap urusan kami dan jauhkanlah dari kehampaan dan kehinaan di dunia dan seksa di akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak daripada hamba-Mu, sedang tegak berdiri di bawah pintu Kaabah-Mu menundukkan diri di hadapan-Mu sambil mengharapkan rahmat-Mu, kasih sayang-Mu, aku takut akan seksa-Mu, wahai Tuhan pemilik kebaikan abadi, aku mohon pada-Mu agar Engkau tinggikan namaku, hapuskan dosaku, perbaiki segala urusanku, bersihkan hatiku, berilah kelak cahaya dalam kuburku. Berilah keampunan ke atas dosaku dan aku mohon kepada-Mu martabat yang tinggi di dalam Syurga. Ya Allah perkenankanlah.

Doa Di Maqam Ibrahim

Antara doa yang boleh dibaca di kawasan Maqam Ibrahim adalah:

doa di maqam ibrahim

 Allāhumma Innaka Ta‘Lamu Sirrī Wa ‘Alā Niyyatī Faqbal Ma‘Dhiratī Wata‘Lamu Ḥājatī Fa‘Ṭinī Su’ālī Wata‘Lamu Mā Fī Nafsī Faghfirlī Dhanbī. Allāhumma Innī As’aluka Īmānan Yubāshiru Qalbī Wa Yaqīnan Ṣādiqan Ḥattā A‘Lama Annahu Lā Yuṣībunī Illā Mā Katabta Lī Waridhan Minka Bimā Qasamta Lī. Anta Walīyī Fīd-Dunyā Wal-Ākhirah Tawaffanī Musliman Wa’alḥiqnī Bis-Ṣāliḥīn. Allāhumma Lā Tada‘ Lanā Fī Maqāminā Hādhā Dhanban Illā Ghafartahu Walā Hammān Illā Farrajtahu Walā Ḥājatan Illā Qaḍaytahā Wayassartahā Fayassir Umūranā Washrāh Ṣudūranā Wanawwir Qulūbanā Wakhtim Bis-Ṣāliḥāti A‘Mālanā. Allāhumma Tawaffanā Muslimīn Wa’aḥyinā Muslimīn Wa’alḥiqnā Bis-Ṣāliḥīn Ghayra Khazāyā Walā Maftūnīn. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dari rahsiaku dan amal perbuatan-ku yang nyata, maka terimalah keuzuranku, dan Engkau Maha Mengetahui segala hajatku maka kabulkanlah permohonanku. Engkau Maha Mengetahui apa sahaja yang terkandung di dalam hatiku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah aku ini bermohon kepada-Mu iman yang kekal yang melekat terus di hati, keyakinan yang bersungguh-sungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpa aku selain dari apa yang telah Engkau tetapkan kepadaku. Redhailah aku terhadap apa pun yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah Yang Maha Pengasih lebih daripada segala yang berhati kasih sayang, Engkau adalan pelindungku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan muslim masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Ya Allah janganlah Engkau biarkan di tempat kami ini satu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada satu kesusahan pun melainkan Engkau lapangkan, tiada satu hajat pun kecuali Engkau penuhi dan Engkau permudahkan, maka permudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami, terangilah hati kami, dan sudahilah seluruh urusan kami dengan baik. Ya Allah matikanlah kami dalam keadaan Muslim, hidupkanlah kami dalam Islam dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang soleh tanpa sebarang kehampaan dan fitnah.

Doa Di Hijir Ismail

Hijir Ismail adalah satu tempat atau ruangan yang terletak di sebelah Kaabah. Antara doa yang boleh dibacakan bila berpeluang masuk ke kawasan ini adalah:

doa di hijr ismail

Allahumma Anta Rabbi Laa Ilaaha Illa Anta Khalaqtani Wa Ana ‘Abduka Wa Ana ‘Ala ‘Ahdika Wa Wa’dika Mas-Tatho’tu A’uuzubika Min Syarrima Sona’tu, Abu-ulaka Bini’matika ‘Alayya Wa Abu-u Bizanbi Faghfirli Fa-innahu La Yaghfiruz-zunuba Illa Anta, Allahumma Inni As-aluka Min Khairi Ma Sa-a-laka Bihi ‘Ibaadukas-solihun, Wa A’uuzubika Min Syarri Mas-ta’aazabika Minhu ‘Ibaadukas-solihun. Allahumma Bi-asmaa-ikal-husna Wa-sifaatikal-‘ulya, Tohhir Qulubana Min Kulli Wasfin Yuba’iduna ‘An Musyahadatika Wa Amitna ‘Alas-sunnati Wal-Jama’ati Was-Syaugi Ila Liqa-ika Ya Zal-Jalali Wal-Ikram. Allahumma Nawwir Bil-‘ilmi Qalbi Was-ta’mil Bitho’atika Badani Wa Khallis Minal-fitani Sirri Wasyghil Bil-i’tibari Fikri, Waqini Syarra Wasawisis-syaiton Wa Akhrijni Minhu Ya Rahman, Hatta la Yakunu Lahu ‘Alayya Sulthon, Rabbana Innana Aamanna Faghfirlana Zunubana Waqina ‘Azaban-nar

“Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melankan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan, aku adalah hamba-Mu berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadap-Mu sedaya upayaku, aku mohon perlindungan dengan-Mu dari dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpahan kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku lakukan, maka kiranya ampunilah dosaku itu kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau juga Ya Allah ya Tuhan, aku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hamba-Mu yang soleh dan aku berlindung dengan-Mu dari sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hamba-Mu yang soleh. Ya Allah ya Tuhan, dengan keagungan nama-Mu dan dengan sifat-Mu yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami dari segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaran-Mu, belas kasih-sayang-Mu, matikanlah kami di atas perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan rasa kecintaan untuk menghadap-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan. Ya Allah ya Tuhan, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan jadikanlah tubuh badanku untuk mentaati-Mu, bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikanlah fikiranku dorongan untuk mengambil iktibar. Peliharalah aku dari was-was syaitan dan keluarkanlah aku dari bahayanya, wahai Tuhan Yang Maha pengasih shinggalah syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman dengan-Mu maka ampunilah dosa-dosa kami dan jagalah kami dari azab neraka.”

Minum Air Zam-Zam

Disunatkan juga untuk meminum air zam-zam. Air zam-zam mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan.

Sabda Nabi ﷺ:

Sesungguhnya ia berkat, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh kepada penyakit

(Riwayat Abu Daud)

Ketika hendak minum air zam-zam, disunatkan minum dalam keadaan berdiri, menghadap kiblat dan berdoa.

Doa Minum Air Zam-Zam

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ ketika minum air berkat ini ialah:

 Bismillahir-rahmanirrahim Allahumma Inni As-aluka ‘Ilman Naafia Wa Rizqan Waasia Wa Syifa-an Min Kulli Daak 

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ya Allah aku mohon kepada-Mu ilmu pengeta-huan yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuban dari segala penyakit.

(Riwayat al-Daruqutni)

Ketika berdoa hendaklah diiringi dengan niat tertentu seperti mohon kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat, diberi pasangan hidup, diberi keluasan rezeki dan apa-apa sahaja hajat yang baik.

Melakukan Sai’e

panduan mengerjakan saie

Setelah selesai mengerjakan tiga ibadah sunah di atas, maka bolehlah melakukan rukun yang seterusnya iaitu Sai’e.

📚 Panduan niat, cara & bacaan ketika Saie boleh dirujuk pada pautan ini: PANDUAN LENGKAP NIAT & BACAAN KETIKA SAI’E

Tawaf Menggunakan Skuter Elektrik & Kerusi Roda

tawaf menggunakan skuter

Jika anda atau waris mempunyai keuzuran atau masalah kesihatan yang menyukarkan Tawaf dikerjakan secara berjalan kaki, maka ada dua pilihan:

  • Tolak kerusi roda
  • Sewa skuter elektrik

Tempat melakukan tawaf menggunakan kerusi roda hanya dibenarkan pada bahagian bangunan mataf di tingkat dua. Untuk skuter pula di tingkat tiga bangunan Mataf. Hanya jemaah yang melakukan tawaf secara berjalan sahaja dibenarkan turun ke kawasan daratan Kaabah.

Tawaf Menggunakan Kerusi Roda

Tawaf menggunakan kerusi roda akan mengambil masa lebih lama kerana pusingan di bangunan tingkat atas lebih jauh (radius lebih besar) berbanding di dataran tawaf tingkat bawah. Jadi ia memang memerlukan stamina yang tinggi bagi tukang tolak.

Anda boleh menggunakan kerusi roda sendiri ataupun menyewa kerusi roda di Masjidil Haram. Anda juga boleh menggunakan khidmat tukang tolak dengan harga upah sekitar SR100 – SR250 bergantung kepada masa, situasi dan servis (tawaf sahaja atau berserta saie).

Suasana di tingkat 2 bangunan Mataf
Suasana di tingkat 2 bangunan Mataf

Tawaf Menggunakan Skuter Elektrik

Perkhidmatan skuter elektrik bertujuan untuk menyediakan cara pengangkutan yang selesa dan cekap untuk jemaah, khususnya mereka yang mempunyai mobiliti terhad atau mereka yang mungkin kesukaran berjalan jarak jauh.

  1. Pihak pengurusan Masjidil Haram menyediakan khidmat skuter elektrik di tingkat 3 di Kompleks Mataf bagi kegunaan Jemaah untuk bertawaf dan bersaie.
  2. Untuk memudahkan, ikuti sahaja jambatan ajyad sehingga naik ke tingkat tiga. Pintu ini kurang sesak berbanding pintu lain.
  3. Apabila sampai di atas, anda akan nampak banyak skuter elektrik dan ada kaunter pembayaran.
  4. Terdapat dua jenis skuter yang boleh disewa, single seater (muat seorang) dan double seater (muat dua orang).
  5. Harga sewaan sentiasa berubah. Kali terakhir saya datang, harga sewaan adalah SR115 (single) dan SR230 (double) untuk kegunaan Tawaf & Saie.

Hukum Tawaf Menggunakan Skuter

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ

Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat. [Riwayat al-Nasa’i (2922)]
Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

YouTube video

TARJIH

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:

  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
  • Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.

Perkara Sunat Dalam Tawaf

Berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa tawaf:

  • Berniat
  • Berdoa pada tiap-tiap pusingan
  • 7 kali berturut-turut
  • Memakai pakaian yang berwarna putih
  • Berlari (lari kecil) pada tiga pusingan pertama.
  • Istilam (melambaikan tangan ke kaabah dan mengucup tangan tersebut).
  • Idtiba’ iaitu meletakkan bahagian tengah kain selendang di bawah ketiak kanan, hujungnya pula di atas bahu sebelah kiri di mana bahu kanan terdedah bagi kaum lelaki.
  • Istilam hajar aswad dan mengucupnya dan istilam rukun yamani dan tidak mengucupnya.
  • Solat Sunat Tawaf.

Perkara Makruh Dalam Tawaf

Ada beberapa perkara yang menjadi makruh semasa melakukan tawaf, iaitu:

  • Makan/minum semasa tawaf.
  • Bercakap-cakap yang kurang sopan semasa tawaf.
  • Membaca doa dengan nyaring.
  • Bercakap menggunakan telefon bimbit
  • Melakukan ramal (berlari anak) dalam semua pusingan.
  • Menahan kentut, buang air kecil dan air besar.

Kesalahan-Kesalahan Ketika Melakukan Tawaf

Apakah kesalahan-kesalahan yang sering berlaku semasa mengerjakan Tawaf?

Berikut adalah kesalahan yang lazim dilakukan oleh para jemaah:

  • Terkejar-kejar ikut mutawwif kerana takut tersesat atau ketinggalan.
  • Bercakap-cakap semasa tawaf.
  • Cari kawan, isteri atau suami sehingga berubah niat.
  • Istilam tanpa membetulkan posisi bahu.
  • Membawa beg yang di dalamnya terdapat selipar atau
 kasut bernajis.
  • Tidak menghabiskan pusingan hingga sampai di tempat mula tawaf (Hajar Aswad).
  • Tawaf di dalam Hijir Ismail, kerana dengan demikian bererti dia tidak mengelilingi seluruh kaabah, тетарі hanya sebahagiannya sahaja, kerana hijir tersebut termasuk sebahagian daripada kaabah. Oleh itu, pusingan tawaf yang dilakukan di dalam Hijir Ismail menjadi tidak sah.
  • Mengusap kaabah dengan tujuan tertentu dan
 mencium seluruh sudut kaabah. Adapun yang boleh 
dicium hanya hajar aswad.
  • Melakukan ramal (berlari-lari anak) pada seluruh pusingan tawaf yang tujuh, padahal ramal itu hanya dilakukan pada tiga pusingan pertama, dan itu pun hanya dilakukan khusus pada tawaf qudum sahaja.
  • Bersesakan dalam mencium hajar aswad, bahkan kadang-kadang sampai saling memukul dan memaki.
perbuatan ini tidak boleh dilakukan kerana dapat menyakiti sesama muslim. Meninggalkanmencium hajar aswad tidaklah merosakkan tawaf, bahkan tawafnya tetap sah sekalipun tidak mencium sama sekali. Dan bagi seseorang yang tawaf, cukup memberikan isyarat sambil bertakbir ketika berada sejajar dengan hajar aswad tersebut, sekalipun dari jauh.
  • Mengusap hajar aswad dengan maksud untuk mendapatkan berkah daripadanya. Ini merupakan perbuatan bidaah kerana tidak ada landasannya di dalam syariat islam. Adapun yang menjadi tuntunan rasulullah saw ialah mengusap dan menciumnya dengan niat beribadah kepada allah swt.
  • Bersesakan untuk melakukan solat di Maqam Ibrahim.ini menyalahi sunnah, di samping dapat mengganggu dan menyakiti orang-orang yang sedang tawaf, padahal solat dua rakaat tawaf itu cukup dilakukan di tempat lain di dalam Masjidil Haram.

Soalan Lazim Berkaitan Tawaf

Berikut adalah beberapa soal jawab bagi soalan lazim yang berkaitan dengan ibadah tawaf:

Bagaimana Jika Tidak Menghafal Bacaan-Bacaan Dalam Tawaf?

Jika tidak menghafal atau tidak ingat, para jemaah boleh membaca ayat tersebut berpandukan catatan pada kertas, buku mahupun medium seperti web. Jika jemaah tersebut mempunyai masalah tidak pandai membaca, maka bacalah ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa yang lain yang diingati.
 
Jika semua tidak boleh, maka memadai melakukan tawaf tanpa apa-apa doa dan bacaan. Hukum membaca doa semasa tawaf adalah sunat sahaja.

Dimana Tempat Bermula Dan Berakhirnya Tawaf?

Tawaf bermula dari penjuru Hajarul Aswad dan tempat tawaf berakhir juga di Hajarul Aswad, iaitu tempat kita memulakan tawaf tadi.
 
Semasa melakukan tawaf, berjalanlah menghadap ke hadapan dalam arah lawan pusingan jam dan menjadikan Kaabah di sebelah kiri kita sepanjang masa kita bertawaf.

Apakah Aurat Lelaki Semasa Tawaf?

Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga lutut. Dan hendaklah jemaah lelaki menutup bahagian atas badannya sebagai menjaga adab.

Apakah Aurat Perempuan Semasa Tawaf?

Aurat perempuan semasa tawaf adalah sama seperti had aurat ketika tidak tawaf. Sebagai peringatan, jemaah perempuan hendaklah berhati-hati dengan:

–       Bahagian bawah dagu
–       Pergelangan tangan
–       Anak rambut di muka
–       Stokin
–       Berhati-hati dengan anak rambut pada bahagian telinga jika memakai cermin mata.

Adakah Batal Wuduk Jika Berlaku Persentuhan Diantara Lelaki Dan Perempuan Yang Boleh Berkahwin?

Ketika dalam masyaqqah seperti kesesakkan di tempat tawaf dan sebagainya, boleh beralih dari pendapat syafi’e yang masyhur kepada pendapat syafi’e yang marjuh, iaitu tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat.
 
Pendapat ini paling tepat dengan maqasid syariah.
 
Rujukan: Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-23

Apakah Hukum Bertawaf Di Tingkat Atas Masjidil Haram?

Hukumnya sah, jika ia mengikut syarat-syarat dalam tawaf walaupun tingkat atas itu lebih tinggi dari Kaabah.

Adakah Sah Orang Yang Uzur Melakukan Tawaf Yang Ditolak Menggunakan Kerusi Roda?

Sah. Mengikut syarat tawaf hendaklah menjadikan Baitullah itu di sebelah kiri setiap saat ia mengerjakan tawaf dan hendaklah ke hadapan.
 
Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka pusingan tawaf tersebut tidak sah. Wajid diulangi pusingan tersebut.

Apakah Hukum Orang Sihat Melakukan Tawaf Menggunakan Kerusi Roda Atau Skuter Kerana Tidak Mahu Bersesak-Sesak?

Tawaf orang itu sah tetapi makruh.

Adakah Sah Tawaf Jika Tersentuh Hijr Ismail Atau Kelambu Kaabah?

Tidak sah tawaf bagi mereka yang tersentuh Hijir Ismail atau kelambu Kaabah kerana ia melanggar syarat sah mengerjakan Tawaf.
 
Sesiapa yang tersentuh hendaklah mengulangi pusingan yang terbatal itu sahaja.

Adakah Wajib Muwalat (Berturutan) Mengerjakan Tawaf dan Sai’e?

Tidak wajib untuk muwalat mengerjakan Tawaf dan Sai’e secara berturutan. Boleh melakukan perkara-perkara lain dahulu seperti berehat di hotel dengan syarat menjaga larangan-larangan di dalam Ihram walaupun beberapa hari selepas itu baru dilakukan Sai’e.
 
Tetapi yang paling baik dan afdal adalah setelah selesai melakukan Tawaf, kita terus mengerjakan Sai’e secara berturut-turut.

Adakah Sah Tawaf Jika Ragu-Ragu Semasa Berniat Tawaf?

Jika ragu-ragu itu hanya kepada lafaz sahaja, ia tidak menjejaskan tawaf. Tetapi jika dia ragu-ragu kepada niat ianya akan menjejaskan tawaf. Hukum ini tertakluk kepada tawaf yang wajib berniat sahaja.
 
Tawaf yang wajib berniat adalah Tawaf Nazar, Tawaf Sunat dan Tawaf Wada’.

Apakah Hukum Tawaf Apabila Terbuka Sedikit Aurat Bagi Seorang Perempuan?

Kalau disengajakan maka batal tawaf. Jika tidak disengajakan dan ditutup kembali, maka dimaafkan.

Adakah Sah Umrah Seseorang Jika Dia Tidak Tawaf Tetapi Dia Melakukan Sai’e Dan Bergunting?

Jika seseorang itu tidak melakukan tawaf tetapi dia melakukan sai’e dan bergunting, maka umrahnya tidak sah.
 
Dia dikenakan Dam Takhyir dan Dam Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya. Dia dikehendaki menyempurnakan tawaf umrah diikuti dengan sai’e dan bergunting.

Bolehkah Mendukung Anak Kecil Untuk Tawaf Bersama?

Tawaf yang dilakukan itu hanya sah untuk dirinya sahaja. Untuk tawaf anak kecil itu hendaklah dilakukan selepas selesai tawaf walinya.
 
Rujukan: Kitab al-Bahru al-Wafi, hlm. 450

Bagaimana Status Tawaf Bagi Jemaah Yang Menggunakan Kerusi Roda Dan Jemaah Yang Menolaknya?

Sah tawaf bagi kedua-duanya (orang yang menaiki kerusi roda dan orang yang menolak kerusi tersebut). Orang yang menolak kerusi roda tidak perlu mengulangi semula tawaf untuk dirinya.

Seseorang Itu Mengerjakan Tawaf Dengan Bermula Dari Sudut Dekat Maqam Ibrahim, Kemudian Dia Bersai’e Dan Tahallul. Adakah Sah Umrahnya?

Tawaf tersebut tidak sah kerana tidak cukup pusingan atau tidak sempurna tawafnya. Ini bermakna dia hanya membuat enam pusingan sahaja dan dia dikenakan dam kerana bergunting sebelum sempurna tawafnya.
 
Oleh itu dia perlu sempurnakan tawaf dengan satu pusingan lagi kemudian lakukan sai’e dan bergunting.

Bolehkah Mengupah Orang Lain Melakukan Tawaf?

Tawaf dan Sai’e tidak boleh diupah kepada orang lain untuk melakukannya. Yang dibolehkan adalah mengupah orang lain untuk menolaknya dengan kerusi roda. Dalam ibadah haji, yang boleh dikerjakan oleh orang lain adalah melontar sahaja bagi mereka yang uzur syarie.

Adakah Sah Melakukan Tawaf Sambil Bercakap Telefon?

Tawaf itu sah dengan syarat perbualan tersebut hanyalah perbualan ringan.
 
Sekiranya perbualan itu menyebabkan dia terpesong niat dari perbuatan tawaf, atau menyebabkan dia leka atau lupa apa yang sedang dilakukan, maka tidak sah umrah tersebut.

Beberapa Tahun Lepas Saya Melakukan Umrah. Saya Telah Tawaf Dalam Keadaan Tanpa Wuduk. Bagaimana Dengan Status Umrah Saya?

Memandangkan kes ini sudah lama berlaku, umrah tersebut dikira sah dengan bertaklid kepada pandangan Mazhab Hanafi yang mengatakan sudi dari hadas bukan syarat sah tawaf.

Walau bagaimanapun, dia dikenakan Dam seekor kambing.

Penutup

Setelah menyelesaikan tujuh pusingan Tawaf dan ibadah-ibadah yang menyertainya, anda telah memulakan perjalanan rohaniah yang lebih dekat kepada Allah.

Ingatlah, ibadah haji atau umrah anda tidak berakhir di sini.

Terdapat ibadah lain, seperti Sai’e, yang anda perlu lakukan selepas Tawaf. Ibadah tambahan ini dihuraikan dalam bahagian-bahagian yang seterusnya.

Semoga panduan ini berfungsi sebagai sumber rujukan yang berharga untuk anda dalam melaksanakan tugas-tugas agama semasa ibadah Umrah atau Haji anda.

Semoga Allah menerima ibadah anda dan memberikan berkat dan rahmatNya kepada anda.

Nota & Rujukan

  1. Nota Kursus Asas Haji 1440H, edisi cetakan kemaskini November 2018, Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji
  2. Nota Kursus Ibadah Haji & Umrah serta Ziarah Madinah, Hj. Abdul Rahman Saleh & Hj Kamaluddin Ibrahim, al-Hidayah Publication
  3. Panduan Ziarah Madinah Umrah & Haji, Ustaz Dato’ Haji Md Daud Bin Che Ngah, Pustaka Haji Abdul Majid
  4. Panduan Haji, Umrah dan Ziarah, Ustaz Ibrahim Zakaria.
  5. Panduan Ibadah Umrah & Ziarah, Ustaz Muhamad Dhiauddin, Pustaka Azhar
  6. Panduan Lengkap Haji, Umrah & Ziarah Edisi Kemaskini, Haji Abu Mazaya Al-Hafiz, Al-Hidayah House of Publisher
  7. Panduan Meraih Umrah Yang Mabrurah, Dato’ Dr Hj Zahazan B. Mohamed, Telaga Biru
  8. Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Edisi kemaskini 2020, Disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM) Bil 2/1440H
  9. Bimbingan Umrah & Ziarah, Ust Mohd Faez Bin Mohd Shah Al-Hashim, Pustaka al-Ehsan
  10. Soal Jawab Fiqh Ibadah Jilid 3, Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Husin, Ikon Syabab Resources.
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Suzzy
Suzzy
2 bulan yang lalu

Mohon izin guna panduan ini.

Daina
Daina
4 bulan yang lalu

As Salam Ustaz. Panduan yang sangat senang difahami dan diikuti. Adakah artikel diatas dibukukan dan ada dijual? Tkasih.

Daina
Daina
Reply to  Muhamad Naim
4 bulan yang lalu

Alhamdullilah. In Syaa Allah semoga dipermudahkan segalanya.. Aamiin.