Kenapa Wanita Mudah Mengalirkan Air Mata?

 Air Mata
Air Mata | sumber asal : Andhika Al-Banjari Mtp

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka.

Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir.

Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya.

Baca Sepenuhnya

Sejarah April’s Fool

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool.

April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain.

Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?

Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.

Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.

Baca Sepenuhnya

Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan

Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk

Siapakah Mustafa Kamal Ataturk?

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki.

Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Baca Sepenuhnya

Resepi Terbaik Untuk Mencapai Rasa Bahagia

bahagia
Apa itu bahagia yang sebenarnya?

BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah.

Bahagia pada sepasang kekasih tentu juga ada pasang surutnya.

 

Manakah Terletaknya Bahagia Itu?

Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak?

Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu – sakit di hati yang susah mengubatinya.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menguatkan Hati Bila Rasa Lemah Itu Menjengah?

rasa lemah

Mengapa Wujud Rasa Lemah?

Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa.

Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita.

Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menghadapinya?

Baca Sepenuhnya