La Tahzan Sahabat!

la tahzan
la tahzan


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..

Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..

Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...

Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..

Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..

Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..

Baca Sepenuhnya

Dimanakah Hati Kita Berlabuh?

Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. 

Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan.

Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.

Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!

Dalam sebuah ayat-Nya. Allah swt berfirman :

“Katakanlah! Dia (Allah) yang telah menciptakan kalian, dan Dia jadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan dan hati (pikiran). (namun) Amat sedikit yang kalian syukuri.” Qs. Al-Mulk (67) : 23

Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya, melihat, mendengar lalu berfikir.

Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.

Baca Sepenuhnya

11 Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Kekal Kurus dan Sihat
Kekal Kurus dan Sihat

Kekal Kurus dan Sihat Dengan Cara Paling Murah & Mudah

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.

Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.

Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.

Baca Sepenuhnya

Janganlah Kamu Bersedih

bersedih
Bersedih adalah fitrah dalam kehidupan

Ada Waktu Kita Bersedih

Sedih itu, sedih ini.

Sedih dengan pelbagai perkara.

Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Baca Sepenuhnya