Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan

Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk

Siapakah Mustafa Kamal Ataturk?

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki.

Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.

Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.

Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.

Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik.

Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

 

Kematian Mustafa Kamal Atatürk Yang Penuh Azab

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang.

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Mustafa Kamal Ataturk
Makam Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

 

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

Mustafa Kamal Ataturk
Al Quran yang diarah Mustafa Kamal Ataturk ditulis dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?”

Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”

Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.

Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.


Sumber maklumat untuk artikel ini diambil di http://ruzanah.blogspot.com

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

79 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhd Nur Ridhwan
8 bulan yang lalu

Semoga muncul seorang pemimpin yang boleh kembalikan empayar Uthmaniyyah ni , maka dijanjikan syurga buat beliau…AMIN

Kemal
1 tahun yang lalu

Ya lah…baik Malaysia hidup dalam zaman batu…biar negara2 lain teroka angkasa haha…

Adlan
4 tahun yang lalu

adakah benar cerita di atas. Sebab kalau saya baca history tentang dia dan saya tanya orang2 turki di sana. xde apa pun. Ini jawapan dari salah seorang orang turki. No. As a Turk no.

We created a mausoleum for Atatürk as a token of our respect, reverance and appreciation for what he had done to turn our country from a backwards nation into one which embraced modernity and progressive ideals.

There was a legend spread around Turkey that his body could not be burried for physical reasons, not as a punishment from God. Atatürk was Muslim and private about his faith, so none of us know whether he was non-practicing or prayed five times a day and went to Juma in private. But every Muslim deserves a Muslim funeral, so I doubt God would “punish” him.

Atatürk did not get one. Muslims are burried in the ground and all burried alike, without regards to what they did or didnt do in this world. Erecting a Mausoleum for one’s self is sinful and arrogant.

So this legend spread around Turkey to try and reconsile our beliefs in Islam and Atatürk’s good nature with the fact that he was embalmed and placed in Anitkabir (his mausoleum).

My guess is that this legend spread to other Muslim countries, which I have found from personal experience that the people of these countries tend not to like Atatürk, to put it lightly–and was altered to say he was “punished by God” because he was a “bad muslim.” Thats probably where you got it from.

But this is a legend. Whatever form you heard, it was a legend.

The truth is that he was simply embalmed and put in Anitkabir to glorify him. As a Muslin this is something I believe to be wrong; but, whether these were his wishes or a decision of his contemporary government, we (or at least I) do not know. Again he was very private about his beliefs and faith.

And in that same light, he may very well join the prophets in Heaven, or he may very well join Satan in Hell. I do hope for his sake he enters heaven, as I have the deepest respect for him.

But thats not the point. His religious beliefs are not the point. If you are a Muslim you keep these things to yourself. Its part of our faith. If you are a Turk, you do not drive yourself crazy to the point of suicide trying to decide if Atatürk was a good Muslim or not. You accept he was Muslim, and we will never know if he was a good one or a bad one. And you appreciate what he has done for our nation. The judgement of God is not something as a Muslim you should attempt to determine in this life.

Peace.

Zeela
4 tahun yang lalu

Bila tgk drama2 turki pon kita dah rasa sangsi..nama islam tp berkahwin ikut adat kristian..minum arak secara terang2an..blm lg bersentuhan seperti org barat…wallahualam..

Anynomous
4 tahun yang lalu

Dah terang2 mayat tak boleh kebumikan tak boleh masuk Liang lahad..takkan nak panggil Pak Haji tanah kubur explain bau nak percaya cerita tentang perangai beliau

zakuan
Reply to  Anynomous
3 tahun yang lalu

apa yg terang? ada bukti ke? Pastu ada kena mengena ngan pak haji ke? Ckp jgn emo bro…