NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap)

solat sunat wuduk

Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Wuduk?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat wuduk secara lengkap, mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Maksud Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk adalah solat yang dilakukan selepas mengambil wuduk. Solat sunat ini dilakukan ketika anggota wuduk mash lagi basah yakni sebaik sahaja seseorang itu selesai mengambil wuduk dan berdoa selepasnya. Ia juga dikenali sebagai Solat Syukur Wuduk. Solat Sunat Wuduk merupakan amalan sunat yang dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ sejurus setelah berwuduk.

solat sunat zuhur

Menurut Imam al-Nawawi, disunatkan kepada orang yang berwuduk agar melaksanakan solat sunat dua rakaat sejurus selepas berwuduk kerana terdapat hadis yang sahih menyebut tentang sunatnya.

Tidak ada waktu yang ditetapkan, sama ada pagi, petang, siang ataupun malam. Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang Sunat Muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk.

Dengan itu solat sunat ini boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.

Rasulullah SAW menyebut tentang solat ini dengan sabdanya:

Sesiapa daripada kalangan Muslim yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian melakukan solat dua rakaat dengan mengadap kiblat dengan sepenuh hati pasti mendapat syurga

— Riwayat Muslim, Abu Dawud dan an-Nasa’i

Hukum Solat Sunat Wuduk

Solat sunat yang dilakukan selepas mengambil wuduk adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang begitu digalakkan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu siang ataupun malam, malah pada waktu-waktu yang diharamkan. Solat ini dilakukan selepas seseorang itu berwuduk.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Wuduk

rukun wuduk

Diriwayatkan oleh Abu Buraidah yang menceritakan bahawa:

Suatu hari selepas Rasulullah mengerjakan Solat Subuh, baginda memanggil Bilal dan berkata, ‘Wahai Bilal bagaimana kamu mendahului saya masuk syurga? Setiap kali saya memasuki syurga, pasti saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku. Saya masuk ke dalam syurga semalam dan saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku…”

Bilal menjawab, ‘Ya Rasulullah, setiap kali azan saya pasti menunaikan solat dua rakaat. Apabila berhadas, saya segera berwuduk. Dan apabila saya berasakan perlu mengerjakan dua rakaat (sebagai tanda syukur) kepada Allah (yang menghilangkan kekotoran dan memberikan kebersihan)”

Rasulullah SAW menyatakan, ‘Jadi dengan kedua-dua amalan ini kamu masuk syurga’

Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan setiap hadas hendaklah disusuli dengan wuduk dan setiap wuduk hendaklah diikuti dengan solat sunat.

Oleh itu, solat sunat wuduk dapat dilakukan pada bila-bila masa sahaja selepas berwuduk. (Rujuk Fathul Bari, Ibnu Hajar)

Ibnu Taimiyyah juga berpendapat solat sunat wuduk ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja termasuk pada waktu-waktu yang diharamkan solat sunat lain.

Saya tidak melakukan apa-apa amalan yang berharga, cuma setiap kali saya bersuci (berwuduk) sama ada pada waktu malam ataupun siang, pasti saya akan bersolat dengan wuduk itu solat yang ditetapkan kepadaku — Bilal bin Rabah

(Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dalam sahih al-Bukhari)

Niat Solat Sunat Wuduk

Niat solat sunat wuduk adalah seperti berikut:

Niat Solat Wuduk

 Usolli Sunnatal Wudu’i Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.

Doa Selepas Wuduk

Selepas selesai mengambil wudhu, disunatkan untuk membaca doa berikut:

 Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah 

 Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. 

 Allahummaj’aini Minat Tauwabin, Waj’alni Minal Mutatahhirin 

 Waj’alni Min ‘ibadikas-solihin. 


Maksudnya:

Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa.

Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.

Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu.

Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih.

Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.

Sekiranya tidak membaca doa di atas, wudhu tetap sah. Doa ini terdapat dalam kitab Hidayatus Salikin.

Cara Solat Sunat Wuduk

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Wuduk

  • Mulakan dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati, “Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Baca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah pilihan seperti Al-Kafirun untuk rakaat pertama dan Al-Ikhlas untuk rakaat kedua.
  • Lakukan Rukuk dan kemudian sujud dua kali dengan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun dengan takbir, bacalah Al-Fatihah dan surah pilihan yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.

Solat Sunat Wuduk dilakukan sebagai syukur selepas berwuduk, dengan niat yang ikhlas dan penuh keinsafan.

Cara mengerjakan Solat Sunat Wuduk secara langkah demi langkah boleh dilihat di bawah ini:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Wuduk dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

niat solat sunat sebelum subuh

 Usolli Sunnatal Wudu’i Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Kelebihan Solat Sunat Wuduk

Ternyata solat sunat setelah wuduk itu memiliki kelebihan yang sangat besar sebagaimana yang termaktub di dalam hadis-hadis Rasulullah ﷺ

1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi SAW lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau.

– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159

2. Sesiapa Yang Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah SWT, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhany, dia berkata Baginda bersabda:

Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya.

– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bertanya kepada Bilal bin Rabah ketika solat Subuh:

Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling kamu harapkan yang pernah kamu amalkan dalam Islam kerana sungguh aku telah mendengar hentakan kedua-dua sandalmu di hadapanku di dalam syurga. Bilal pun berkata: Aku tidak mengamalkan amalan yang paling aku harapkan di sisiku, cuma aku tidak berwuduk di waktu malam atau siang kecuali aku solat dengan wuduk itu seperti yang ditetapkan bagiku untuk solat.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penutup

Bilal bin Rabah merupakan seorang sahabat yang dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah yang mana beliau sentiasa menjadikan Solat Sunat Wuduk sebagai amalan rutin hariannya.

Hal ini menunjukkan bahawa Allah SWT mengurniakan nikmat dan ganjaran yang cukup besar kepada orang yang sentiasa mengamalkan solat sunat wuduk ini.

Oleh itu marilah kita semua merebut mengerjakan solat sunat ini. Semoga kita juga mendapat ganjaran Syurga, InsyaAllah.

Semoga panduan ini dapat membantu anda!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

27 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Zamri
Muhammad Zamri
6 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Adakah perlu solat fardhu dahulu sebelum solat sunat wudhu atau boleh dilakukan sebelum solat fardhu?

Kate
Kate
8 bulan yang lalu

Saya suka membaca rujukan daripada laman web AkuIslam. Alhamdulillah. Banyak sangat yang saya pelajari dan kini istiqamah melakukan setiap hari. Semoga Allah murahkan lagi rezeki team AkuIslam dan teruskan perjuangan khalifah 🫶🏻

Nur Akmarina
Nur Akmarina
10 bulan yang lalu

Panduan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat .semoga kita semua istiqomah untuk mengamalkannya

Roma
Roma
11 bulan yang lalu

Mana Yang harus didahulukan solat sunat wuduk atau sunat tahiyatul Masjid sekiranya saya berada dimasjid

Rosmani Bte Abu Hassan
Rosmani Bte Abu Hassan
2 tahun yang lalu

Assallamu’alaikumm

Alhamdullillah, sejak saya baca buku dan pulang dari Umrah. Saya mula merujuk mengenai solat-solat sunat melalui Google. Dari situ saya mula melakukan solat-solat sunat yang di amalkan oleh Nabi Mohammad SAW dan hadis-hadisnya.

Terima kasih kepada “Aku Islam”, yang pelan-pelan menunjukkan satu persatu untuk melakukan solat-solat sunat. Semoga saya akan terus mengamalkan sehingga akhir hayat..aamiin..

Wassallam

Sham
Sham
2 tahun yang lalu

Terbaik…In Sha Allah Kita semua sentiasa d berkati Dan d rahmati..Aamiin..

Rashid
Rashid
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum.
Kalau saya berwuduk lalu saya berzikir amalan dan selepas berzikir adakah saya boleh buat solat sunat wuduk? Saya kebiasaan lepas wuduk saya berzikir kerana nak bersama solat wuduk tggu masing2 habis dan selepas berzikir dan solat wuduk berjemaah . adakah boleh..

azmi
azmi
2 tahun yang lalu

salam ustaz.. saya mengambil wuduk sebelum masuk masjid.

Boleh ke saya solat sunat tahyatul masjid dulu kemudian solat sunat wuduk..Atau sebaliknya ustaz.

Ummi
Ummi
3 tahun yang lalu

Assalamulaikum.. Bagai mana selepas solat sunat wuduk ada tak doa nya

Last edited 3 tahun yang lalu by Ummi
Yana
Yana
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz,
-solat sunat wuduk ini perlu di lakukan apabila telah masuk waktu solat fardhu atau kita boleh laksanakan sebelum masuk waktu solat (azan).

Azman
Azman
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Tiada batasan waktu? walaupun selepas asar sebelum masuk waktu maghrib ke ustaz…