NIAT & CARA SOLAT DHUHA (Doa Dhuha Rumi Lengkap)

solat dhuha

Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Dhuha. Panduan ini akan membimbing anda menunaikan Solat Sunat Dhuha (serta bacaan doa selepas Solat Dhuha) dengan betul dan teratur.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam Transliterasi Rumi dan Audio bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan jawi atau arab.

Jika anda memerlukan panduan asas Solat Dhuha, mari kita mulakan…

Dhuha (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu diantara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.

Ia adalah solat sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dalam Islam. Solat Sunat Dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki. Terdapat banyak nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.

YouTube video

Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa:

Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.

— Riwayat Muslim

Solat Sunat Dhuha dilakukan setelah matahari naik setinggi satu galah, iaitu sekitar 40-48 minit selepas waktu Syuruq.

  • Waktu mula Solat Dhuha – 40 minit selepas Syuruk (matahari naik setinggi satu galah)
  • Waktu akhir Solat Dhuha – 10 minit sebelum masuk Zuhur

Ini berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang menyebut solat Awwabin dilakukan ketika anak unta merasakan panas matahari. Waktu ini berlarutan sehingga sebelum zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka berakhirlah waktu Dhuha.

waktu solat dhuha

Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”

— Riwayat Imam Muslim

Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu Dhuha (10 minit sebelum zuhur).

Catatan

Boleh juga untuk mendirikan terus Solat Sunat Dhuha sebaik sahaja masuk waktu Solat Sunat Isyraq, tanpa melakukan solat sunat Isyraq.

Walau bagaimanapun, lebih afdhal melakukan solat sunat Isyraq terlebih dahulu, kemudian barulah solat sunat Dhuha.

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Lafaz niat Solat Sunat Dhuha dalam rumi Bahasa Melayu pula adalah seperti berikut:

Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah ta’ala.

Catatan

 Solat sunat Dhuha lebih afdhal dikerjakan seorang diri dan tidak sunat dikerjakan secara berjemaah.

Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan dua, empat, enam atau lapan rakaat dengan setiap dua rakaat disusuli satu salam.

Cara melaksanakannya sama seperti solat sunat lain. Menurut riwayat Aisyah RA dan Ummu Hani’, Nabi ﷺ solat Dhuha empat atau lapan rakaat, dengan tambahan jika mahu. Ini berdasarkan riwayat Imam al-Baihaqi dalam Sahih Muslim.

Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.

Rasulullah ﷺ mengerjakan solat dhuha 8 rakaat dengan memberi salam setiap 2 rakaat. (Riwayat Imam al-Baihaqi)

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Ringkasan Cara Melakukan Solat Dhuha

  • Solat Dhuha dimulakan dengan takbiratul ihram dan niat dalam hati ‘Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala‘.
  • Bacalah surah al-Fatihah dan surah lazim dalam setiap rakaat. Untuk surah lazim, anda boleh membaca mana-mana surah.
  • Lakukan rukuk kemudian sujud dua kali.
  • Bangun untuk rakaat kedua. Bacalah al-Fatihah dan mana-mana surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk, sujud dan tahiyat akhir.
  • Apabila telah selesai solat, berdoalah kepada Allah SWT supaya diampuni segala kesalahan dan diberikan keberkatan serta dibukakan pintu rezeki.

Di bawah ini tatacara lengkap melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1

Solat Dhuha Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Dhuha dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatad-Dhuha Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

Nota

Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Maksud Bacaan

Allah Maha Besar!


2

Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al Fatihah tanpa Doa Iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca Doa Iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3

Kemudian, Bacalah Surah Lazim

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran.

Antara surah yang dianjurkan untuk dibacakan dalam Solat Sunat Dhuha adalah Surah asy-Shams. Namun, untuk memudahkan anda yang baru belajar solat, anda juga boleh membaca surah ringkas seperti al Kafirun.

Surah Al Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا ١ وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ٢ وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ٣ وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا ٤ وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ٥ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا ٦ وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠ كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ ١١ إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا ١٢ فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا ١٣ فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا ١٤ وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا ١٥

Wasy-Syamsi Wa Ḍuḥāhā. Wal-Qamari Iżā Talāhā. Wan-Nahāri Iżā Jal-Lāhā. Wal-Laili Iżā Yagsyāhā. Was-Samā’i Wa Mā Banāhā. Wal-Arḍi Wa Mā Ṭaḥāhā. Wa Nafsiw Wa Mā Sawwāhā. Fa Alhamahā Fujūrahā Wa Taqwāhā. Qad Aflaḥa Man Zakkāhā. Wa Qad Khāba Man Dassāhā. Każżabat Ṡamūdu Biṭagwāhā. Iżimba‘Aṡa Asyqāhā. Fa Qāla Lahum Rasūlullāhi Nāqatallāhi Wa Suqyāhā. Fa Każżabūhu Fa ‘Aqarūhā Fa Damdama ‘Alaihim Rabbuhum Biżambihim Fa Sawwāhā. Wa Lā Yakhāfu ‘Uqbāhā

Maksud Bacaan

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang. Dan bulan apabila ia mengiringinya, Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita). Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya). Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya). Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas. Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”. (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).


4

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


5

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


6

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


7

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Setelah selesai bacaan sujud sebanyak 3 kali, maka bangkit dari sujud dan duduklah dalam posisi di atas (antara dua sujud atau istirahah).

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


8

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


9

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.

Rakaat Kedua

10

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah sekali lagi untuk rakaat kedua. Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!


11

Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


12

Seterusnya Sekali Lagi Membaca Surah Lazim

Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah lazim yang seterusnya.

Antara surah yang dianjurkan pada rakaat kedua Solat Dhuha adalah Surah ad Dhuha. Namun demi kemudahan pembaca yang baru belajar, saya lampirkan Surah al-Ikhlas pada bahagian ini.

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

وَٱلضُّحَىٰ ١  وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ ٢ مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ٣ وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ ٤ وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ ٥ أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمٗا فَـَٔاوَىٰ ٦ وَوَجَدَكَ ضَآلّٗا فَهَدَىٰ ٧ وَوَجَدَكَ عَآئِلٗا فَأَغۡنَىٰ ٨ فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ ٩  وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ ١٠  وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ ١١

Waḍ-Ḍuḥā. Wal-Laili Iżā Sajā. Mā Wadda‘Aka Rabbuka Wa Mā Qalā. Wa Lal-Ākhiratu Khairul Laka Minal-Ūlā. Wa Lasaufa Yu‘Ṭīka Rabbuka Fa Tarḍā. Alam Yajidka Yatīman Fa Āwā. Wa Wajadaka Ḍāllan Fa Hadā. Wa Wajadaka ‘Ā’ilan Fa Agnā. Fa Ammal-Yatīma Fa Lā Taq-Har. Wa Ammas-Sā’ila Fa Lā Tanhar. Wa Ammā Bini‘Mati Rabbika Fa Ḥaddiṡ

Maksud Bacaan

Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi – (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik, Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


13

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

cara rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


14

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


15

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


16

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


17

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

Bacaan Dalam Sujud Akhir

emasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

وَهَبْ لِي يَا وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَةً وَارْزُقْنِي يَا رَزَّاقُ كُنْ لِي مُسَهَّلًا

Wahab li ya wahhab ‘ilman wa hikmah, warzuqni ya razzaq kun li musahhala

Maksudnya:

Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Bacaan tasbih ini adalah sunat sahaja. Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.


18

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.

Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


19

Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.

Akhiri solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, iaitu bermula dengan memberi salam ke sebelah kanan dan kemudian memberi salam kedua sambil memalingkan muka ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Dhuha lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.

Apakah bacaan doa selepas Solat Dhuha?

Antara bacaan selepas memberi salam Solat Dhuha, anda boleh membaca tasbih ini sebanyak 10 kali.

Tasbih Selepas Solat Dhuha

Wirid & Tasbih selepas Solat Dhuha

SubHaaNallahi Walhamdulillah Wa Laa IlaHa Illallahu Wallahu Akbar, WaLaa HawLa WaLaa Quwwata Illa Billahil-‘Aliyyil ‘Aziim, ‘AaDaDa KholQil-Lah WaBiDaWaaMi Mulkillah

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Yang Maha Besar. Dan tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama mana kekalnya kekuasaan Allah.

Doa Selepas Solat Dhuha

Tidak ada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk Solat Sunat Dhuha. Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.

Antara Doa Dhuha yang masyhur adalah seperti berikut:

Doa Dhuha

Allahumma innad-dhuhaa-a Dhuhaa Uka

Doa Dhuha

WalBaHaa-A BaHaa Uka

Doa Dhuha

WaljaMaaLa JaMaaLuka

Doa Dhuha

Wal-Quwwata Quwwatuka

Doa Dhuha

Wal-Qudrota QudroTuka

Doa Dhuha

Wal-’ismata ‘ismaTuka

Doa Selepas Solat Dhuha

Allahumma inKaaNa Rizqi fisSaMaa’i Fa-anZilHu

Doa Dhuha

Wa’in KaaNa Fil Ardhi Fa-AkhRijhu

Doa Dhuha

Wa’in KaaNa Mu-’assaron Fayassirhu

Doa Dhuha

Wa’in Kaana HarooMan Fathoh-Hirhu

Doa Dhuha

Wa-inKaana Ba-’iDan Faqor-RibHu

Doa Selepas Solat Dhuha

Bihaqqi DhuHaa-ika WaBaHaa-ika WaJaMaaLika WaQuwwaTika Wa QudRoTika AaTini Maa AtaiTa Min ‘ibaaDikasSoLiHiin

YouTube video

Maksud Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Nota
  • Doa ini disebutkan oleh Syaikh Abu Bakar bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi (yang terkenal dengan gelaran As-Sayyid al-Bakri) dalam kitabnya I’anah ath-Thalibin
  • Perlu diketahui bahawa doa ini bukan berasal dari al-Qur’an atau as-Sunnah. Namun doa ini disebutkan dalam beberapa kitab mazhab Syafi’e, iaitu dalam kitab Hasyiyah al-Jumal 1/485, kitab I’anah ath-Thalibin 1/295, dan kitab Tuhfah al-Muhtaj 2/231.
  • Selain itu anda juga boleh membaca doa selepas solat ini

Selain itu, antara doa yang lain yang boleh dibacakan ialah:

Doa Selepas Solat Dhuha

RobbighfirLi Wa Tub ‘Alayya Innaka Antat-Tawwabur-Rahim, Allahumma Laka Al-Hamdu Asbah-Tu ‘Abduka Wa ‘Ahdaka Wa Wa’daka Anta Khalaqtani Wa Lam Aku Shay’an Astaghfiruka Li Dzanbi Fa Innahu Qad Arhaqatni Dzunubi Wa Ahata Biya Illa An Taghfiraha Li Faghfirha Ya Arhamar-Rahimin.

“Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”

Maklumat Mengenai Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha 4 rakaat dengan 1 salam

Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.

Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:

Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).

Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.

Daripada Ummu Hani R.anha:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya:

Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.

— Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.

Wallahua`lam.

Kelebihan Solat Dhuha

Apakah kelebihannya mendirikan Solat Sunat Dhuha?

Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan Solat Sunat Dhuha.

Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan Dhuha:

1

Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah.

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata

Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”

— Hadis Riwayat Bukhari
2

Dibangunkan Sebuah Rumah di Syurga.

Bagi golongan yang rajin mengerjakan Dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW

Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”

— Hadis Riwayat al-Thabrani
3

Mendapat Rezeki Dengan Segera.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

— Hadis Riwayat Abu Dawud
4

Mendapat Pahala Umrah

Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

— Sahih Al-Targhib: 673
5

Mendapat Keampunan Dosa Terdahulu.

Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
6

Masuk Ke Dalam Syurga Melalui Pintu “Adh-Dhuha”

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Adh-Dhuha. Apabila tiba hari kiamat, seseorang akan menyeru: “Di manakah orang yang selalu mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu.Masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah.”

— Riwayat Imam Ath-Thabrani

Soal Jawab Masalah Lazim (FAQ)

Soal jawab berkaitan Solat Sunat Dhuha

Berikut disenaraikan soal jawab masalah berkaitan Solat Sunat Dhuha:

Apa itu Solat Dhuha?

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit sehingga sebelum waktu Zuhur. Ia merupakan salah satu amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bilakah waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Dhuha?

Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas matahari terbit dan berakhir kira-kira 10 minit sebelum waktu Zuhur. Waktu yang paling afdal adalah ketika matahari sudah mulai panas terik.

Berapa rakaat Solat Dhuha?

Solat Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan maksimum dua belas rakaat. Kebanyakan ulama menggalakkan antara dua hingga lapan rakaat.

Bagaimana niat Solat Dhuha?

Niat Solat Dhuha boleh dilafazkan dalam hati dengan menyatakan keinginan untuk mengerjakan solat sunat Dhuha kerana Allah SWT. Contohnya: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Apakah kelebihan dan fadhilat Solat Dhuha?

Antara kelebihan Solat Dhuha termasuk mendapat ganjaran pahala seperti bersedekah, diampunkan dosa, dan mendapat rezeki yang berkat. Ia juga merupakan tanda kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya.

Adakah Solat Dhuha wajib?

Tidak, Solat Dhuha adalah solat sunat muakkad, iaitu solat sunat yang sangat dianjurkan tetapi tidak wajib.

Bolehkah Solat Dhuha dilakukan secara berjemaah?

Secara umumnya, Solat Dhuha dilakukan secara individu. Namun, tidak ada larangan untuk melakukannya secara berjemaah, walaupun ia bukan amalan yang biasa.

Bolehkah Solat Dhuha dilakukan setiap hari?

Ya, Solat Dhuha boleh dan digalakkan untuk dilakukan setiap hari sebagai amalan rutin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa surah yang dibaca dalam Solat Dhuha?

Tidak ada surah khusus yang wajib dibaca. Namun, beberapa surah yang dianjurkan termasuk Surah Ash-Shams dan Ad-Dhuha. Anda boleh membaca mana-mana surah yang dihafal.

Bagaimana cara melakukan Solat Dhuha dengan betul?

Solat Dhuha dilakukan seperti solat sunat biasa dengan dua rakaat satu salam. Bacaan dan gerakannya sama seperti solat-solat lain.

Adakah Solat Dhuha boleh digabungkan dengan solat sunat lain?

Solat Dhuha adalah solat sunat yang berdiri sendiri dan tidak digabungkan dengan solat sunat lain. Setiap solat sunat mempunyai waktu dan niat yang khusus.

Apa perbezaan antara Solat Dhuha dan Solat Isyraq?

Solat Isyraq adalah solat sunat yang dilakukan sejurus selepas matahari terbit, kira-kira 15-20 minit selepas terbit matahari. Ada pendapat yang menyatakan Solat Isyraq dan Solat Dhuha adalah solat yang sama, namun waktu pelaksanaannya yang berbeza.

Apakah hukum meninggalkan Solat Dhuha?

Meninggalkan Solat Dhuha tidak berdosa kerana ia bukan solat wajib. Namun, melaksanakannya akan mendapat pahala dan kelebihan yang besar.

Apakah doa selepas Solat Dhuha?

Tiada doa khusus selepas Solat Dhuha, tetapi anda boleh berdoa memohon rezeki dan keampunan daripada Allah SWT. Doa yang masyhur adalah: “Allahumma innad dhuha dhuha-uka, wal bahaa bahaa-uka…”

Apakah ganjaran bagi mereka yang konsisten melakukan Solat Dhuha?

Mereka yang konsisten mengerjakan Solat Dhuha dijanjikan pelbagai ganjaran, termasuk dipermudahkan rezeki, diampunkan dosa, dan mendapat ketenangan jiwa. Ia juga menjadi tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba.

Penutup: Ganjaran Besar Menanti 

Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu Dhuha”.

Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.

— Ini bermaksud Dhuha adalah waktu yang sangat penting.

Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan Solat Sunat Dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.

Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.

Semoga solat sunat Dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Nota Rujukan:

  1. Kitab I’anah ath-Thalibin — Syaikh Abu Bakar Bin Muhammad Shaththa ad-Dimyathi
  2. Kitab Nihayah az-Zain fi Irsyad al-Mubtadi’in — Syaikh Abu Abdul Mu’thi, Muhammad Bin Umar Bin Ali Nawawi al-Jawi
  3. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  4. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  5. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  6. Solat Sunat Pilihan 1 — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  7. Ensiklopedia Solat: Solat Dhuha — TV3 Official [Pautan]
  8. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  9. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  10. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
  11. Solat-Solat Sunat — Ust Ahmad Adnan Fadzil
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1.1K Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hanim
Hanim
5 hari yang lalu

Asslamualaikum.. ada kekeliruan bacaan tanda dan saya ingin kepastian bacaan doa duha yang dikongsikan di sini. Sebab ada di laman web lain ada yg baris atas ada baris bawah.
وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ atau وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
bacaan baris bawah atau atas ?
Mu-’assaron atau Mu-’assiron
Terima kasih

Hanim
Hanim
Reply to  Muhamad Naim
5 hari yang lalu

Terima kasih atas pencerahan.

Anisa
Anisa
1 bulan yang lalu

Salam Tuan,
Kalau nk buat solat dhuha 8 rakaat. Habis dua rakaat tu..bangun terus kan? Dan baca niat semula kan? Dan teruskan macam tu sehingga 8 rakaat kan tuan? Mohon pencerahan.

Manusia biasa
Manusia biasa
1 bulan yang lalu

Salam. Sy nak tanya, yg paling afdal 2, 4 atau 8 rakaat? Tapi boleh ke sy just buat 4 rakaat je? Sbb sy rasa 8 rakaat tu bnyak sngt..😅

Kepianan
Kepianan
1 bulan yang lalu

Teruskan berkongsi ilmu…
Harapan sy agar tuan tidak hanyut dibuai pujian dan kata2 manis

Ayu
Ayu
1 bulan yang lalu

Alhamdulillah syukur. Terima Kasih kepada yang empunya laman atas kongsian ilmu. Semoga Allah merahmati dan memberkati anda. Aamiin.

arief
arief
2 bulan yang lalu

alhamdulilah terima kasih tuan perkongsian ilmu yang amat mudah di ikut…semoga tuan sentiasa dirahmati allah dan dipermudahkan semua nya🤲🏻🤲🏻

Izzah
Izzah
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah, trma ksh di atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ini. Smga sentiasa dlm rahmat Allah. Aamiiiin. 

IZAH BINTI SULAIMAN
IZAH BINTI SULAIMAN
2 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Terima Kasih di atas perkongsian ilmu yg sangat berguna ini.

Sya
Sya
2 bulan yang lalu

Salam… Kenapa tukar surah selepas alfatihah tu 😭 sebelum ni kan surah lain…. Dua2 plak tu tukar…. Letak la balik surah yg sebelum ni… Surah lazim tu da slalu baca…

Sya
Sya
Reply to  Muhamad Naim
2 bulan yang lalu

Ingat da takde dah surah tu.. hehe.. maaf sya x prasan… Btw terima kasih buat web ni, senang sya nk buat rujukan untuk solat-solat sunat,ada pnerangan dan maksud…

Hamba Allah
Hamba Allah
2 bulan yang lalu

Terima kasih atas perkongsian. Semoga diriku dapat istiqamah menunaikan wasiat Rasulullah ini.