Ini adalah panduan cara qada solat (menggantikan solat fardu) yang lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qada fardu lima waktu bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda menggantikan solat dengan sempurna.
- Apa Maksud Qada Solat
- Apa Hukum Qada Solat?
- Niat Qada Solat
- Cara Qada Solat Yang Tertinggal
- Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama
- Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?
- Adakah Perlu Qada Solat Jika Pernah Murtad?
- Adakah Wajib Qada Solat Jika Mabuk, Hilang Akal & Tidak Sedarkan Diri?
- Soal Jawab Berkaitan Qada Solat (FAQ)
- Kewajipan Mengganti Solat Yang Tertinggal
Apa Maksud Qada Solat
Qada solat (قضاء) bermaksud menggantikan atau melaksanakan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas. Dalam Islam, solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dan tidak boleh ditinggalkan.
Apabila seseorang Muslim terlepas solat fardu disebabkan sebab tertentu seperti tertidur, lupa, atau keadaan darurat, maka wajib baginya untuk menggantikan solat tersebut pada masa lain.
Ini dilakukan sebagai cara untuk memenuhi kewajipan solat yang telah ditinggalkan. Qada solat menunjukkan pentingnya menjaga kewajipan solat dalam Islam dan tanggungjawab individu untuk memastikan semua solat fardu dilaksanakan.
Menurut mazhab as-Syafi’e, seseorang dikira sempat menunaikan solat secara tunai apabila dia sempat menghabiskan rakaat yang pertama dalam waktu solat tersebut.
Sebaliknya, mengerjakan solat secara qada adalah melakukan solat selepas waktunya.
Apabila seseorang tidak menunaikan solat pada waktunya, dia mesti menggantinya dengan menunaikan solat yang telah ditinggalkan pada waktu lain.
Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat.
Apa Hukum Qada Solat?
Hukum qada solat dalam Islam adalah wajib. Ia adalah kewajipan bagi mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan, sama ada disengajakan atau tidak. Menurut pandangan ulama, setiap solat fardu yang ditinggalkan mesti diganti secepat mungkin.
Ini berdasarkan pemahaman umum dalam Islam bahawa solat adalah tiang agama dan tidak boleh ditinggalkan. Oleh itu, apabila seseorang gagal menunaikan solat pada waktunya, dia wajib menggantikannya melalui qada untuk memastikan kewajipannya terhadap solat terpenuhi.
Bagi mereka yang meninggalkan solat fardu diwajibkan menggantikan solat tersebut.
Ibn Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan Musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu. Lalu Baginda meminta Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak
(Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)
Hukum melewatkan solat tanpa keuzuran (dengan sebab yang benar-benar mendesak), apalagi diluar waktunya, adalah berdosa besar. Ini adalah satu maksiat besar yang tidak boleh dihilangkan kecuali dengan mengqadakan solat yang ditinggalkan.
Seseorang yang melakukannya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat untuk tidak mengulanginya.
Niat Qada Solat
Niat qada solat adalah berniat di dalam hati untuk mengganti solat fardu yang telah ditinggalkan. Niat ini dilakukan sebelum takbiratul ihram pada permulaan solat.
Contohnya, jika seseorang hendak mengqada solat Zohor, niatnya adalah: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada kerana Allah Taala”.
Niat ini penting untuk menentukan solat tersebut sebagai ganti bagi solat fardu yang tidak sempat atau tidak dapat dilaksanakan pada waktunya.
Berikut dinyatakan niat qada solat untuk setiap solat fardu:
Niat Qada Solat Subuh
Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat Qada Solat Zuhur
Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat Qada Solat Asar
Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Niat Qada Solat Maghrib
Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat Qada Solat Isyak
Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Cara Qada Solat Yang Tertinggal
Qada Solat merupakan cara mengerjakan semula solat yang terlepas. Langkah pertama adalah berniat di dalam hati untuk solat qada bagi waktu solat yang terlepas. Kemudian, ikuti langkah solat seperti biasa, termasuk takbiratul ihram, membaca Al-Fatihah, rukuk, sujud, dan salam. Qada Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikutnya.
- Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Musafir: Apabila ingin diqada selepas musafir, solat mesti diqada secara sempurna (tidak boleh qasar atau jamak). Jika diqada ketika masih musafir, boleh diqada secara sempurna atau qasar.
- Untuk Solat yang Ditinggalkan Ketika Menetap (Bermukim): Solat yang ditinggalkan ketika menetap wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar, walaupun diqada ketika musafir.
- Bacaan dalam Solat Qada: Bacaan boleh dibaca dengan nyaring pada waktu malam (selepas terbenam matahari hingga terbit matahari), sekalipun bukan jenis solat yang biasa dibaca nyaring. Bacaan solat dibaca perlahan pada waktu siang.
- Mengerjakan Qada Solat secara Berjemaah: Dibenarkan apabila ada dua orang atau lebih yang mahu mengganti solat mereka.
- Mengerjakan Qada Solat Secara Tertib (Mengikut Urutan): Disunatkan mengerjakan qada solat mengikut urutan, seperti solat Zuhur dahulu, kemudian Asar. Namun, jika waktu solat yang sedang berlangsung (seperti Asar) hampir habis, wajib mengerjakan solat tersebut dahulu sebelum qada solat yang ditinggalkan (seperti Zuhur).
Bacaan Dalam Solat Qada
Bacaan dalam qada solat sama seperti bacaan dalam solat fardu biasa. Ini termasuk:
- Takbiratul Ihram: Membuka solat dengan takbir.
- Bacaan Al-Fatihah: Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat.
- Surah Lazim: Membaca surah atau ayat-ayat Quran selepas Al-Fatihah.
- Rukuk dan Sujud: Melakukan rukuk dan sujud dengan bacaan-bacaan tertentu.
- Tahiyyat Akhir: Membaca tahiyyat pada rakaat terakhir.
- Salam: Mengakhiri solat dengan ucapan salam.
Tiada bacaan khusus atau berbeza untuk solat qada berbanding solat fardu biasa; perbezaannya hanya pada niat untuk menggantikan solat yang tertinggal.
Penjelasan Mengenai Cara Qada Solat
Wajib bagi seseorang yang telah meninggalkan solat untuk mengqada (menggantikan) solatnya itu dengan segera. Bahkan dibenarkan mengantikan solat sekali pun pada waktu yang diharamkan solat (waktu tahrim) seperti selepas asar, selepas subuh dan sebagainya.
1. Apabila meninggalkan solat sewaktu musafir dan hendak diqadakan selepas habis tempoh musafir, maka perlu diqadakan solat secara sempurna (tidak boleh diqasar dan jamak).2. Solat yang ditinggalkan ketika musafir dan hendaklah diqada ketika masih dalam tempoh musafir. Solat juga boleh di qada ketika bermusafir pada waktu lain, secara sempurna atau diqasar.
(terdapat khilaf mengenai perkara ini dalam kalangan beberapa ulama)
3. Solat yang ditinggalkan ketika menetap (bermukim) wajib diqada secara sempurna (tamam) dan tidak boleh diqasar meskipun diqada ketika musafir.
4. Bacaan solat boleh dibaca dengan nyaring (untuk imam atau solat seorang diri) sekiranya waktu mengerjakan qada solat pada waktu malam iaitu selepas terbenam matahari hingga terbit matahari.
Sekalipun solat tersebut adalah bukan dari jenis solat yang dibaca nyaring (seperti Zuhur dan Asar).
Sebaliknya, bacaan solat dibaca perlahan apabila solat yang diqada tersebut dikerjakan pada waktu siang, bermula dari terbit matahari hingga terbenam matahari.
5. Tidak salah mengerjakan qada solat secara berjemaah apabila waktu itu terdapat dua orang atau lebih yang sama-sama mahu mengganti solat mereka.
6. Sunat mengerjakan qada solat secara tertib (mengikut urutan). Misalnya, solat qada Zuhur dahulu, kemudian baru solat qada Asar.
Orang yang meninggalkan solat fardu Zuhur dan mahu mengqadanya dalam waktu Asar, sebaik-baiknya mengerjakan qada solat Zuhur dahulu sebelum mengerjakan solat Asar secara tunai.
Kecuali apabila waktu asar itu tinggal sedikit dan dikhuatiri habis waktu sebelum sempat menunaikan solat Asar, wajib untuknya menunaikan solat Asar dahulu diikuti dengan qada solat Zuhur.
Lupa Bilangan Solat Yang Tertinggal Lama
Jika seseorang lupa bilangan solat fardu yang telah tertinggal, mereka disarankan untuk membuat anggaran terbaik berdasarkan ingatan. Setelah itu, lakukan qada’ mengikut jumlah tersebut. Jika tidak ingat, lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan telah dipenuhi. Penting untuk menetapkan niat qada’ dalam hati sebelum memulai setiap solat.
Ulama mazhab Syafi’e menetapkan orang yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu jumlahnya, hendaklah mengqadakan solat-solat tersebut sehingga diyakini semuanya telah diganti.
Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya. Ini dilakukan sehingga kita yakin semuanya telah diganti.
Contohnya:
Seseorang yang meninggalkan solat selama 2 tahun boleh menggantikan setiap solat fardu yang ditinggalkan selepas solat tunai. Misalnya selepas solat subuh ataupun sebelum, dan boleh menggantikan satu ataupun dua solat subuh yang ditinggalkan.
Perkara ini dilakukan selama setahun ataupun dua tahun hingga yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diganti.
Sekiranya dia mampu melakukan lima solat waktu pada setiap waktu tunai, maka dia boleh melakukannya.
Adakah Wanita Yang Haid dan Nifas Perlu Qada Solat?
Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas tidak perlu melakukan qada’ untuk solat yang terlepas. Ini kerana dalam Islam, wanita yang mengalami haid atau nifas dikecualikan daripada kewajiban solat. Setelah selesai tempoh haid atau nifas, mereka boleh meneruskan solat seperti biasa tanpa perlu menggantikan solat yang terlepas selama tempoh tersebut.
Penerangan
Wanita yang haid dan nifas tidak wajib mengganti solat (qada) untuk waktu-waktu yang tertinggal semasa haid dan nifas itu.
Tetapi ada beberapa situasi yang perlu diberi perhatian:
- Wanita yang telah kering darahnya (haid dan nifas) dalam waktu Asar perlu qada solat Zohor.
- Dan wanita yang kering darahnya dalam waktu Isyak perlu qada solat Maghrib.
Wanita berkenaan perlu mandi wajib dan mengerjakan solat waktu tersebut secara tunai (sekiranya sempat). Dia juga mesti mengerjakan secara qada untuk solat yang sebelumnya.
Jika dia tidak sempat mengerjakan solat dalam waktu darahnya telah kering, maka dia wajib mengganti solat waktu yang tertinggal dan solat yang sebelumnya itu.
Penjelasan lanjut mengenai masalah ini boleh dilihat pada pautan ini: Adakah Kena Qada Solat Zohor Jika Suci Dari Haid Pada Waktu Asar?
Adakah Perlu Qada Solat Jika Pernah Murtad?
Orang murtad iaitu keluar daripada agama Islam, maka dianggap berdosa besar. Sekiranya dia kembali semula kepada Islam, wajib dia qada solatnya selama dia murtad. Bahkan wajib dia mengqada solatnya selama dia masih Islam sebelum dia murtad dahulu.
Hal ini disebabkan, apabila seseorang telah keluar daripada agama Islam, maka seluruh amalannya sebelum itu terbatal kecuali ibadah haji yang hanya terbatal kerana syirik yang berserta kematian.
Adakah Wajib Qada Solat Jika Mabuk, Hilang Akal & Tidak Sedarkan Diri?
Seorang yang minum minuman keras hingga mabuk dan tidak sedarkan diri, memandu dengan cara berbahaya dan berlaku kemalangan hingga tidak sedarkan diri, atau apabila dia melakukan apa-apa sahaja perkara yang membahayakan dengan sengaja hingga menyebabkan hilang akalnya..
… maka wajib dia mengqada solatnya selama dia hilang akal setelah dia pulih.
Akalnya hilang disebabkan perkara yang diharamkan, maka kewajipan tidak akan gugur daripadanya.
Soal Jawab Berkaitan Qada Solat (FAQ)
Di sini saya kumpulkan beberapa soalan lazim mengenai qada solat yang mungkin membantu anda menjawab persoalan yang sedang anda hadapi:
Solat qada tidak wajib dilakukan mengikut tertib, tetapi disunatkan supaya mengikut tertib. Jika waktu solat masa itu hampir tamat, maka utamakan solat tunai waktu itu terlebih dahulu.
Solat yang tertinggal sama ada secara sengaja ataupun terlupa, wajib diqada sebaik sahaja mengingatinya. Ataupun sekiranya tidur, sebaik sahaja terjaga daripada tidur terus diqada solat yang terlepas.
Solat wajib ditunaikan walaupun ketika sakit dengan menggunakan rukhsah-rukhsah yang Allah berikan seperti tayamum sekiranya tidak dapat menggunakan air, solat duduk ataupun baring sekiranya tidak dapat berdiri dan sebagainya.
Tidak harus membaca dengan nada kuat untuk solat fardu yang dilakukan pada waktu siang. Sama ada solat itu dilakukan pada waktunya ataupun qada. Begitu juga, disunatkan membaca dengan kuat untuk solat fardu yang dikerjakan pada waktu malam, walaupun solat pada zuhur ataupun asar.
Boleh. Sunat mengerjakan solat qada secara tertib.
Harus mengqada solat-solat yang tertinggal sama ada mengikut tertib atau tanpa tertib.
Tiada larangan untuk anda melakukan solat sunat.
Tetapi mengapa perlu melakukan yang sunat sedangkan anda boleh melakukan yang wajib, sekaligus mendapat pahala wajib dan diampunkan dosa akibat meninggalkan yang wajib.
Untuk solat tahiyatul masjid, anda boleh melakukan melakukan solat qada subuh ataupun solat lain ketika masuk ke masjid, sebelum anda duduk. Dengan melakukan solat qada ini, anda sudah mendapat pahala solat wajib dan mendapat pahala solat sunat tahiyatul masjid.
Sekiranya anda tidak merancang bagi bermukim di destinasi ini lebih daripada tiga hari, anda masih dianggap sebagai musafir yang mendapat rukhsah jamak dan qasar solat.
Dalam keadaan ini, anda masih boleh mengqada solat zohor dan asar dengan memendekkan menjadi dua rakaat.
Tetapi anda tidak boleh menjamakkannya kerana kedua-duanya sudah keluar daripada waktunya.
Solat yang ditinggalkan ketika musafir tidak lagi boleh diqasar apabila perjalanan itu tamat. Solat itu perlu diqada secara rakaat penuh (tamam)
Terdapat khilaf (pertembungan) jawapan ulama mengenai hal ini. Anda boleh qasar solat zohor yang ditinggalkan dalam pemusafiran yang lalu walaupun telah berada dalam pemusafiran yang lain. Tetapi adalah lebih baik disegerakan qada solat tersebut.
Anda tidak boleh mengqasarkan solat-solat yang sudah anda tinggalkan ketika bermukim ketika anda sedang musafir.
Disunatkan anda membaca surah dengan kuat kerana solat itu dilakukan pada waktu malam.
Orang yang mengalami masalah mental atau gila tidak diwajibkan qada solat-solat yang ditinggalkan ketika dalam keadaan itu. Ini kerana penyakit ini selalunya menimpa seseorang dalam tempoh yang lama hingga memakan masa bertahun-tahun.
Sekiranya diwajibkan mengqada semua solat-solat ini, sudah tentu sangat membebankan.
Orang yang pitam atau pengsan wajib mengganti solat yang tertinggal ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.
Ini kerana pengsan atau pitam selalunya hanya akan berlaku dalam masa yang singkat, berbeza dengan orang gila.
Begitu juga halnya orang yang tertidur sehingga terlepas waktu solat.
Kewajipan Mengganti Solat Yang Tertinggal
Bagi mereka yang meninggalkan kewajipan solat fardu atau ibadah lain, diwajibkan menggantikannya.
1. Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa ketika Perang Khandak, Rasulullah SAW telah disibukkan dengan serangan musyrikin sehingga terbenam matahari sedangkan Baginda tertinggal solat empat waktu.Lalu Baginda meminda Bilal melaungkan azan, dan Baginda berdiri menunaikan solat Zuhur, kemudian Asar, Kemudian Maghrib dan seterusnya Isyak.
(Riwayat Tirmizi, Nasai’e dan Ahmad)
2. Orang yang meninggalkan ibadah wajib hendaklah menggantikannya berdasarkan umum sabda Rasulullah SAW, begitu juga solat fardu yang ditinggalkan hendaklah digantikan.
Sabda Nabi:
Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)
3. Orang yang sengaja meninggalkan solat fardu tanpa keuzuran telah melakukan dosa dan wajib menggantikannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya
— Al-Ma’un 107:4-5
Saya berharap agar panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam melaksanan solat ganti.
Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan di bawah.
Tinggalkan Komen Anda..
1) Saya sengaja tidak bangun untuk solat subuh slps brhubungn dgn hsb pda waktu mlm sbab malas nak mndi junub ketika subuh , atas alasan serumh ngn ipar & biras yg memerhatikan saya dgn pndangn pelik dn suka menyendir saya sbb rmbut saya yg basah. Tpi saya bgun dlm jm 7 dan trus mndi junub & qada solat subuh. Adakah solat saya sah? Dan kelakuan saya yg segaja itu salah menurut agama??
2) Saya skrng brkerja dan tinggal d bilik sewa . Saya memelihara kucing dan membiarkannua berkeliaran di dalam bilik tanpa keluar dri bilik sewa saya, tetapi saya menyediakan box dan pasir kucing untuk kucing itu kencing dn berak. Dalam masa yang sama saya solat di dalam bilik itu. Adakah solat saya sah?? Sbb pasir kucing tersebut saya sentiasa membersihkannya sebelum atau selepas saya solat?.
*Minta diberikan cadangan dan penjelasan mengenai soalan saya. *
Soalan 1: Tidak Bangun Solat Subuh Kerana Malas Mandi Junub
1. Hukum Menunda Solat Subuh Secara Sengaja:
Menunda solat Subuh hingga habis waktunya dengan sengaja kerana malas mandi wajib adalah perbuatan yang salah dan berdosa menurut ajaran Islam. Solat fardu adalah kewajipan utama yang mesti dilaksanakan dalam waktunya, dan alasan seperti rasa malu atau pandangan orang lain tidak menghalalkan untuk meninggalkannya.
Allah SWT berfirman:
2. Qada Solat Subuh:
Solat yang dilakukan pada pukul 7 pagi selepas mandi junub adalah qada, bukan solat Subuh dalam waktunya. Solat tersebut sah sebagai qada, tetapi dosa meninggalkan solat Subuh dalam waktunya tetap perlu ditaubatkan. Disarankan agar puan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT serta berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan ini.
3. Cadangan Penyelesaian:
—
Soalan 2: Solat di Dalam Bilik Bersama Kucing
1. Hukum Solat di Bilik Bersama Kucing:
Solat di dalam bilik yang mempunyai kucing adalah sah, dengan syarat tempat solat bebas daripada najis. Dalam kes ini, pasir kucing yang digunakan untuk kencing dan berak tidak menjejaskan kesucian bilik, selagi:
2. Kebersihan Tempat Solat:
3. Cadangan Penyelesaian:
—
Kesimpulan:
1. Kelakuan meninggalkan solat Subuh kerana malas mandi junub adalah salah dan berdosa, tetapi solat qada puan tetap sah. Mohonlah keampunan dan perbaiki amalan.
2. Solat di dalam bilik bersama kucing adalah sah selagi kebersihan tempat solat dijaga dengan baik dan najis kucing tidak mencemari kawasan tersebut.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan puan dan memberi kekuatan untuk terus menjaga ibadah dengan sempurna.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum! Bolehkah kita qada Lima waktu serentak utk yg bertahun tinggal. Sembahyang gna kerusi
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Ya, kita boleh melakukan qada solat lima waktu serentak jika tertinggal solat selama bertahun-tahun, kerana dalam keadaan ini kita perlu berusaha menggantikan solat-solat yang tertinggal sebanyak mungkin. Islam mengajar kita untuk menggantikan solat yang ditinggalkan sebagai tanda taubat dan usaha memperbaiki kekurangan yang lalu.
Berikut adalah beberapa panduan untuk melaksanakan qada solat dalam situasi ini:
1. Susunan Solat: Solat qada perlu dilakukan mengikut urutan (tertib), iaitu solat Zuhur diikuti Asar, Maghrib, Isyak, dan Subuh, sebagaimana tertib solat lima waktu yang kita kerjakan setiap hari. Ini adalah sunnah, namun jika tertib itu menyulitkan, ia boleh diringankan dengan niat mengganti solat sebanyak mungkin.
2. Niat Qada: Setiap kali mengerjakan solat, niatkan bahawa solat tersebut adalah qada. Contohnya, “Sahaja aku solat qada fardu Zuhur kerana Allah Ta’ala.”
3. Solat dengan Duduk di Kerusi: Jika ada kesukaran untuk solat secara berdiri, seperti masalah kesihatan atau keuzuran, maka dibolehkan untuk solat dengan duduk di kerusi. Pastikan rukun-rukun solat dipenuhi sebaik mungkin, seperti rukuk dan sujud dilakukan mengikut kemampuan.
4. Amalkan Secara Berterusan: Mengqada solat yang tertinggal selama bertahun-tahun memerlukan komitmen dan kesabaran. Usahakan untuk menjadikan qada solat ini sebagai amalan berterusan setiap hari sehingga selesai, atau sebanyak kemampuan yang boleh.
Mengqada lima waktu solat secara serentak untuk menggantikan solat yang tertinggal bertahun-tahun adalah dibolehkan dan sah, serta boleh dilakukan dengan menggunakan kerusi jika ada keuzuran.
Semoga Allah SWT menerima usaha dan taubat kita, dan mempermudahkan urusan saudara dalam menggantikan solat-solat yang tertinggal.
Wallahu a’lam.
Assalmualaikum.maaf saya masih keliru waktu utk solat qada fardu.waktu solat subuh lepas saya tunaikan solat subuh kemudian saya terus bt solat qado fardu subuh yg tertinggal sebelum nie.boleh ke atau saya kena solat qada waktu lain
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam Mazhab Syafi’i, tiada waktu larangan untuk menunaikan solat qada. Solat qada adalah solat wajib yang perlu digantikan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, termasuk pada waktu yang biasanya dilarang untuk solat sunat, seperti selepas Subuh dan selepas Asar.
Jadi, jika awak ingin menunaikan solat qada Subuh yang tertinggal, ia boleh dilakukan sebaik sahaja selesai solat Subuh yang baru tanpa perlu menunggu waktu lain. Waktu larangan hanya terpakai untuk solat sunat, bukan untuk solat qada yang wajib diganti.
Semoga penjelasan ini membantu, dan Allah SWT menerima amalan kita semua.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz…saya nak tanya,bolehkah sholat qadha fardhu dijamak sholat dalam rumah? Harap dapat penjelasan daripada ustaz.
Terima kasih.
Waalaikumussalam,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Mengenai solat qadha fardhu dan solat jamak di rumah, berikut adalah penjelasannya:
1. Solat Qadha Fardhu: Menurut pandangan mazhab Syafi’i, qadha solat wajib dilakukan bagi solat yang terlepas disebabkan uzur atau kelalaian. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, sama ada secara sendirian di rumah ataupun berjemaah di masjid.
2. Solat Jamak di Rumah: Solat jamak adalah keringanan (rukhsah) yang dibenarkan ketika seseorang dalam perjalanan (musafir) yang memenuhi syarat. Namun, solat jamak tidak disyariatkan untuk dilakukan di rumah kecuali dalam keadaan tertentu, seperti sakit yang menyukarkan untuk melakukan solat pada waktu yang ditetapkan. Jika seseorang berada di rumah tanpa sebab-sebab yang membolehkannya jamak, maka tidak dibenarkan untuk jamak solat.
Untuk kes solat qadha dan jamak, kedua-duanya mempunyai hukum yang berbeza. Jika kita ingin mengqadha solat yang terlepas, ianya perlu dilakukan tanpa mengaitkan dengan solat jamak. Qadha solat dilakukan secara berasingan daripada solat jamak dan ia tidak mempunyai keringanan seperti yang diberikan untuk solat jamak semasa musafir atau sakit.
Semoga penjelasan ini membantu. Jika ada soalan lanjut, jangan segan untuk bertanya.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz . sy nak bertanya soalan . sekiranya kita meninggalkan solat zuhur atau terlepas waktu tersebut adakah kita kena solat qadha dahulu ataupun solat asar dahulu lepastu baru qadha solat zuhur yang terlepas tu?mohon pencerahan ya ustaz maaf sekiranya soalan sy ada confius harap ustaz faham 🙏🏼
Waalaikumussalam,
Terima kasih atas soalan puan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan puan dalam menjaga solat.
Jika seseorang terlepas solat Zuhur dan waktu Asar sudah masuk, dia perlu menunaikan solat qadha Zuhur terlebih dahulu sebelum solat Asar. Ini kerana solat yang terlepas perlu diselesaikan mengikut turutan asalnya. Dalam bahasa fiqh, perkara ini dikenali sebagai *tartib*, iaitu mengerjakan solat mengikut susunan yang betul.
Jadi, langkah yang perlu diambil adalah:
1. Solat qadha Zuhur dahulu.
2. Selepas itu, solat Asar pada waktunya.
Namun, jika ada kebimbangan bahawa jika qadha solat Zuhur dahulu akan menyebabkan tertinggal solat Asar (kerana waktu Asar hampir habis), maka dalam situasi ini puan boleh terus mendirikan solat Asar dahulu untuk memastikan solat pada waktunya tidak terlepas. Kemudian, puan boleh qadha solat Zuhur yang terlepas itu.
Semoga penjelasan ini dapat membantu dan memberi kefahaman kepada puan. Jangan risau jika ada kekeliruan, kerana niat untuk bertanya dan memperbaiki amalan adalah sesuatu yang sangat baik di sisi Allah.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum ustaz. Saya nak qada solat tapi boleh ke saya tak baca surah2 lazım, bacaan rukuk, Dan bacaan duduk antara 2 sujud. Dan jika qada subuh pulak boleh ke tak baca doa qunut? Sebab saya nak qada banyak solat yang tertinggal. Mohon pencerahan dari ustaz. Terima kasih.
Waalaikumussalam saudara,
Dalam hal qada solat, adalah penting untuk kita menunaikan solat dengan sempurna mengikut rukun dan syarat sahnya. Bacaan yang termasuk dalam rukun seperti bacaan al-Fatihah, rukuk, dan duduk antara dua sujud adalah wajib dilakukan kerana ia adalah rukun solat. Jika saudara tidak membaca bacaan-bacaan ini, solat tersebut dianggap tidak sah.
Namun, bagi bacaan yang sunat seperti surah selepas al-Fatihah dan doa qunut dalam solat Subuh, ia boleh ditinggalkan jika terdapat keperluan mendesak seperti qada solat yang banyak. Solat tetap sah walaupun tanpa membaca surah selepas al-Fatihah dan doa qunut. Namun, lebih baik jika saudara dapat melengkapkannya, terutamanya jika masa dan keadaan mengizinkan.
Yang paling penting, utamakan rukun solat kerana ia menentukan kesahihan solat. Semoga Allah memudahkan urusan saudara dalam melaksanakan qada solat yang tertinggal.
Wallahu a’lam.
salam , bolehkah jika saya qada 3 solat iaitu solat maghrib , isyak dan subuh selepas solat zohor? apakah hukum qada solat lebih daripada 1 solat selepas solat fardu? maafkan saya jika ada kesalahan.. mohon jawapannya.
Ya, boleh. Anda dibenarkan untuk qada lebih dari satu solat selepas solat fardu.
Menurut pandangan ulama, tidak ada had tertentu mengenai jumlah solat yang boleh diqadakan dalam satu masa, selagi mana ia dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk menggantikan solat yang tertinggal.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum ustaz, jika saya bermusafir kurang dari 3 hari dan sebelum keluar rumah saya telah berniat untuk menunaikan solat jamak tetapi saya telah melepasi waktu yg sepatutnya saya solat. Bagaimana saya hendak menunaikan solat jamak tersebut? Atau perlukah saya Qada solat yg tertinggal itu serta bagaimana caranya?
Jika anda terlepas waktu untuk solat jamak taqdim, anda masih boleh menunaikan solat tersebut dalam waktu jamak takhir. Jika waktu kedua-dua solat telah terlepas, anda perlu qada solat yang tertinggal. Jika masih dalam status musafir, boleh lakukan qada secara jamak qasar juga.
Pastikan untuk melaksanakan solat qada dengan segera setelah menyedari solat tersebut tertinggal.
Semoga penjelasan ini membantu anda memahami cara menguruskan solat ketika bermusafir.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan penjelasan tambahan, sila maklumkan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum ustaz.contoh sy Nak qada solat subuh..adakah masa untuk qada tu dibolehkn tak Kira waktu?pkul 11pg sy buat qada awal sikit dr sebelum masuk waktu zuhur
Walaikumsalam,
Ya boleh. Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
dalam kitab menyatakan, jika tinggal solat selama enam hari, maka di ganti atau di kodokan secara tertib. Jika dah bertahun-tahun tinggal yang fardu, maka di katakan Kodo tidak secara bertertib lagi.
2) Kodo solat atau Solat kodo? secara logik Solat Kodo mana ada. Tetapi Kodokan Solat ada kan. Jadi Kodo Solat bagi saya adalah betul dan Solat Kodo mana ada.Komen Ustaz.
3) Yang kita Faham, Orang prm, apabila dia orang mari Uzur Syarie. Tak wajib solat. Itu Allah tetap doh. Bagaimana pun Dia Prm ni, Dia kena Kodo solat, kerana Meninggalkan solat. Betulkan Ustaz.
Tkasih.
Assalamualaikum,
1. Tertib Dalam Qadha Solat
Dalam Mazhab Syafi’e, disunatkan bagi seseorang yang mengqada’ solat untuk melakukannya secara tertib, iaitu mengikut urutan solat yang ditinggalkan, seperti mengqada’ solat Subuh terlebih dahulu sebelum Zohor, dan seterusnya. Namun, tertib ini tidak diwajibkan jika meninggalkan solat tanpa uzur syar’i dalam jumlah yang banyak dan bertahun-tahun. Dalam situasi ini, keutamaan adalah untuk mengqada’ solat yang tertinggal secepat mungkin tanpa mengambil kira urutan waktu solat yang ditinggalkan kerana kesulitan yang akan dihadapi.
2. Penggunaan Istilah ‘Qadha Solat’
Dari segi bahasa, istilah yang tepat ialah ‘Qadha Solat’ kerana ia merujuk kepada tindakan menggantikan solat yang ditinggalkan. Istilah ‘Solat Qadha’ tidak sesuai digunakan kerana solat merujuk kepada perbuatan, manakala ‘Qadha’ merujuk kepada tindakan menggantikan. Maka, pendapat yang menyatakan ‘Qadha Solat’ adalah betul dan ‘Solat Kodo’ tidak wujud adalah tepat dari sudut logik bahasa.
3. Hukum Qadha’ Solat bagi Wanita yang Uzur Syar’i
Menurut pandangan Mazhab Syafi’e, wanita yang dalam keadaan haid atau nifas tidak diwajibkan untuk solat dan tidak perlu mengqada’ solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh tersebut. Ini adalah ketetapan Allah SWT dan tidak ada kewajipan untuk menggantikan solat bagi wanita dalam situasi uzur syar’i. Oleh itu, wanita yang uzur syar’i tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh uzur tersebut.
Terima kasih.