
Apakah bacaan sujud sahwi yang sebenar?
Bagaimana lafaz bacaan sujud sahwi yang diucapkan oleh Nabi?
Dalam artikel ini, saya melampirkan soalan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
Soalan:Apakah bacaan yang dibaca oleh Nabi saw ketika baginda sujud sahwi?
Adakah boleh membaca Subahana Man La Yanamu Wala Yashu seperti yang diamalkan oleh kebanyakkan orang?
Kerana ada yang mengatakan bacaan tersebut tidak ada dalam hadith maka dilarang membacanya?
Jawapan:
Sujud sahwi adalah disyariatkan dengan nas hadith-hadith yang sahih dan hasan tetapi dalam hadith-hadith tersebut tidak menyebut apakah bacaan yang dibaca oleh orang yang melakukan sujud sahwi.
Contohnya hadith yang diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
ุฅูุฐูุง ุดูููู ุฃูุญูุฏูููู ู ููููู ุตููุงูุชููู ููููู ู ููุฏูุฑู ููู ู ุตูููููุ ุซููุงูุซูุง ุฃููู ุฃูุฑูุจูุนููุงุ ููููููุทูุฑูุญู ุงูุดููููู ููููููุจููู ุนูููู ู ููุง ุงุณูุชููููููู ุซูู ูู ููุณูุฌูุฏู ุณูุฌูุฏูุชููููู ููุจููู ุฃููู ููุณููููู ู
Ertinya :
Apabila seorang kamu syak di dalam solatnya tidak ia tahu adakah sudah ia solat tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia tinggalkan apa yang ia syak itu dan ambillah atas apa yang ia yakini kemudian hendaklah ia melakukan sujud dua kali sebelum memberi salam.โ
(Hadith Muslim)
Dan diriwayatkan daripada Ibnu Masโud r.a. Rasulullah saw bersabda :
ูุฅุฐูุง ุดูููู ุฃุญูุฏูููู ู ูู ุตูููุงุชููู ููููููุชูุญูุฑูู ุงูุตููููุงุจูุ ููููููุชูู ูู ุนูููุ ุซูู ูู ููููุณูุฌูุฏู ุณูุฌูุฏูุชููููู
Ertinya :
Dan apabila ragu seorang kamu pada solatnya maka hendaklah ia memilih yang betul kemudian sempurnakan atasnya kemudian hendaklah ia sujud dua kali sujud.โ
(Hadith Muslim)
Oleh kerana tidak ada disebut dengan jelas apakah bacaan khusus ketika sujud dalam hadith-hadith berkenaan sujud sahwi maka ulamak berbeza pendapat atas beberapa pendapat.
Pendapat jumhur ulamak ialah sunat dibaca akan bacaan tasbih yang sama sebagaimana bacaan tasbih dalam sujud solat yaitu bacaan ุณุจุญุงู ุฑุจู ุงูุฃุนูู
Berkata Imam Nawawi :
” ุณูุฌููุฏู ุงูุณูููููู ุณูุฌูุฏูุชูุงูู ุจูููููููู ูุง ุฌูููุณูุฉู , ููููุณูููู ููู ููููุฆูุชูููุง ุงูุงููุชูุฑูุงุดู ุ ููููุชูููุฑูููู ุจูุนูุฏูููู ูุง ุฅููู ุฃููู ููุณููููู ู , ููุตูููุฉู ุงูุณููุฌูุฏูุชููููู ููู ุงููููููุฆูุฉู ููุงูุฐููููุฑู ุตูููุฉู ุณูุฌูุฏูุงุชู ุงูุตูููุงุฉู . ููุงููููููู ุฃูุนูููู ู ”
Ertinya :
Bermula sujud sahwi itu dua kali sujud yang antara keduanya ada duduk.
Disunatkan keadaan duduknya duduk iftirasy dan disunatkan ia duduk tawarruk selepas dua sujud sebelum salam.
Dan sifat dua sujud ini pada rupa dan bacaan ialah seperti sifat sujud solat.โ
(Al-Majmuโ Syarah Muhazzab)
Berkata Syeikh Zakaria Al-Anshori :
ูููููููููููุชูููุง ููุณูุฌูุฏูุชููู ุงูุตูููุงุฉู ุ ููุฌูููุณู ู ูููุชูุฑูุดูุง ุจูููููููู ูุง ุ ููููุฃูุชูู ุจูุฐูููุฑู ุงูุณููุฌููุฏู ูููุตูููุงุฉู ูููููู ูุง ” ุงูุชูู
Ertinya:
Dan cara sujud sahwi itu sama seperti sujud bagi solat.
Duduk iftirasy antara keduanya dan membaca zikir sujud solat pada keduanya.โ
(Asnal Matholib)
Dan setengah pendapat mengatakan tidak dibaca apa-apa kerana beramal dengan zahir hadith.
Dan setengah ulamak berpendapat ketika sujud sahwi sunat seorang itu berdoa kerana sujud itu tempat bagi doa.
Abu Hurarirah r.a. berkata Nabi saw bersabda :
ุฃูููุฑูุจู ู ูุง ููููููู ุงูุนูุจูุฏู ู ููู ุฑูุจูููู ูููููู ุณูุงุฌูุฏู ุ ููุฃูููุซูุฑููุง ุงูุฏููุนูุงุกู
Ertinya:
Yang paling hampir seorang hamba itu dari Tuhannya ialah ketika dia sedang sujud.
Maka hendaklah kamu memperbanyakkan berdoa.โ
(Hadith Muslim)
Dan setengah ulamak mengatakan dibaca di dalam sujud sahwi itu akan bacaan ุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณูู
Ertinya:
Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Berkata Dr Wahbah Zuhaily :
ูุญูู ุจุนุถูู ุฃูู ููุฏุจ ุฃู ูููู ูููู ุง: (ุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณูู) ููุงู ุจุนุถูู : ูุงูุธุงูุฑ ุฃูู ูุงูุฐูุฑ (ุงูุชุณุจูุญ) ูู ุณุฌูุฏ ุงูุตูุงุฉ
Ertinya:
Dan telah menyebut sebahagian ulamak bahawasanya disunatkan berkata pada kedua sujud itu akan โุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณููโ manakala berkata sebahagian ulamak yang zahirnya ialah bacaannya seperti bacaan tasbih pada sujud solat.โ
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Dan tersebut pada kitab Al-Fiqhu โAla Mazahibil Arโbaโah :
ูุฅุฐุง ูุงู ุณุจุจู ุงูุณูู ูุญุณู ุฃู ูููู ูู ุณุฌูุฏู: ุณุจุญุงู ุงูุฐู ูุง ููุงู ููุง ูุณููุ ุฃู ุง ุฅุฐุง ูุงู ุนู ุฏุงูุ ููุญุณู ุฃู ูุณุชุบูุฑ ุงููู ูู ุณุฌูุฏู
Ertinya:
Dan apabila adalah sebab sujud sahwi itu kerana lupa maka elok bahawa dibaca dalam sujudnya itu akan โุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณููโ. Adapun jika sujud sahwi kerana sengaja tinggal maka elok bahawa istighfar ia akan Allah dalam sujudnya.โ
(Juz 1 m.s. 409)
Berkata Syeikh Khatib Syarbiny :
ูุญูู ุจุนุถูู ุฃูู ููุฏุจ ุฃู ูููู ูููู ุง: ุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณูู” ูุงู: “ููู ุงููุงุฆู ุจุงูุญุงูุ ูุงู ุงูุฒุฑูุดู: ุฅูู ุง ูุชู ุฅุฐุง ูู ูุชุนู ุฏ ู ุง ููุชุถู ุงูุณุฌูุฏุ ูุฅู ุชุนู ุฏูุ ูููุณ ุฐูู ูุงุฆููุงุ ุจู ุงููุงุฆู ุงูุงุณุชุบูุงุฑ”
Ertinya:
Dan menyebut oleh setengah ulamak bahawasanya disunatkan membaca โุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณููโ dan berkata mereka itu ialah yang layak dengan keadaan.
Berkata Imam Zarkasyi :
Hanyasanya elok ia apabila bukan sengaja melakukan perkara yang menghendakki kepada sujud sahwi. Maka jika sengajanya maka yang demikian itu tidak layak bahkan yang layak dengan keadaan ialah mengucapkan istighfar.โ
(Kitab Mughni Muhtaj)
KESIMPULAN
Para ulamak tidak sepakat pada bacaan yang disunatkan ketika di dalam sujud sahwi.
Ada yang berkata dengan sunat membaca tasbih sama seperti dalam sujud biasa bagi solat dan ada yang mengatakan diam sahaja dan ada yang mengatakan memperbanyakkan doa dan ada yang mengatakan membaca โุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณููโ dan lain-lain lagi.
Pendeknya siapa yang sujud sahwi kemudian dia mengikuti mana-mana satu pandangan ulamak di atas maka solatnya sah dan tidak batal.
Berkenaan bacaan โุณุจุญุงู ู ู ูุง ููุงู ููุง ูุณููโ tidak ada ulamak muktabar yang melarangnya bahkan jika seorang itu hendak membaca apa jua tasbih yang lain atau doa-doa yang ia suka maka hukumnya adalah harus.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum kalau kita contohnya kita lupa satu rakaat lpstu suda baca tahiyat akhir seterusnya sujud sahwi dan membaca lagi tahiyat akhir adakah sah solat?
Wassalam. Kalau terlupa rakaat, maka tidak boleh sekadar buat sujud sahwi. Kita kena tambah 1 rakaat lagi kemudian barulah lakukan sujud sahwi.
Boleh rujuk tatacara melakukan sujud sahwi pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/melakukan-sujud-sahwi/