Hukum Solat Witir 3 Rakaat 1 Salam

witir 3 rakaat 1 salam

Apakah hukum solat witir 3 rakaat dengan 1 salam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Soalan saya pasal sembahyang witir adakah boleh kita buat macam sembahyang maghrib tiga rakaat dengan satu salam?


JAWAPAN

Harus hukumnya mengerjakan solat witir tiga rakaat dengan satu salam.

Tetapi yang afdhal ialah dikerjakan dengan dua salam iaitu dua rakaat pertama dipisahkan dengan satu rakaat yang akhir.

Tersebut pada Kitab Fiqhul Ibadah ‘ala Al-Mazhab As-Syafie:

يجوز لمن أوتر بما زاد على ركعة أن يؤدي الصلاة على إحدى صور ثلاث، أفضلها الفصل، بأن يفرد الركعة الأخيرة بعد ركعتين أو أكثر، لما روى ابن عمر رضي الله عنهما قال: “كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفصل بين الوتر والشفع بتسليمة ويسمعناها

Ertinya :

Harus bagi siapa yang hendak mengerjakan witir dengan lebih dari satu rakaat bahawa menunaikan akan solat atas salah satu dari tiga rupa. Rupa yang paling afdhal ialah selepas mengerjakan dua rakaat atau lebih dikerjakan pula serakaat yang akhir kerana hadith riwayat Ibnu Umar r.a. kata beliau : Adalah Rasulullah saw memisahkan antara rakaat yang ganjil dengan rakaat yang genap dengan memberi salam dan memperdengarkannya akan kami. ”

Hadith riwayat Imam Ahmad

Maka sudah terjawab bahawa mengerjakan solat witir sebanyak tiga rakaat dengan satu salam itu hukumnya adalah harus dan sah cuma sebahagian fuqahak menghukumkannya dengan makruh.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin:

ويكره الوصل عند الاتيان بثلاث ركعات، فان زاد ووصل فخلاف الاولى

Dan dimakruhkan wasal (yakni bersambung dengan satu salam) ketika menunaikan witir sebanyak tiga rakaat. Maka jika lebih dan dibuat dengan wasal maka hukumnya menyalahi yang lebih utama.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments