Bila Waktu Kena Berpaling Muka Ketika Beri Salam Dalam Solat?

waktu berpaling muka

Bilakah waktu kena berpaling muka ketika beri salam dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Soalan saya masa manakah disuruh kita berpaling ketika memberi salam sembahyang?


JAWAPAN

Ketika memberi salam sembahyang disunatkan seorang itu memalingkan mukanya ketika selesai berkata   السلام عليكم   bukannya pada mula berkata السلام seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Jika dia berpaling mukanya sebelum selesai berkata السلام عليكم maka hukumnya adalah makruh tetapi solatnya tidak batal melainkan dia memalingkan muka serta dengan badannya.

Tersebut pada kitab Busyral Karim:

Disunatkan bahawa tidak berpaling dengan mukanya melainkan ketika berkata huruf mim pada lafaz عليكم kerana larangan dari berpaling di dalam sembahyang.”

(Busyral Karim Syarah Ala Muqaddimah Hadhramiyah)

Kesimpulan

Sunat memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika selesai mengucapkan   السلام عليكم . 

Ketika memalingkan muka ke kanan dan ke kiri hendaklah dengan mukanya sahaja bukan dengan badannya.

Jika seorang itu memalingkan mukanya berserta dengan badannya sebelum habis dia mengucapkan   السلام عليكم   maka batal solatnya kerana dia telah berpaling dari kiblat sebelum selesai sembahyang.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

14 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zeeham
1 tahun yang lalu

Salam Al Fadhil Ust..
Apa hukum nya kalau kita beri salam penuh seperti
“Assalamualaikum Waroh matullah hiwabarokaatuh..”
selepas solat ??

Aqil
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, kalau di salam yang kedua tu saya terberhenti boleh ke

Contoh
Assa..(terhenti)
Selepas tu sambung balik
Assalamualaikumwarahmatullah
Lalu saya paling kepala ke kiri

Mai
1 tahun yang lalu

Ustaz, kalau saya paling muka lepas habis sebut warahmatullah, sah ke solat saya?

Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Ustaz, kalau kita dah bgi salam mengadap kiblat patu bila paling muka kita rase bacaan salam kita tu salah patu kalau bagi salam semula ketika dh paling muka tu dikira sah tak solat?

Muhd fikhri
1 tahun yang lalu

Ustaz, kalau tak paling muka terus batal tak solat?