Hukum Tersalah Baca Qunut Sebelum Rukuk

Tersalah Baca Qunut Sebelum Rukuk

Apakah hukum tersalah baca qunut sebelum rukuk?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Selepas dari sembahyang subuh baru saya teringat saya baca qunut sebelum rukuk.

Adakah batal sembahyang jika tersalah membaca qunut subuh sebelum rukuk?

Jika tidak batal adakah kena sujud sahwi?


JAWAPAN

Menurut pendapat yang paling sahih membaca qunut sebelum rukuk tidak membatalkan sembahyang.

Jika dia teringat selepas selesai dari sembahyang maka sembahyangnya sah.

Jika dia teringat sebelum turun kepada sujud maka sunat dia mengulangi membaca qunut ketika iktidal tersebut dan disunatkan ia sujud sahwi sebelum memberi salam..

Berkata Imam Nawawi:

Ketahui olehmu bahawasanya tempat qunut subuh itu di sisi kami ialah selepas bangun dari rukuk pada rakaat yang kedua.

Dan berkata Imam Malik qunut itu sebelum rukuk.

Telah berkata ashab kami: “Jika seorang yang bermazhab Syafie membaca qunut sebelum rukuk nescaya qunut itu tidak dikira baginya atas pendapat yang asah.

Dan ada satu wajah bagi kami ianya dikira.

Dan atas pendapat yang asah sunat dia mengulangi qunut kemudian daripada rukuk dan sunat ia sujud sahwi.

Dan kata setengahnya tidak sunat.”

(Kitab Al-Azkaar)

Kesimpulan

Tempat disunatkan membaca qunut solat subuh ialah pada rakaat yang kedua selepas bangun dari rukuk.

Jika tersalah baca qunut sebelum rukuk maka disunatkan ulangi membacanya selepas rukuk dan sunat ia sujud sahwi sebelum salam.

Jika dia tidak ulangi membaca selepas rukuk maka solatnya tetap sah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments