Adakah Perlu Sujud Sahwi Jika Terlupa Baca Surah Selepas Fatihah?

Terlupa Surah Selepas Fatihah

Jika terlupa baca surah selepas Fatihah, adakah perlu lakukan sujud sahwi?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ada satu kemusykilan kalau kita terlupa baca surah selepas baca surah fatihah adakah disunatkan kita sujud sahwi sebelum memberi salam?


JAWAPAN

Membaca surah selepas membaca fatihah pada rakaat yang disunatkan membaca surah hukumnya adalah sunat hai’ah maksudnya sunat yang ringan.

Oleh kerana itu siapa yang tidak membaca surah sebab lupa atau sengaja maka tidak disunatkan dia lakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

Dan tidak sujud sahwi bagi yang tinggal segala sunat yakni kerana meninggalkan yang sunat seperti meninggalkan baca surah selepas baca fatihah.”

(Kitab Asnal Matalib)

KESIMPULAN

Disunatkan sujud sahwi kerana terlupa melakukan sunat ab’adh dalam solat seperti terlupa membaca qunut pada solat subuh dan terlupa membaca tahiyat awal atau tersalah melakukan rukun atau lainnya.

Ada pun sunat hai’ah seperti membaca surah selepas fatihah maka tidak disunatkan sujud sahwi jika seorang itu terlupa membacanya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments