Hukum Terlelap Dalam Solat

terlelap dalam solat

Apakah hukum terlelap dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika sedang mengerjakan solat saya pernah terlelap tapi sekejap sangat. Adakah batal solat saya atau tidak?


JAWAPAN

Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah tidur atau pengsan atau terlelap.

Beza tidur dengan tertelap ialah tidur itu mengambil masa yang lama manakala terlelap itu sangat cepat masanya.

Oleh itu siapa yang terlelap sekali pun hanya sekadar masa setengah saat nescaya batal wuduknya dan jika dia sedang mengerjakan solat nescaya batal solatnya sebab sudah batal wuduknya.

Berkata Imam Nawawi :

Dan ada pun tertidur maka hendaklah ditilik padanya maka jika tertidurnya itu dalam keadaan berbaring atau tersungkur atau bersandar nescaya batal wuduknya.”

(Kitab Syarah Muhazzab)

Maka dapat difahami bahawa jika orang terlelap dalam solat itu ketika sedang qiam nescaya batal solatnya.

Begitu juga batal solatnya jika berlaku terlelap itu ketika melakukan rukun yang lain seperti terlelap ketika sedang rukuk atau sedang iktidal atau sedang turun kepada sujud atau sedang sujud.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Faris
Faris
3 tahun yang lalu

Mohon kaji semula. Mazhab imam syafie mengatakan jika mengantuk tidak batal solat dan wuduk.