
Apakah hukum membaca tahiyat akhir pada tahiyat awal?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSetakat mana bacaan tahyat awal dan tayhat akhir?
Apakah hukumnya kalau kita tersalah membaca tahyat akhir ketika duduk tahyat awal?
JAWAPAN
TASYAHUD AWAL
Membaca taysahud awal hukumnya adalah sunat ab’adh maka siapa yang tertinggal membacanya disunatkan dia sujud sahwi.
Jika sudah memberi salam lalu tersedar dia tertinggal membaca taysahud awal maka solatnya sah.
Bacaan pada tasyahud awal itu ialah :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TASYAHUD AKHIR
Membaca tasyahud akhir adalah rukun sembahyang yang jika seorang tidak membacanya maka tidak sah sembahyangnya sekalipun diganti dengan sujud sahwi.
Jika dia sedar selepas solat bahawa dia tertinggal membaca tasyahud akhir maka wajib diulangi akan solat tersebut kerana solat tersebut kekurangan satu rukun.
Bacaan tasyahud akhir yang wajib ialah:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Dan bacaan tasyahud akhir yang afdhal ialah:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Tidak disunatkan ketika duduk tahyat awal membaca tasyahud akhir akan tetapi jika dibacanya juga akan tasyahud akhir ini maka sembahyangnya sah tidak mengapa.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
salam, sah ke solat saya kalau terbaca bacaaan duduk diantara dua sujud apabila di tahiyat akhir, kemudian sedar lalu terus baca bacaan tahiyat akhir seperti biasa?
Assalamualaikum ustaz, saya tersalah baca doa lain semasa tahiyat akhir dan saya perasan lalu saya baca bacaan tahiyat akhir yang betul sah ke.
Contoh
Terbaca doa mintak dibanyakkan rezeki…lalu saya perasan dan saya baca kembali doa tahiyat akhir barulah saya beri salam
Wassalam.
Ya sah solat jika awak segera perbetulkan bacaan bila tersedar dengan kesilapan tersebut.
saya solat taktinggal.tapi saya baru perasan bacaan tahiyat akhir saya salah.sah ka solat saya sebelum ni?
Yang penting bacaan tahiyat awal awak betul.
sah tak solat saya kalau baca tahiyat awal masa tahiyat akhir? sebab saya baru nak beribadah dan susah nak hafal tahiyat akhir..
Sah. ?
oky terima kasih ?
Assalamualaikum, sah tak solat saya sekirannya saya tersalah baca tahiyat akhir yg “sollataalah ibrahim”,tapi saya sebut soltaallah ibrahim. Salah baca. Adakah sah