Hukum Solat Sambil Melihat Quran (Mushaf)

Solat Sambil Melihat Quran

Apakah hukum solat sambil melihat Quran?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah perbuatan imam yang membaca surah dalam sembahyang dengan melihat kepada Quran dan membelek helaiannya boleh membatalkan sembahhyang?


JAWAPAN

Membaca dalam sembahyang dengan melihat akan Quran dan membuka helaiannya tidak membatalkan sembahyang.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

Bermula membaca dari mushaf adalah satu ibadah yang disandarkan kepada satu ibadah maka ia tidak membatalkan sembahyang.”

(Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Dan berkata Imam Nawawi:

Bermula membaca dari mushaf itu perbuatan yang sedikit bukan perbuatan yang banyak maka ia tidak membatalkan solat.”

(Al-Majmu’)

Difaham daripada ini maka jika orang yang sembahyang itu membuat pergerakkan yang banyak ketika membuka helaiannya nescaya batal sembahyangnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments