Hukum Solat Di Hadapan Gambar

Apakah hukum solat di hadapan gambar?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya hendak bertanya pasal solat di hadapan gambar misalnya gambar yang digantung di dinding rumah atau gambar yang ada pada sejadah atau lainnya.

Adakah sah solatnya?


JAWAPAN

Jika solat seorang itu sempurna segala rukun dan syaratnya maka solatnya itu sah.

Akan tetapi jika ketika dalam solat dia melihat kepada perkara-perkara yang melalaikan seperti melihat pada gambar-gambar maka sudah tentu akan mengurangkan khusyuknya dan pahalanya.

Kerana itulah dimakruhkan solat dalam keadaan melihat ke atas dan ke bawah atau ke kiri dan kanan.

Sayugianya orang yang solat itu hendaklah melihat kepada tempat sujud supaya tidak lalai hatinya.

Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

Bermula solat atas kelakuan ini adalah sah akan tetapi dimakruhkan bagi seorang bahawa solat dihadapan perkara yang melalaikannya seperti api dan gambar dan demikian juga televisyen.

Solatnya ini samada sah atau batal adalah sekira-kira menyempurnakan segala rukun dan segala syarat.

Ada pun pahala adalah sekira-kira hadir hatinya di dalam solat dan ini hanya diketahui oleh Allah Taala.

Dan sungguhnya kita semua telah dijui pada zaman ini dengan banyaknya terdapat gambar.

Dan kerana itulah sayugia oleh memelihara daripadanya dan mengelakkan dari solat di hadapannya akan tetapi tidaklah dihukumkan solat di hadapan gambar itu sebagai syirik dan tidak sampai diserupakan dengan menyembah berhala.”

(Darul Ifta Jordan)

KESIMPULAN

Makruh solat seorang mengadap kepada gambar samada yang ada pada dinding atau pada sejadah atau pada pakaian seseorang atau di depannya ada patung atau suatu yang boleh melalaikannya dari hadir hatinya di dalam solatnya itu.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments