Apakah hukum solat dengan baju yang terkena percikan air jalanan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya hendak tanya satu soalan kalau kita pergi ke masjid untuk sembahyang samada berjalan kaki atau menaiki motosikal atau basikal pada ketika hujan kemudian bila sampai di masjid kita nampak baju atau kain sudah terpercik air yang kotor dari jalan yang basah.
Adakah boleh kita sembahyang memakai baju itu atau kena bersihkan dulu atau kena pakai baju yang lain?
JAWAPAN
Pakaian yang terkena percikan air yang kotor yang ada pada jalan yang kita lalui adalah dimaafkan pada syarak kerana sukar memeliharanya dari terpercik.
Maksudnya sah sembahyang dengan memakainya dan tetapi membersihkannya terlebih dulu adalah afdhal.
Berkata Imam Ghazali:
Dimaafkan dari tanah segala jalan pada barang yang keuzuran memelihara daripadanya pada kebiasaan.”
(Kitab Al-Wajiz)
Dan jika air yang terpercik pada pakaian itu najis maka jika sedikit dimaafkan dan jika banyak tidak dimaafkan seperti najis yang lain.
Telah berkata oleh Imam Ar-Rafi’I:
Dan ada pun kotoran yang diyakini najisnya maka dimaafkan jika sedikit daripadanya dan jika banyak maka tidak dimaafkan daripadanya sama seperti sekelian najis.”
(Kitab Syarah Al-Wajiz)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..