Adakah Sah Solat Jika Makmum Tidak Ikut Sujud Sajadah Bersama Imam?

Tidak Sujud Sajadah Bersama Imam

Adakah sah solat makmum jika tidak ikut sujud sajadah bersama imam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ada dua soalan berhubung hukum sujud sajadah.

1. Apakah hukum makmum apabila imam sujud sajadah tetapi makmum tidak sujud dan makmum itu menunggu di dalam berdiri?

2. Makmum baca ayat sajadah pada solat asar dan makmum sujud sajadah tetapi imam tidak sujud sajadah?


JAWAPAN

Apabila imam membaca ayat sajadah kemudian imam turun sujud maka wajib atas sekelian makmum ikut turun sujud sajadah bersama imam.

Jika makmum tidak ikut sujud sajadah bersama imam maka batal solat makmum.

Begitu juga makmum tidak boleh turun sujud sajadah kerana bacaan selain bacaan imam.

Jika makmum turun sujud sajadah kerana bacaan makmum sendiri atau bacaan orang lain maka batal solat makmum.

Berkata Imam Nawawi:

Dan apabila imam sujud sajadah maka makmum turut sama sujud.

Maka jikalau makmum tidak lakukan sujud nescaya batal solat makmum.

Dan apabila imam tidak sujud sajadah maka makmum tidak boleh sujud.

Jikalau makmum sujud juga nescaya batal solat makmum.

Ada pun apabila adalah yang sembahyang itu makmum maka jangan ia sujud kerana bacaan dirinya bahkan makruh makmum membaca ayat sajadah.

Dan makmum tidak boleh sujud sajadah sebab terdengar bacaan selain imamnya bahkan makruh atasnya mendengar kepadanya.

Dan jikalau makmum sujud sajadah kerana dia sendiri yang membacanya atau kerana bacaan selain imamnya nescaya batal solat makmum.”

(Kitab Ar-Raudhah At-Talibin)

Kesimpulan

Sunat melakukan sujud sajadah bagi imam yang telah membaca ayat sajadah.

Apabila imam melakukan sujud sajadah maka wajib makmum turut sujud bersama imam.

Jika makmum tidak ikut sujud sajadah bersama imam maka  batal solat makmum. 

Jika imam membaca ayat sajadah tetapi tidak turun sujud lalu makmum turun sujud nescaya batal solat makmum.

Jika makmum membaca ayat sajadah dan turun sujud maka batal solat makmum.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments