Apa yang perlu dilakukan jika lupa bilangan solat yang perlu diqada?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANJika kita tidak ingat berapa jumlah solat fardu yang telah kita tinggalkan banyak mana yang wajib kita qada?
JAWAPAN
Orang yang lupa jumlah bilangan solat fardunya untuk melakukan qada wajib mengerjakan solat qada sampai kepada had sudah diyakini bahawa dia sudah mencukupkan bilangan solat yang perlu diqada itu.
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:
Barang siapa yang mempunyai solat yang tertinggal yang dia tidak tahu bilangannya maka wajib atasnya qada sampai dia yakin telah terlepas dari kewajipannya (yakni sudah yakin jumlah qadanya sudah melebihi jumlah hutang solatnya) di sisi mazhab Syafie dan Hanbali.
Ada pun disisi mazhab Maliki dan Hanafi sudah memadai dengan berat sangkaannya dia sudah terlepas dari kewajipannya.”
Kesimpulan
Solat yang fardu yang ditinggalkan samada dengan sebab uzur atau tidak adalah wajib diqada dengan sepakat ulamak mazhab yang empat.
Jika tidak ingat akan bilangannya maka hendaklah dilakukan qada sehingga dia yakin bahawa bilangan solat qadanya sudah melebihi bilangan solat yang dtinggalkan.
Jika kurang juga bilangan qada yang dikerjakan sedangkan dia merasa yakin sudah melebihinya maka dia tidak lagi berdosa.
Jika jumlah qadha melebihi dari jumlah yang ditinggalkan maka jadilah yang lebih itu solat sunat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..