Apakah hukum imam terlebih takbir dalam solat raya?
Adakah batal solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya ingin bertanya dalam sembahyang hari raya kita sunat takbir 7 kali di rakaat pertama.
Apakah hukumnya kalau imam takbir lebih atau kurang dan makmum hendak ikut atau tidak?
JAWAPAN:
Pada solat sunat hari raya disunatkan selepas takbiratul ihram bertakbir sebanyak tujuh kali dan pada rakaat yang kedua selepas takbir qiam sebanyak lima kali.
Jika imam terlebih takbir maka makmum hendaklah tidak mengikut takbir yang lebih itu dan jika imam takbir kurang maka memadai makmum bertakbir sebanyak yang imamnya bertakbir.
Tersebut pada kitab Al-Fiqh Al-Islami. maksudnya :
Mazhab Sayfie : Dan kalau imam takbir lebih dari bilangan nescaya makmum tidak mengikutnya.
Dan apabila imam meninggalkan takbir maka makmum juga meninggalkannya.
Maka jika makmum bertakbir juga nescaya batal solat makmum apabila makmum itu mengangkat dua tangannya tiga kali berturutan kerana sungguhnya itu adalah perbuatan yang banyak yang membatalkan solat.
Dan apabila imam bertakbir kurang dari bilangan nescaya mengikutnya oleh makmum.”
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu Dr Wahbah Az-Zuhaili)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..