Apakah hukum sujud hidung tidak kena lantai dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANKetika sujud sembahyang adakah wajib hidung kita kena ke lantai seperti dahi sebab ada orang yang kata kalau hidung tidak kena lantai sujud kita tidak sah?
JAWAPAN
Barang siapa yang sujud dan telah meletakkan sebahagian dari dahinya atas lantai dan tidak bersentuh hidungnya pada lantai nescaya solatnya itu sah dan inilah pendapat yang muktamad di sisi mazhab yang empat akan tetapi yang sunnahnya ialah sujud dalam keadaan hidungnya juga kena atas lantai seperti dahinya.
Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:
Telah memadai meletakkan satu juzuk dari segala anggota sujud yang tujuh seperti dahi.”
(Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Kesimpulan
Wajib mengenakan dahi atau sebahagian dahi di atas lantai ketika melakukan sujud maka tidak sah sujud dengan hanya kena hidung tanpa kena dahinya ke lantai.
Sunat hukumnya mengenakan hidung ke lantai ketika sujud tetapi jika seorang sujud dengan hanya dahinya sahaja kena ke lantai manakala hidung terangkat dari lantai nescaya sujudnya itu sah.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..