Apakah hukum berhenti solat kerana takut terjadi sesuatu yang buruk?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKalau orang sedang solat kemudian berlaku suatu bunyi seperti bumbung masjid hendak runtuh adakah boleh berhenti dari solat untuk menyelamatkan diri?
JAWAPAN
Harus hukumnya memutuskan solat yang sedang ditunaikan kerana menyelamatkan nyawa atau kecederaan seperti berlaku kemalangan atau takut ditimpa runtuhan atau menyelamatkan harta seperti berlaku kebakaran atau tanah runtuh atau seumpamanya.
Berkata Syeikh Qalyubi:
Atau pada solat bersangatan takut samada ketika hadir atau dalam musafir dan pada ketika perang dan melarikan diri yang diharuskan dan menyelamatkan diri dari kebakaran dan banjir dan haiwan buas.” (Kitab Hasyiah Qalyubi)
Kesimpulan
Haram berhenti dari solat fardu sebelum selesai memberi salam tanpa sebarang uzur yang diharuskan oleh syarak.
Antara uzur yang mengharuskan berhenti dari solat fardu itu ialah berlaku suatu kejadian yang boleh menyebabkan mudarat ke atas nyawa sendiri atau orang lain atau mudarat kepada anggota badan atau mudarat kepada harta maka seorang yang sedang solat fardu itu boleh berhenti dari solat untuk menyelamatkan diri.
Maka orang yang memutuskan solat fardu kerana uzur tersebut tidak berdosa dan wajib dia ulangi mengerjakannya selepas keadaan telah selamat.
Contoh-Contoh
- Harus orang yang sedang solat melarikan diri apabila melihat bumbung masjid akan runtuh ke atas kepalanya.
- Seorang yang solat di tepi jalan melihat kenderaan terbabas menuju ke arahnya.
- Orang yang sedang solat di dalam rumah melihat api mula menyala membakar rumahnya.
- Seorang yang solat di dalam hutan melihat harimau menuju ke arahnya.
- Datang pencuri hendak mengambil harta orang yang sedang solat.
- Datang pembunuh kepada orang yang sedang solat dan seumpamanya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
perluke solat semula atau ganti selepas selamatkan diri?
Ya perlu ganti kalau solat fardu