Hukum Berhenti Fatihah Untuk Mengucap Amin Bersama Imam

Berhenti Fatihah Mengucap Amin

Apakah hukum berhenti fatihah untuk mengucap amin bersama imam?

Adakah batal bacaan fatihah tersebut dan perlu ulang semula?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika sedang membaca Al-Fatihah apakah hukumnya makmum berhenti membaca sekejap sebab menyebut amin bersama imam?

Dan begitu juuga kalau makmum belum habis baca fatihah dia turun sujud sajadah maka adakah kena baca semula fatihah selepas bangun dari sujud sajadah itu?


JAWAPAN

Telah menyebut oleh Imam Abu Al-Husain As-Syafie:

Maka jika makmum menegur akan selain imam atau menjawab azan pada pertengahan baca fatihah nescaya terputus bacaannya.

Dan jika makmum menegur atas imam atau membaca amin dengan amin imam atau sujud tilawah pada pertengahan membaca fatihah maka adakah terputus bacaan fatihahnya?

Pada masalah ini ada dua wajah : Yang pertama telah berkata Imam Al-Qaffal dan Abu Ali At-Tabari dan Qadhi Abu Tayyib : Tidak putus bacaan fatihahnya dengan sebab yang demikian itu kerana sungguhnya adalah perkara yang disuruh dengannya maka tidak memutuskan akan bacaan.”

(Kitab Al-Bayan)

KESIMPULAN

Jika makmum sedang membaca fatihah lalu imam membaca amin maka disunatkan bagi makmum itu menyebut amin bersama dengan sebutan imamnya.

Dan bacaan fatihahnya tidak terputus yakni makmum tersebut tidak perlu membaca fatihah dari awal bahkan dia hendaklah menyambung bacaan fatihah pada tempat yang terhenti tadi.

Dan begitu juga jika sedang baca fatihah lalu turun makmum untuk sujud tilawah bersama imam maka selepas bangun dari sujud tilawah itu dia tidak perlu membaca fatihah itu dari awal bahkan dia boleh menyambung pada tempat yang dia berhenti tadi.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments