Hukum Bercakap Ketika Sedang Mengambil Wuduk

bercakap ketika sedang mengambil wuduk

Apakah hukum bercakap ketika sedang mengambil wuduk?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika mengambil wuduk apakah hukumnya kalau orang bercakap dan berbual-bual?


JAWAPAN

Hukum bercakap ketika sedang mengambil wuduk adalah makruh jika tiada hajat dan wuduknya itu sah maka disunatkan seorang itu meninggalkan bercakap dan berbual ketika mengambil wuduk.

Ada pun jika bercakap kerana hajat maka hukumnya adalah harus tidak makruh.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar pada kitab Minhajul Qawwim :

Dan sunat bahawa tidak berkata-kata pada sekelian wuduknya.”

Dan tersebut pada kitab I’anah At-Talibin :

Maksud meninggalkan berkata-kata itu ialah disunatkan meninggalkan bercakap pada ketika sedang mengambil wuduk.

Dan maksud tanpa hajat itu ialah bercakap tanpa keperluan.

Ada pun bercakap kerana ada keperluan seperti menyuruh perkara ma’ruf dan mencegah kemunkaran maka jangan meninggalkannya bahkan terkadang wajib seperti apabila orang yang sedang berwuduk melihat orang buta yang berjalan menuju ke perigi.”

Kesimpulan

Bercakap atau berbual ketika berwuduk itu makruh tidak haram tetapi meninggalkan bercakap ketika wuduk itu adalah adab yang baik.

Jika ada keperluan maka harus bercakap ketika berwuduk.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Adalah
Adalah
3 tahun yang lalu

Kenapa tak boleh berbual ketika berwudhu

Froggy Lagend
Froggy Lagend
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz.

  • Semasa saya mengambil wuduk saya selalu lafaz Allahuakbar dan Astaghfirullah.Boleh kah ni ustaz?