Bagaimana Nabi Berselawat Dalam Tasyahud?

Nabi Berselawat Dalam Tasyahud

Bagaimana Nabi SAW berselawat dalam tasyahud?

Adakah Nabi berselawat ke atas diri sendiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ada satu kemusykilan tentang bagaimanakah bunyinya Nabi berselawat ketika dalam tasyahud sembahyang? Kalau selawatnya sama dengan bacaan selawat kita tidakkah dikatakan Nabi selawat atas diri sendiri?


JAWAPAN

Bacaan selawat yang dibaca oleh Nabi saw samada di dalam sembahyang atau diluarnya adalah sama dengan apa yang Nabi saw perintahkan kita membacanya.

1. Diriwayatkan daripada Malik bin Al-Huwairis Rasulullah saw telah bersabda:

صلُّوا كما رأيتُموني أُصلِّي

Maksudnya:

Hendaklah kamu semua sembahyang sebagaimana aku telah sembahyang.”

(Hadith Imam Bukhari)

Oleh kerana itu Nabi saw mengucapkan selawat ke atas dirinya sendiri.

2. Telah meriwayatkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajr dari Kaab bin ‘Ujrah r.a. :

عن النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه كان يقولُ في الصَّلاةِ: اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ

Maksudnya:

Daripada Nabi saw bahawasanya baginda berkata di dalam sembahyang : Ya Allah selawatkan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.”

(Kitab Al Mawahib Al-Laduniah dan Imam Az-Zahabi ada meriwayatkan dan Kaab bin Malik)
3. Kerana itu para fuqahak berkata:

وقد كان الرسول صلى الله عليه وسلم يصلّي ويسلم على نفسه في الصلاة

Dan sungguh adalah Rasulullah saw berselawat dan ucap salam atas dirinya sendiri di dalam sembahyang.”

(Dikutip dari perkataan Imam Az-Zarkasyi dan Syeikh Zakaria Al-Ansari)

Dan keadaan berselawat atas diri sendiri itu tiada apa kesalahan sebagaimana kita mendoakan diri sendiri.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments