Adakah Sah Solat Wanita Yang Tidak Bertudung?

Solat Wanita Tidak Bertudung

Adakah sah solat wanita tidak bertudung?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Seorang perempuan yang berkerjaya apabila dia keluar dari rumah ke tempat kerja atau bersiar-siar dalam keadaan tidak menutup rambutnya dengan tudung tetapi tidak meninggalkan solat lima waktu.

Soalan saya apakah hukum solat yang dia kerjakan?


JAWAPAN

Berkenaan dengan solat yang dikerjakan oleh perempuan tersebut yang mendedahkan rambutnya di khalayak ramai maka jika sempurna segala rukun dan syaratnya nescaya solat perempuan tersebut itu sah dan apabila solat ia dalam keadaan ikhlas nescaya solatnya akan di terima oleh Allah Taala.

Ada pun perbuatan perempuan tersebut yang tidak memakai tudung iaitu mendedahkan kepala dan rambut ketika keluar dari rumah adalah satu perbuatan yang haram dan maksiat kerana kepala perempuan adalah aurat yang wajib ditutup dari dilihat oleh lelaki ajnabi.

Tersebut pada Fatwa Majlis Islam Palestin:

Sesungguhnya ibadah itu apabila sah segala rukunnya dan segala syaratnya maka diharap akan qabulnya dengan izin Allah Taala apabila adalah ia ikhlas bagi Allah.

Akan tetapi kami ingatkan bahawa menanggalkan tudung kepala adalah dosa besar yang mana nanti dia akan disoal dan dihisab dan dihukum atasnya melainkan bahawa Allah memaafkannya dengan kurnia dan ihsan-Nya.

Kerana itulah wajib ia bersegera kepada taubat dan kembali kepada mentaati Allah Taala.

Maka sungguhnya tabarruj itu ialah daripada perbuatan kafir jahiliyah dan sungguhnya telah sabit dengan keadaannya itu amaran yang bersangatan dari sunnah.

Telah meriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab Sahihnya dan Imam Ahmad pada Musnadnya sabda Nabi saw : Dua golongan ialah dari ahli neraka yang antaranya ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang melihat kepada lelaki dan lelaki melihat kepadanya yang kepalanya seperti bonggol unta.

Dan pada satu Riwayat perempuan tersebut tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan mencium bau wangi syurga yang mana wangi syurga itu dapat dicium dari jarak perjalan demikian-demikian.

Maka hendaklah kamu takut akan satu sebab dari beberapa sebab fitnah ke atas kaum Muslimin dan menyesatkan mereka maka kamu yang akan menanggung dosa kamu dan dosa manusia dengan sebab yang demikian itu dan dosa kamu itu akan membinasakan segala amalan baik kamu dan memadamkan pahala solat dan puasamu.”


Kesimpulan

Solat perempuan yang cukup segala syarat dan rukun adalah sah walau pun ketika keluar rumah dia tidak memakai tudung untuk menutup kepala dan rambutnya.

Perempuan yang tidak menutup kepala dengan tudung adalah perempuan yang membuka aurat dan perempuan yang membuka aurat ini adalah berdosa tiap kali dia keluar dari rumah sekali pun dia sembahyang lima waktu.

Sekali dia keluar rumah maka sekali dikira melakukan dosa dan seorang yang melihat kepala dan rambutnya dan lehernya maka dia mendapat lagi satu dosa dan jika seribu orang yang melihat auratnya pada hari itu maka dia akan mendapat seribu dosa.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments