Pasangan yang terbaik| We all need partners by Nile-Paparazzi
Memang kita sukar meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Selalunya apabila tatkala kita berada dipersimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik, kita sering memejamkan mata dan meneruskan langkah, dengan menaruh harapan itulah yang terbaik buat kita.
Menjemput jodoh memerlukan usaha | image by by screamst
Artikel ini membantu individu bujang yang ingin dan sedang menjemput jodoh. Ia adalah artikel yang saya tulis semula daripada menonton video Cara Cepat Dapat Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam rancangan Wasata Hati.
Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang.
Bahasa lain, design our destiny.
Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju.
Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.
Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah.
Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?”
Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa.
Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.
Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan? Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda. Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang. Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan? Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan. Sama ada …
Masih belum berkahwin menjadi punca dilemma? | a little reminder by plastickheart
“Saya gadis berusia 30 tahun.
Sampai sekarang, masih belum ada pemuda yang ingin meminang saya. Hal ini bukanlah penyebab kepada penderitaan & kesedihan yang saya rasakan.
Saya tahu bahawa perkahwinan itu sudah menjadi ketentuan daripada Allah SWT.
Saya juga tahu bahawa masih banyak perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin, seperti redha Allah dan redha kedua ibu bapa, perlindungan Allah SWT dan kesihatan yang baik.
Saya juga tahu masalah ini dialami oleh ramai wanita pada waktu sekarang ini.
Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah kerisauan yang melampau oleh ibu saya kerana sampai sekarang saya masih belum berkahwin.
Selain itu, ibu saya juga sering merasa tidak selesa jika salah seorang ahli keluarga atau saudara mara bertanya mengapa saya masih belum berkahwin.
Saya juga merasa sangat hiba kerana teman-teman perempuan saya yang suka menjerat saya dengan soalan yang sangat menyusahkan seperti ini.
Kadang-kadang saya terpaksa meminta diri meninggalkan mereka dan berpura-pura tidak mendengar pertanyaan mereka. Saya berasa sangat malu menjadi bahan ejekan mereka.
Saya hanya mahu penyelesaian yang boleh membuatkan saya terbebas dari keadaan yang sangat menyusahkan ini..”