Orang Sukar Tidur Tidak Bahagia & Berpotensi Untuk Sakit Mental

sukar tidur
Sukar tidur | Sleep 2 by Aharvik

Antara salah satu tanda kita sedang menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur.

Kegelisahan yang berlaku sewaktu hendak tidur menunjukkan minda berserabut dengan pelbagai perkara yang masih tidak selesai.

Itu juga menunjukkan bahawa kita tidak bahagia dalam hidup.

Orang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

Tidur benar-benar dijadikan ruang untuknya berehat.

Sesetengah orang menganggap sukar tidur sebagai fenomena yang tiada penawar. Mengapa ini terjadi?

Bukankah sewaktu kepala diletakkan diatas bantal adalah waktu untuk bertenang dan berehat sepenuhnya? Bukankah apabila kita hendak tidur, memang sebenarnyalah kita betul-betul hendak tidur?

 

Tetapi Mengapa Kita Sukar Tidur?

sukar tidur
sukar tidur

Mengapa mata tidak mahu lelap?

Jawapan yang mudah dan mungkin diketahui oleh semua orang adalah berpunca daripada cabaran dan tekanan perasaan yang sentiasa dihadapi pada waktu siangnya.

Jadi, jika anda sukar tidur, itu tandanya anda sedang menghadapi tekanan mental dalam hidup anda.

Jika anda terus gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, ada harapan anda akan mendapat penyakit mental.

Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti

Sebenarnya tidur ada dua macam, iaitu tidur yang sekadar tidur dengan tidur yang benar-benar tidur. Dalam perkataan lain, tidur yang berkualiti dengan tidur yang tiada kualiti.

Bukan telur sahaja ada gred A, B, C dan D. Tidur juga ada gred-grednya tersendiri.

Seseorang yang tidur secara berkualiti (Gred A) akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuhnya. Jika dia tidur enam jam, seolah-olah dia telah tidur selama 18 jam.

Wah, beruntungnya dia. Ini bermakna bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.

Tidur berkualiti ini boleh juga diistilahkan sebagai tidur mati. Lihat orang yang tidur mati, alangkah nikmatnya. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman.

Lihat pula orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, mengelasau, mengigau dan mungkin merapu, bercakap dan menjerit-jerit. Lebih kronik, ada yang boleh bangkit dan berjalan-jalan dalam keadaan tidur.

Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Tidur yang tidak berkualiti biasanya akan membabitkan prestasi pada siang hari.

Seseorang yang sepatutnya mendapat tidur selama 7 jam, tetapi gagal mendapatkannya, akan rasa agak mengantuk pada keesokan harinya.

Dia kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang bersemangat.

Semakin sedikit jumlah tidurnya daripada yang diperlukannya, semakin lemahlah dia daripada garisan kecemerlangan. Mungkin semakin keraplah dia melakukan kesilapan.

Akhirnya dia akan dilihat sebagai insan yang tidak bahagia.

Mungkin anda bertanya, jika demikian, tidak bolehkah mengurangkan waktu tidur untuk membina kecemerlangan?

Untuk menambahkan persediaan menghadapi peperiksaan, tidak bolehkan seseorang pelajar itu mengekang mata sehingga lewat malam mentelaah pelajaran?

Untuk menambah pendapatan seseorang pekerja itu menggagahkan diri berkerja lebih masa sehingga syif malam?

Untuk menyiapkan novel, seseorang penulis berhempas pulas menulis hingga untuk bernafas pun tidak berkesempatan?

Jawapannya adalah tidak boleh dan juga boleh.

– Tidak boleh kerana tubuh kita memang memerlukan tidur yang mencukupi. Itu hakikat hidup dan rutin biasa bagi seseorang yang normal.

Apapun keadaanya cubalah dapatkan tidur yang mencukupi. Ayam pun perlu tidur, inikan pula manusia.

– Boleh kerana kadangkala tubuh kita boleh disesuaikan dengan keperluan-keperluan mendesar, situasi terdesak dan didesak.

Maksudnya, ada ketikanya kita boleh terus gagah walaupun tanpa tidur yang mencukupi. Tetapi jangan terlalu kerap dan berterusan.

Sesekali untuk melayan keadaan-keadaan , terdesak dan didesak itu memang patut  dan tubuh kita pun memang terbina untuk  berdepan dengan suasana-suasana yang tidak diduga seperti itu.

Pendek kata, lihat diri sendiri dan kaji keperluan tidur masing-masing.

Tidur seketika pada siang hari.

Produktiviti kita juga akan meningkat apabila tidur sebentar selepas makan tengah hari. Tidurlah sebentar diwaktu siang untuk mengganti tidur malam kita yang hilang itu.

Tetapi kita perlu bijak bila ingin tidur siang. Walaupun tidur siang adalah cara yang baik untuk menggantikan tidur kita yang hilang, terutama bagi mereka yang telah berusia, namun ia juga boleh membuatkan imsomnia  kita semakin teruk.

Jika ini adalah masalahnya, pertimbangkan untuk tidak tidur pada waktu siang. Jika tidak boleh dan memang perlu untuk tidur siang, hadkan tidur siang kita itu hanya sekitar 30 minit sahaja.

 

Jika anda mengalami masalah sukar tidur, disini saya kongsikan 12 cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita tidur:

  1. Meminta maaf dan memaafkan setiap kesalahan orang terhadap kita
  2. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.
    sukar tidur
    sukar tidur
  3. Jangan berangan-angan tanpa noktah.
  4. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.
  5. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.
  6. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentu. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.
  7. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.
  8. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat rilaks untuk tidur.
  9. Pastikan suasana bilik selesa. Anda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.
  10. Kaedahnya yang saya amalkan ialah membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), berselawat, syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman-teman setiduran.
  11. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.
  12. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu reality.

 

 Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي


Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

 

Keterangan & Petua Beramal

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit sukar tidur malam yang menimpanya, lalu baginda mengajarnya doa di atas.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW  ini .

Menurut pengarang buku doa & rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

 

Penutup

Akhir sekali, tahukah anda, ada orang oleh kerana kualiti tidurnya amat baik, dia mendapat ilham sewaktu tidur, mendapat mimpi-mimpi baik untuk untuk menunjuki jalan, untuk membuat keputusan, untuk membuat keputusan, untuk memilih antara dua perkara yang sama berat dan sama menarik malah untuk menyelesaikan masalah.

Kunci atau rahsia untuk senang tidur, adalah cuba dan temui setiap perkara yang terbaik untuk kita.

Kerana apa yang berkesan terhadap orang lain, mungkin tidak memberi kesan terhadap kita.

Jangan mudah mengalah dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diberi jalan olehNya untuk merasai nikmat tidur, dijauhkan dari ketidakbahagiaan dan tekanan mental.

Selamat mendapat tidur yang selesa dan berkualiti!

Selepas membaca artikel ini, sila kongsikan kepada rakan-rakan atau keluarga anda yang mengalami masalah sukar tidur. 

Semoga memberi manfaat kepada semua =)

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari akuislam.com melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

16 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
ainun
1 tahun yang lalu

Kini baru saya tahu saya dalam kategori yang mana … Huhu terima kasih. Insha allah, saya akan cuba amalkan doa tersebut.

Sham
1 tahun yang lalu

Salam,

Sesiapa yg sangat2 perlukan ubat tidur yg bagus, boleh email kat sy…

[email protected]

Harap dpt membantu…insyaAllah…

Meow Meow
3 tahun yang lalu

Terima kasih untuk perkongsian yang sangat baik. Nak cuba amalkan yang ke10 tu lah.. :)

Mohamad Rahmat Bin Mat Noor
4 tahun yang lalu

Hello, sy ada masalah diri tapi kadang 2 sy X dapat selesaikan masalah kerana sy malu bah X call sy 0174599850

asykin
4 tahun yang lalu

Thanks untuk perkongsiannya . minta izin copy n post lam group ya