Dilema Masih Belum Berkahwin Takut Bergelar Anak Dara Tua

belum berkahwin
Masih belum berkahwin menjadi punca dilemma? | a little reminder by plastickheart

“Saya gadis berusia 30 tahun.

Sampai sekarang, masih belum ada pemuda yang ingin meminang saya. Hal ini bukanlah penyebab kepada penderitaan & kesedihan yang saya rasakan.

Saya tahu bahawa perkahwinan itu sudah menjadi ketentuan daripada Allah SWT.

Saya juga tahu bahawa masih banyak perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin, seperti redha Allah dan redha kedua ibu bapa, perlindungan Allah SWT dan kesihatan yang baik.

Saya juga tahu masalah ini dialami oleh ramai wanita pada waktu sekarang ini.

Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah kerisauan yang melampau oleh ibu saya kerana sampai sekarang saya masih belum berkahwin.

Selain itu, ibu saya juga sering merasa tidak selesa jika salah seorang ahli keluarga atau saudara mara bertanya mengapa saya masih belum berkahwin.

Saya juga merasa sangat hiba kerana teman-teman perempuan saya yang suka menjerat saya dengan soalan yang sangat menyusahkan seperti ini.

Kadang-kadang saya terpaksa meminta diri meninggalkan mereka dan berpura-pura tidak mendengar pertanyaan mereka.  Saya berasa sangat malu menjadi bahan ejekan mereka.

Saya hanya mahu penyelesaian yang boleh membuatkan saya terbebas dari keadaan yang sangat menyusahkan ini..”

 

Bertenanglah Saudariku Yang Masih Belum Berkahwin

Agar kita boleh melepaskan diri dari masalah yang selalu meresahkan ini, pertama kita harus memandang masalah ini dengan dengan pandangan yang sungguh berbeza.

Ramai gadis seusia anda yang masih belum dipinang oleh lelaki.

Akan tetapi, mereka tidak terlalu memperbesarkan perkara itu, seperti yang anda lakukan.

Tidak seorangpun dari mereka yang menyebut dirinya sebagai ‘anak dara tua’.

Mereka juga tidak berusaha menenangkan diri dengan mengatakan bahawa ada perkara-perkara lain yang lebih penting daripada berkahwin. Anda terasa pilu kerana belum juga berkahwin.

Inilah sebabnya saudara merasa sedih apabila orang lain seakan-akan menyindir anda.

Ayuh, marilah kita menggantikan perasaan dan pemikiran itu tadi dengan perasaan optimistik, ‘inner beauty’, menjaga penampilan, selalu tersenyum, serta memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar pada masanya nanti Dia menganugerahkan seorang suami yang sesuai untuk saudari.

Kalau tidak di dunia, di Syurga sana InsyaaAllah.

Ditambah dengan memanfaatkan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat dan menyenangkan, serta tidak mengingkari keperluan atau keinginan saudari untuk berkahwin.

Jangan membuat jiwa saudari menjadi lemah dengan menyebut diri saudari sebagai anak dara tua.

Kerana hal ini boleh menimbulkan kesedihan, menjadikan kita pesimis terhadap kehidupan ini, serta memperlakukan diri seolah-olah telah tertinggal ‘kereta’ perkahwinan.

Jika perkara ini terjadi, maka saudari telah membuat para lelaki semakin menjauhi saudari tanpa disedari.

Selain itu, mengenai ibu dan teman-teman anda, jelaskan kepada mereka bahawa sampai sekarang belum ada calon suami yang sesuai untuk anda.

Ini bukan bohong, tetapi bertujuan mengalihkan perbicaraan dengan santai dan tidak menunjukkan emosi.

 

Kita Tidak Perlu Berasa Malu

Ini adalah hal yang wajar.

Kita perlu ingat, ramai gadis yang berbohong di saat mereka bercerita mengenai pemuda yang telah melamar mereka.

Saya berharap anda tidak melakukan perkara sebegitu. Jangan terlalu resah memikirkan masalah ini.

Segera membuang pemikiran yang keliru yang bersarang dalam fikiran anda bahawa bila belum adanya pemuda datang melamar, bermakna terdapat kekurangan pada diri anda atau kewanitaan yang dimiliki.

Aturlah gaya hidup dan cara dalam berpakaian.

Apakah kita akan berjalan dengan muka yang masam cemberut?

Bersifat garang dan bengis terhadap keluarga dan kenalan?

Apakah kita ingin dikatakan sebagai seorang yang kedekut?

Keras kepala atau mempunyai sifat-sifat buruk yang lain?

Hal-hal seperti ini kadangkala boleh mencemarkan nama baik seseorang gadis dan menyebabkan para lelaki takut mendekatinya.

Oleh manfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, muhasabah baik-baik diri kita tingkatkan kelebihan-kelebihan yang kita miliki di semua sudut, tanpa terburu-buru dan belebihan.

Setelah itu, tenangkanlah diri, bergembira dan sibukkanlah diri untuk mengubah hidup kita menjadi lebih.

Buanglah segala fikiran yang negatif dan jangan bairkan ia mengisi ruang hidup sehingga kita menderita kerananya.

InsyaaAllah :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

21 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
mohamad suka dara
mohamad suka dara
5 tahun yang lalu

kepada dara yang berusia dan belum berkahwin boleh hubungi saya untuk berkenalan

Dan
Dan
Reply to  mohamad suka dara
4 tahun yang lalu

Ya ke

MAR
MAR
6 tahun yang lalu

mcm mana nk stop kn mulut2 puake tu… bila gaduh gan saudara mara..mula laa ungkit kesah dulu2.. time diorg jaga kecik2 dulu.. hm.. nmpk sngat tak ikhlas dri sudut tu!!!…

mak sy ni, die dengar ckp akk2 die.. termasuk anak buah kesayangan die..

so..sy sebagai anak die..dh mcm ” orang luar”
ada akk pon x boleh pakai..

salah ke, sy ni jaga hati sy sendiri..??

kenapa mesti nk jaga hati orang lain?

hati sendiri yang pecah berderai..

#kecewa

azimah
azimah
7 tahun yang lalu

saya pon mengalami benda yg sama..lagi perit bila makabah sy dijemput ilahi..sy tiada tempat untuk luahkan perasaan yg tersemat dihati..huhu..moga ada jodoh sy tahun ini..aameen…

Fajar Sodik
Fajar Sodik
7 tahun yang lalu

Sebenernya jodoh udh ditentukan sang kholik, hanya kita yg perlu mengambilnya sendiri..
Mau diambil lewat jalan baik atau mau diambil lewat jalan buruk,
Mau diambil sekarang atau nanti.
Pilihan ditangan kita ^_^

Sufiah
Sufiah
8 tahun yang lalu

Chillex!! Soal jodoh ni, walau macam mana kita dok fikir pun takkan ada jawapan.. Jodoh kan rahsia Allah! Hihihi.. Sentiasa khusnudzon pada Allah! Letakkan pengharapan sepenuhnya pada Dia..

Mungkin ada yg rasa tak boleh terima nasihat diatas, saya faham. Saya pun pernah lalui benda tu semua, even masa tu baru 24 thn kot..huhu.. Last2, saya ckp kt org yg bertanya tu(sbb dia selalu tanya bila nk kawen), ‘awk tanya saya bila nk kawen, mcm awak tanya saya bila nak mati!’ Terdiam terus org yg bertanya tu..hahaha..

Biarkanlah orang nak bertanya, dorang ‘concern’ tu sebenarnya! Ataupun mungkin jeles kot, sebab kita SINGLE, INDEPENDENT, INTELLIGENT, YOUNG and FREE! Hehehe.. Org melayu ni, SENSITIF TAPI TAK SENSITIF! Kita sensitif segala perkara berkaitan hati dia, tapi tak sensitif bila masuk bab hati org lain..(mujur duduk jauh dari komuniti melayu skrg ni, fuuhhhh!!)

Walau apa pun terjadi, life must go on. Enjoy your life to the fullest! Try buat benda yg enjoy, sebelum terikat dengan komitmen.. Gembirakan hati parents, family, hang out dengan kawan2 yg single jugak, travel, further study, dan sebagainyaa..

Lagipun, our purpose of life is not marriage, kan?? :)

mas
mas
8 tahun yang lalu

saya juga mengalami sama seperti yg akak alami. kadang2 kita mencuba sehabis baik untuk memberi respon yg baik apabila ditanya tentang perkahwinan, tapi seringkali sy agak marah dan berkecil hati jika disoal. apatah lagi jika soalan dan desakan tersebut dari ibu bapa saya.. sy selalu berdoa kepada Allah, dan saya yakin Allah akan memberinya apabila sampai waktu yang betul..

Hamba Allah
Hamba Allah
8 tahun yang lalu

Saya nak share juga disini. Saya juga berusia hampir 30thn. Belum ada calon juga. Mungkin sebab kekecewaan & kesakitan lalu buat saya sedikit sebanyak rasa “serik”. Tapi bagi saya ini adalah terbaik, sebab saya tak perlu menghabiskan masa terhadap sesuatu yang belum pasti & saya punya masa untuk menggembirakan mak & ayah saya.

Berkenaan pertanyaan & soalan dari sekeliling. Tipulah saya katakan saya tak terasa. Saya anak bongsu dan kakak saya semua telah berkahwin. Perit juga telinga bila saudara mara mengusik (Niat mereka untuk bergurau walhal mereka langsung tak sedar saya berkecil hati) “eh, kesiannya sekarang dia seorang je teman mak ayah. Kakak semua dah diambil orang”. Saya diamkan, dan senyum kelat. Dan mulalah pertanyaan “Bila nak kahwin?”, “tak ada calon lagi ke?” semua keluar. Memandangkan semua sepupu yang sebaya saya sudah kahwin dan beranak pinak.

Sunyi? Lagi lah tipu kalau saya tak rasa sunyi. Lagi bila melihat news feed di Facebook, hampir 80% kawan-kawan semua mengupload gambar bahagia bersama suami, anak-anak & mertua dan sbgnya. Terasa, tapi apa boleh saya buat? Doa dalam hati, insyaAllah akan sampai masa untukku nanti.

Tapi saya nak pesan, bukanlah sesuatu yang keji & buruk jika kita belum ada pasangan. Pertama, mungkin kita belum sepenuhnya bersedia, jadi Allah tangguhkan pemberian “jodoh” pada kita. Kedua, Allah mungkin nak kita berbakti kepada kedua ibu bapa mungkin sebab selama ini kita belum cukup berbakti kepada mereka. Ketiga, Allah taknak kita berhenti berharap. Teruskan berdoa, istiqamah & berharap Allah beri yang terbaik untuk kita, kurniakan pasangan yang baik, yang menjaga kita sebaiknya. Amin. Dan saya doakan juga untuk saudari-saudari sekalian.

Be strong! And you are not alone :)

arabella
arabella
Reply to  Hamba Allah
8 tahun yang lalu

Terima kasih kak… sye berumur 27thn dan juga belum ada calon lagi. memamg betul kata akak. Allah mungkin nak kita berbakti kepada kedua ibu bapa mungkin sebab selama ini kita belum cukup berbakti kepada mereka. Tahun lepas mak saya sakit dan memerlukan pembedahan yang segera di hospital. nasib baik saye ada, dan boleh membuat loan bg menampung kos pembedahan tersebut di samping menjaga beliau sepanjang berada di hospital. Alhamdulillah sekarang dah ok. Saya sangat bersyukur kerana tuhan memberi saya peluang berbakti kepada ibu bapa saya.

laily
laily
9 tahun yang lalu

Hmmm….sy pun masih sendiri walaupun umur hampir 41 tahun…sy rasa sy ada segalanya ( kerjaya yang hebat…rupa mungkin sederhana ) tapi mungkin jodoh belum tiba…sy masih berharap dan percaya jodoh itu ketentuannya…jangan sedih….berdoa …

Mohamad Salleh
Mohamad Salleh
Reply to  laily
8 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt
Klu macam tu bleh lah memibang awak untok menjadi isteri no 2.
Tp masaalah nye awak tak kan mau kan?
Lg pun sya sudah berumor juga. Sudah bersara hampur 2 tahun.
Anak anak sya semua nye dah berkerje.

rohasdi
rohasdi
Reply to  laily
8 tahun yang lalu

contack me…

cik sal
cik sal
Reply to  laily
6 tahun yang lalu

assalamualaikum..
sy sgt kagum dgn akk .. walau di usia begini akk ttp tabah .. kipidap kak .. don’t give up.. insyaallah jodoh akk ada..

mohamad suka dara
mohamad suka dara
Reply to  laily
5 tahun yang lalu

laily -assalamualaikum. saya mohamad suka dara. ingin berhubungan dengan laily sekranya masih single.

Dan
Dan
Reply to  laily
4 tahun yang lalu

Ye ka

aku
aku
9 tahun yang lalu

cakap memang senang,nasihat memang mudah tapi amat perit pada yang merasainya.tiap malam menangis sendirian harapkan esok akan ade keajaiban yang berlaku,harapkan esok akan ade kisah cinta buat diriku..pilu saat tgok oranglain ade pasangan sambil meratapi diri sendiri yang kesorangan.berfikir apa salahku sehingga tiada yang ingin memilhku,berusaha ,berdoa semua telah ku lakukan..hingga aku sangat berputus asa.pasangan di syurga ? adakah tmpat disyurga buatku ?

amnesia
amnesia
9 tahun yang lalu

apa jadi kalau kisah kakak ni terjadi dekat aku???