“Susahnya Menjadi Wanita Islam” Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita muslimah”, Mereka mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas. Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana …
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui..
Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.
Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain.
Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya.
Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.
Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya.
‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.”
— HR Muslim
Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib ra menceritakan bahwa Rasulullah bersabda:
”Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.”
— HR Bukhari dan Muslim).
Mari bersihkan hati bermula pada Ramadhan kali ini
Hadis ini memberikan gambaran yang sangat indah.
Hati manusia sebenarnya bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga sinarnya menjadi tidak nampak.
Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.
Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.
“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”
Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S.
Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya.
Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”