Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia — tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka menulis.
Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.
Mengapa?