Bila Kita Ditakdirkan Untuk Berkulit Gelap

Berkulit Gelap

Berkulit gelap itu juga indah | Black Bird by ~ Du Pipkin

Saya seorang gadis yang dikurniakan kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik.

Semua orang memanggil saya “Si Hitam” termasuk guru-guru saya.

Saya akui, kulit yang berwarna gelap dan wajah yang tidak cantik telah menjadi suatu bahan hinaan kepada saya. Itulah yang membuatkan saya berasa amat sedih..

 

Hinakah Bila Berkulit Gelap?

Kulit hitam bukanlah aib.

Di dunia ini, ramai sekali orang yang tidak mempunyai perasaan yang sama sekali dan selalu menyakiti orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan telinga.

Dalam situasi ini, kita juga harus ingat bahawa kadang-kadang ada sebahagian orang yang tidak bermaksud untuk menyinggung, tetapi ada juga memang sengaja hendak menyakiti hati kita.

Terhadap orang yang sebegini, kita tidak perlu untuk menghiraukan hinaannya, serta tidak memberi kesempatan kepadanya untuk menyakiti dan melukai hati kita.

Baca Sepenuhnya

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah

 Lafaz Sakinah
Lafaz Sakinah | waiting….by ~thresca

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah..

Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan, soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”.

Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya.

Pasti. Peluh besar.

Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook.

Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing.

Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.

Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya.

Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum.

Baca Sepenuhnya

Tips Melawan Kesedihan Dan Kekecewaan Bila Ia Datang Menyapa

kesedihan dan kekecewaan
kesedihan dan kekecewaan | Broken heart by ~beetleman

Ramai yang menitiskan air mata di saat sedih, kecewa. Setiap manusia sudah diciptakan begitu. Inilah yang dinamakan fitrah.

Namun, kadang-kadang, kesedihan dan kekecewaan kita itu berpanjangan.

Ramai yang sedih kerana kehilangan sesuatu yang di sayangi, kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan pelbagai lagi.

Semua ini lah yang dinamakan mehnah dan juga tribulasi buat kita semua di dunia ini. Sukar dan perit untuk melalui semua ini.

Jadi di sini, ingin saya berkongsi sedikit bersama sahabat dan juga seluruh pembaca tentang bagaimana untuk kita mengurangkan rasa sedih dan kecewa itu.

Dengan harapan semua ini dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya.

Baca Sepenuhnya

Kasih Ayah. Saat Lafaz Sakinah

kasih ayah
kasih ayah | In my Father’s Arms
by ~Tazzer27

Kasih Ayah. Saat lafaz sakinah

aku mendekati abah yang termenung di tangga rumah. hajat di hati nak ajak abah makan. dari pagi sampai malam sibuk abah melayan tetamu sampai tak sempat isi perut sendiri.

“abah, umi panggil makan. nasi dah nak sejuk” kata aku berbasa basi.

abah senyap.

“dari pagi abah tak makan kan. umi dah panaskan lauk kenduri tadi. gulai kambing pun sempat umi simpan untuk abah. rugi tau tak makan” sambung aku lagi, memancing abah untuk makan. abah memang gemarkan daging kambing. manis katanya.

“macam mana agaknya along kamu ni ye, achik. dah kahwin dah pun dia.” sayu abah menuturkan.

“abah..” aku cuba mencelah

Baca Sepenuhnya