Rebah bangun dalam perjalanan itu juga berasa ringan dengan nasihat dan teguran daripada jemaah persekitaran.
Saya benarkan pendapat yang ini.
Tambahan, yang memberi ilham untuk menasihati dan memberi teguran semuanya juga dari Allah. Setuju.
Jalan mencari redha Allah ini sukar, berliku, penuh duri. Itu semua tahu.
Maka tak hairanlah, langkah pertama ke arah kebaikan kadang-kadang tidak disambut baik oleh persekitaran.
Persekitaran mungkin agak luas rangkumannya, bagi tujuan penulisan ini, baik kita khususkan pada sahabat dan keluarga, tulang belakang segala cita dan cinta.
Semua yang mereka mahu aku cuba dapatkan. Apa yang mereka perlu, aku cuba cukupkan.
Tapi, bila tiba masa aku…”
Hajar diam. Tangannya di dahi, matanya layu memandang siling.
“Aku minta maaf. Aku juga sebahagian daripada mereka.”
“Aku tak maksudkan kau, Sara. Orang lain…”
“Ya, tetapi setidak-tidaknya pelajaran kepada orang lain itu pun perlu aku sematkan di dalam dada. Cuma yang perlu kau tahu, aku dan orang-orang lain itu manusia. Kami tak tak lepas daripada kesilapan.”
Nada Sara rendah. Mudah-mudahan ia berhasil sebagai pujukan kepada hati Hajar yang terluka.
“Aku bukan mengharap, tetapi tak bolehkah aku diberi sedikit penghargaan?”
“Siapa tempat kau berharap? Mereka atau Allah?”
“Mengharap Allah itu pasti, tetapi bila kebaikan yang kita buat dibalas tuba, aku rasa tak adil untuk aku…”
Sara pejam mata. Ada getar di dalam hati. Selalu perkara beginilah yang paling dia takuti. Takut perasaan begini singgah di sanubari, baik ke atas dirinya sendiri, mahupun kaum keluarga dan teman terdekat, seboleh-bolehnya isu baik dibalas tuba inilah yang cuba diperbetul persepsinya.
“Kita akan selalu kecewa jika harapan kepada manusia kita letakkan lebih tinggi daripada harapan kepada Allah. Allah itu Maha Baik, baik atau buruk sesuatu kejadian, pada setiapnya terkandung hikmah bagi yang berfikir. Boleh jadi, kebaikan yang dibalas kejahatan ini sebagai salah satu cara Allah untuk mengajar kita tentang ikhlas”.
Pernahkah anda semua berharap agar sentiasa dimurahkan rezeki dan mempunyai perjalanan hidup yang sentiasa lancar?
Maksud saya keadaan hidup yang jarang sekali melalui keadaan-keadaan seperti kesempitan wang, penyakit dan ditimpa musibah. Hidup yang sentiasa tenang dan jarang sekali untuk pening kepala dalam memikirkan masalah yang menimpa hidup.
Memang, tiada manusia yang tidak pernah terlepas dari masalah hidup. Dan tidak semua manusia dikurniakan rezeki yang sama oleh Allah SWT.
Namun kita semua boleh memohon dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup kepada Allah. Bagaimana caranya?