- Bahasa Arab adalah bahasa Syurga
- Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara
- Bahasa Inggeris adalah bahasa utama dunia
Manusia adalah makhluk istimewa yang diciptakan oleh Allah dalam pelbagai bangsa dan mempunyai pelbagai bahasa. Dari bahasa-bahasa dunia inilah kita belajar dan memperolehi ilmu, samada ilmu dunia dan akhirat.
Islam menganjurkan kita supaya sentiasa mencari ilmu untuk kesenangan diri dan kesejahteraan ummah. Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang sepenuhnya kepada anak-anak.
Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh ulama-ulama Islam sejak zaman silam
Mungkin kita telah selesai dalam menetapkan pendidikan rohani dan fardhu ain anak-anak, tetapi bagaimana pula dengan pendidikan dunia untuk kehidupan anak dimasa hadapan kelak?
Sudahkah kita selesai memberikan pendidikan terbaik kepada mereka?
Pada saya pendidikan awal sangat penting.
Seeloknya tekankan anak belajar English supaya bila besar dia boleh berkomunikasi dengan baik.
Di Malaysia ada banyak bahasa. Ada bahasa Cina, India, Kadazan dan macam-macam lagi, tidak salah kalau kita pelajari. Lagipun Bahasa Inggeris antara bahasa yang penting dan juga digunakan di IPT atau ketika kita memohon kerja.
Jika kita tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, agak sukar untuk memohon pekerjaan kerana rata-rata syarat-syarat pemohonon kerja memerlukan anda fasih dalam penggunaan Bahasa Inggeris selain Bahasa Malaysia.
Saya rasa anda sudah mendapat idea tentang kepentingan menguasai bahasa dunia ini.
Jika sejak dari kecil dapat menguasai bahasa Inggeris, pastinya lebih banyak ilmu yang dapat dipelajari dan memudahkan pembelajaran anak-anak itu dimasa hadapan kelak.