Pasangan yang terbaik| We all need partners by Nile-Paparazzi
Memang kita sukar meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Selalunya apabila tatkala kita berada dipersimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik, kita sering memejamkan mata dan meneruskan langkah, dengan menaruh harapan itulah yang terbaik buat kita.
Menjemput jodoh memerlukan usaha | image by by screamst
Artikel ini membantu individu bujang yang ingin dan sedang menjemput jodoh. Ia adalah artikel yang saya tulis semula daripada menonton video Cara Cepat Dapat Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam rancangan Wasata Hati.
Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang.
Bahasa lain, design our destiny.
Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju.
Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.
Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah.
Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?”
Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa.
Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.
Pernah tak anda alami perasaan keliru untuk membuat pilihan? Tatkala hati anda teguh dengan satu pilihan, tiba-tiba hadir pula pilihan lain yang membuatkan anda ragu-ragu dengan keputusan anda. Hati menjadi bolak-balik. Fikiran pun menjadi tidak tenang. Di kiri menyayangi anda, di kanan juga sama. Ah, pasti keliru untuk membuat pilihan kan? Pilihan yang datang itu membawa dua tujuan. Sama ada …
How Do You Grow a Friendship? by RoseRedd | Mengekalkan persahabatan
Sahabat. Seribu orang kawan belum sama taranya dengan nilai seorang sahabat.
Begitulah ibarat tingginya nilai seorang sahabat. Mencari sahabat sejati umpama mencari mutiara di pasiran. Ia amat berharga tetapi sukar ditemui.
Adakah anda mempunyai sahabat baik? Jika ada, anda patut bersyukur kerana dikurniakan sahabat. Jika anda belum mempunyai sahabat, berusahalah mencarinya.
Ahli bijak pandai pernah menyatakan bahawa “Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”
Pernah dengar lagu Sahabat dari Najwa Latif? Hayati liriknya.
Itulah gambaran sikap dan sifat seorang sahabat. Sahabat itu ialah insan yang sentiasa bersama kita sama ada kita suka ataupun duka.
Ketika kita senang, ramai kawan akan berada di samping kita, tetapi apabila dilanda kesusahan di situlah kita dapat melihat seseorang itu benar-benar sahabat kita ataupun sekadar nama.